JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 11 Oktober 2011

SULTAN SELANGOR PEKA ISU MURTAD, DR HASSAN ALI MESTI MOHON AGAR PEMIMPIN DIBENARKAN BERI TAZKIRAH

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali merasa lega apabila Sultan Selangor sahkan bahawa tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja di Selangor baru-baru ini memang tepat dan wajar. Tentulah ada asas dan buktinya Tuanku berkata begitu, dan jika itu lah keadaannya maka kita sokong apa jua bentuk dan ancaman untuk menggugat akidah umat Islam wajib ditentang. Baca di sini.

Bagaimana pula untuk kita mempertahankan akidah umat Islam agar tidak mudah terpedaya dengan ancaman pihak berkenaan? Sudah tentunya umat Islam mesti mendalami ilmu agama. Umat Islam pun wajib saling ingat mengingati sesama kita terutamanya ketua keluarga mendidik dan sentiasa ingat-mengingati akan ahli keluarga masing-masing. Ketua masyarakat juga begitu seterusnya pemimpin juga wajib memberi ingatan (tazkirah) kepada pengikut-pengikutnya.



Jika pemimpin tidak mampu mengajar orang lain dengan ilmu agama, masakan sekadar memberi ingatan (tazkirah) tentang mana yang baik dan mana yang buruk pun tidak boleh? Maka, pemimpin wajib berbuat demikian. Masalahnya, tazkirah seperti ini pun perlu ada kuasa (Tauliah). Siapa wujudkan undang-undang yang menyempitkan jalan dakwah ini? Dr Hassan LinkAli tentu tahu kuasa siapa.

Jadi, di samping Dr Hassan Ali memuji langkah Sultan Selangor di dalam isu serbuan gereja ini, beliau patut berusaha untuk membuka laluan yang mudah bagi kerja dakwah di Selangor. Atau, adakah Dr Hassan Ali juga setuju Tauliah wajib untuk berdakwah melalui tazkirah?

Jika kerja dakwah ini disempitkan, jangan kita pelik jika masalah murtad tidak akan selesai. Jangan pelik jika semakin ramai anak muda lalai dengan hiburan seperti mengunjungi Pusat Hiburan `Hard Rock Cafe' yang kita tidak tahu siapa di belakang pusat maksiat itu./mandor.blogspot

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah lah kalu betul peka... tapi jangan peka yg itu je... yg lain2 pun kena peka jugak... nanti nampak macam main politik pulak... kena adil dan mengakui kebenaran yg sudah terbukti. dan yang paling penting kena selalu muhasabah diri sendiri... sebab semua itu akan dipertanggungjawabkan diAkhirat kelak... kilang arak masih lagi tersergam di selangor... amacam... daulat tuanku..

    BalasPadam