JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 8 Disember 2013

MULUT CELUPAR DAN BANGSAT KAK IJAT BERHATI BUSUK

Difahamkan sudah dua atau tiga orang terkorban akibat banjir besar kali ini di Pantai Timur.  Salah seorang yang terkorban itu adalah bekas AJK Pemuda Umno Pekan, kawasan Najib.  Kita doakan agar Roh Allahyarham kesemuanya itu dicucuri rahmat, dan takziah buat semua keluarga Allahyarham.

Tetapi yang masih hidup jangan buat celaka.  Kak Ijat jangan main bangsat dan mulut celupar menyalahkan Wakil Rakyat Pembangkang kononnya tidak turun menemui mangsa-mangsa banjir.  Di dalam PWTC, mulut bangsat pencuri lembu kondo bercakap seolah-olah partinya lah yang telah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.  Kononnya tanpa partinya, semua orang akan mati lemas.  Mangsa yang terkorban itu ahli kamu wahai Kak Ijat, tergamak kau berkata begitu?

Banjir atau bencana dari Allah ini tidak memilih bulu.  Umno, PAS, PKR mahu pun DAP bahkan yang tidak ambil tahu tentang politik pun boleh menjadi mangsa.  Mengapa perlu bercakap macam orang tiada akal atau macam lembu gila?  Kamu tuduh YB Fuziah tidak turun padang, atau kamu yang buta?  Tanya mangsa-mangsa banjir di Kuantan, boleh tanya juga mangsa-mangsa banjir di kalangan penyokong keris telanjang tanpa sarung itu, betulkah YB Fuziah tidak turun pada awal kejadian banjir?  

Apakah kamu dengki atau busuk hati kerana YB Fuziah sebagai Ahli Parlimen sedangkan kamu langsung tidak terpilih sebagai calon Pilihanraya?  Kamu dulu tewas di tangan anak muda mentah YB Nurul Izzah, rasa malu dan dendam masih tidak hilang lagikah?  Atau kamu mahu rakyat lupa kisah lembu kondo yang kamu tarik balik saman ke atas Rafizi itu?  Usah diharap rakyat lupa, bangsat!!


3 ulasan: