JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 2 Julai 2009

WACANA POLITIK ATAU STRATEGI POLITIK UMNO-PAS?

Oleh: Mandor

AKU dah tak kisah dah apa lagi yang rasanya boleh dibuat antara Pas dan Umno ni. Kalau dulu idea Kerajaan Perpaduan Pas - Umno ditolak mentah-mentah oleh sebilangan besar pemimpin dan penyokong Pas dan PR, kini aku tak pasti apakah `Kerajaan Perpaduan' yang menggerunkan itu boleh dipraktikkan juga melalui `penjenamaan' semula. Bab perpaduan ni kita tak boleh cakap banyak nanti dianggap anti perpaduan pulak sedangkan ugama menuntut ke arah perpaduan. Betulkan?Justify Full
Seperti juga rakyat begitu marah bila diumumkan harga minyak petrol dinaikkan. Tetapi, bila ianya `dijenamakan' lain sikit iaitu RON sekian, RON sekian kononnya untuk peningkatan gred minyak, rakyat sudah tidak marah lagi. maka, tak lama lagi harga minyak akan naik dan rakyat akan terima dengan senang hati. Sebentar tadi Pemuda Pas Pusat mengumumkan akan tetap mengadakan wacana intelektual dengan Pemuda Umno setelah debat yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas tidak berani disahut oleh Umno. Ternyata, Pemuda Umno menyambut baik cadangan Pemuda Pas bagi menunjukkan ada titik perpaduan yang boleh dicapai antara Umno dan Pas. Baguslah usaha sedemikian kerana kita jangan mudah kecewa kalau apa yang kita hajati sebelum ini gagal dicapai. Usaha Pemuda Pas haruslah dipergiatkan lagi agar lebih mendekatkan Pas kepada Umno demi `perpaduan Melayu dan Islam'.

Walaupun aku kabur atas isu atau tajuk apa wacana itu nanti akan diadakan kerana aku tak nampak Pemuda Umno mampu berbuat apa-apa untuk mendatangkan faedah dan kebaikan kepada rakyat apatah lagi kepada Pas. Pemuda Umno sendiri pun dipimpin oleh orang yang `sakit' yang disangsikan kebersihan dan ketelusannya oleh Umno sendiri. Justeru itu, awal-awal lagi Ketua Pemuda Umno mengingatkan Ketua Pemuda Pas agar jangan tumpukan pada soal ugama semata-mata di dalam pertemuan wacana itu nanti. Sehingga kini belum dimuktamadkan atas tajuk apa yang perlu dibicarakan oleh pemimpin muda kedua-dua parti tersebut.

Walaupun hati ini sebenarnya menolak idea baru oleh Pemuda Pas tersebut, namun ingin berbaik sangka, maka aku menaruh kepercayaan kepada Pemuda Pas walau sikit pun aku tidak mempercaya kepada Umno atau Pemudanya. Mengapa susah sangat aku nak percaya? Kerana bagi aku selagi Umno tidak berubah malah bertambah menyusahkan kita, mana mungkin wacana seperti ini mendatangkan kesan. Biar beribu dan berjuta sekali pun wacana diadakan,selagi Umno tidak menunjukkan minat untuk berubah maka pekerjaan tersebut menjadi sia-sia malahan merugikan Pas sendiri. Tetapi kalau dah dikiaskan dakwah boleh sampai ke pintu istana Firaun, maka aku mungkin silap di dalam menilai kebijaksanaan uslub Pemuda Pas ini.

Apapun tahniah buat Pemuda Pas kerana sekurang-kurangnya Najib tidak terlalu tertekan dengan cabaran debat oleh Mursyidul Am. Tahniah juga buat Pemuda Umno kerana mereka bijak di dalam mengambil kesempatan ini. Aku cuma nak tengok setakat mana kesannya wacana tersebut. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan