JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 25 Februari 2011

PEDULI APA KALAU MELAYU TIDAK MAHU SOKONG PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK juga aku bila ada yang risau bila mana orang-orang Melayu tidak lagi menyokong PAS. Persetankan Melayu yang tidak mahu kepada PAS, kerana PAS bukan mahu orang-orang Melayu di dalam memperkuatkan Islam. PAS mahukan orang-orang Islam yang boleh berjuang bersama dengannya untuk menegakkan Islam di negara ini.

Jika ada 100 orang Melayu yang tolak PAS, tetapi kita ada 10 orang Cina Islam yang menyokong PAS itu sudah cukup baik. Bahkan, jika Presiden PAS pun dipilih dari kaum Cina Islam yang cukup syaratnya, apa masalah? Biarlah Melayu dengan Umnonya beserta sekutu Apconya itu.

Cuma, apa yang PAS mahu lakukan sekarang adalah cuba untuk selamatkan Melayu Jahiliyyah ini agar kembali kepada Islam. Jika mereka merasa lebih selesa dengan Jahiliyyah, apa yang PAS boleh buat lagi? Memang lazimnya Jahiliyyah menawarkan kenikmatan duniawi. Orang yang minum arak, berjudi dan berzina itu semua hanya ingin menikmati kenikmatan duniawi. Itulah tawaran buat mereka yang memilih untuk menjadi golongan Jahiliyyah.

Kekuatan Islam bukan terletak pada Melayu. Memang di negara ini Melayu dikatakan penganut asal Islam, tetapi sejarah juga menunjukkan Melayu juga penentang Islam. Justeru itu, PAS jangan terlalu bersedih atau berdukacita jika Melayu tolak parti Islam ini. PAS mesti terus mendekati semua kaum untuk terangkan Islam. Tidak rugi satu sen pun jika Melayu tolak PAS kerana kekuatan Islam bukan terletak di tangan Melayu. Jika Raja-Raja Melayu pun orang Melayu tidak boleh pertahankan, kita mahu mereka pertahankan Islam?

Aku tidak sebut kesemua Melayu bersikap begitu. Tetapi sudah semakin ramai Melayu yang ingin terus berada di zaman Jahilliyyah di mana mereka pentingkan habuan dunia. Mengapa mereka menjadi sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin Melayu mereka yang ajar mereka begitu. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan