JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 16 Julai 2009

HIKAYAT UMNO TERKANGKANG DI MANEK URAI

Oleh: Mandor.blogspot.com

ADAPUN diceriterakan orang, di dalam media termasuk dalam blog pro Umno menyebut Peraih Ikan Calon Pas di Manek Urai menang `nyawa-nyawa ikan'. Ertinya Umno akui juga Pas menang walaupun pahit dan terketar-ketar lidah mereka nak sebut Pas telah menang. Lagi lah terkelu lidah nak sebut Umno `terkangkang' di Manek Urai. Jadi, nak menyedapkan hati, mereka pun sebut Pas menang nyawa-nyawa ikan. Maknanya Pas masih bernyawa, Umno bagaimana? keh!keh!keh!

Biar aku jawab soalan aku tadi pasal puak-puak Umno tak akan jawab punya. Umno sebenarnya sudah tidak bernyawa!! Terimalah hakikat bahawa Umno telah pun menjadi `mendiang' di Manek Urai. Takpe, sabar je lah wahai pewaris-pewaris dan kaum kerabat `mendiang' Umno. Mungkin Tuhan lebih kasih kepada Umno maka diambilnya Umno. Tak sia-sia sebelum ni aku pesan kat orang-orang Pas di Manek Urai untuk siapkan batu nisan dan gali siap-siap lubang lahad untuk persemadian Umno. Alhamdulillah, jangkaan aku tepat sekali.

Cuma jangkaan aku sikit meleset pasal Umno kat Manek Urai ini. Aku mati-mati ingat Umno akan disemadikan dengan luka yang parah sekali akibat penangan Peraih Ikan. Rupa-rupanya tidak, Umno selamat disemadikan dengan cedera yang agak ringan. Tapi, mati tetap mati. Sasaran kita pun nak matikan Umno kat Manek Urai. Mungkin kecederaan ringan tu adalah kerana senjata yang digunakan oleh Peraih Ikan kurang berkesan dan mungkin agak tumpul sikit. Takpe, lain kali kita tajamkan sikit. Yang penting Peraih Ikan sudah membuatkan Umno `terkangkang' di Manek Urai. Sebelum aku tutup hikayat `Umno Terkangkang' ini, aku nak tanya sikit komen korang semua. Agak-agak korang raja katak Pasir Mas lepas ni nak cakap apa?

2 ulasan:

  1. RAJA KATAK ALBRAHIMI ALKATAKI AKAN KATA " TERKANGKANGLAH KITA DARI DULU,KINI DAN SELAMANYA ' TAPI KITA SAJA BUAT-BUAT BUTA & PEKAK GAJAH TAK NAMPAK & DENGAR APA RAKYAT MARHAEN MAHU ! ALIF-MIN-NUN-WAU= SARKIS !

    ALLAHU AKBAR !

    BalasPadam