JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 1 November 2010

TPM TIDAK TAHU MENGIRA ?


Mohd Rashidi Hassan
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beserta seluruh pemimpin Umno-Barisan Nasional yang berkempen tidak perlu menabur janji pelbagai projek untuk dirasuah kepada pengundi Galas.

Sebelum penamaan calon Dun Galas, Muhyiddin sudah menjanjikan peruntukan RM180 juta untuk pembinaan 1,500 buah rumah kos murah bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang.

Dalam lawatan menemui masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, Muhyiddin mengumumkan permintaan pengundi berkaitan isu pendidikan, masalah air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur lain, semuanya diluluskan.

Bak kata seorang rakan Umno yang ditemui di Galas, jika Orang Asli minta jamban (tandas) dalam hutan pun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, semuanya BN akan lulus.

TPM dan rakan-rakan pemimpin Umno-BN menabur janji projek million-million (berjuta-juta) sana sini. Jika dihimpun segala kos perbelanjaan kempen BN dan peruntukan yang dijanjikan dalam tempoh sepuluh hari ini, nescaya ia melebihi kos pembangunan Galas puluhan tahun sejak sebelum merdeka lagi.

Macamlah Dun sekecil Galas memerlukan peruntukan pembangunan yang besar, sebesar belanjawan sebuah negeri.

Namun, pengumuman peruntukan sebesar RM180 juta, jelas menunjukkan kebodohan Muhyiddin. Beliau patut malu kerana beliau adalah TPM, pernah menerajui beberapa buah kementerian, pernah menjadi Menteri Besar Johor, tetapi tidak tahu mengira. Betul-betul sembab punya TPM.

Hujah Muhyiddin dengan mudah disanggah oleh Exco Kelantan, Dato' Husam Musa. Husam berkata kos membina rumah PPR sebanyak RM180 juta dibahagi dengan 1,500 adalah RM120,000.

Adakah harga rumah kos murah di Galas mencapai RM120,000? Kata Husam, kos rumah PPR di Kelantan paling tinggi hanya sekitar RM50,000 hingga RM60,000. sahaja.

Mengapa TPM umumkan kos seunit rumah PPR untuk flat lima tingkat dengan keluasan 700 kaki persegi, boleh mencapai RM120,000 seunit? Kira-kira matematik yang simple macam ini pun TPM tidak tahu kira.

Bagaimana kos boleh naik dua kali ganda? Adakah gandaan selebihnya untuk diberi kepada kroni Umno-BN? Apakah ini bermakna di sebalik janji pembangunan untuk rakyat, tersembunyi agenda Umno-BN untuk menyapu wang rakyat?

Muhyiddin dan rakan-rakan Umno -BN tidak perlu menjadi 'Santa Claus'. Pengundi Galas bukannya budak-budak yang tidak tahu mengira. Orang Asli di pos pedalaman seperti Pos Hau pun lebih pandai mengira daripada TPM.

Janji-janji projek dan peruntukan satu hal. Satu aspek yang lain adalah taktik kotor dari kempen politik kotor Umno-BN terhadap calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed sebaik sahaja nama beliau diumumkan.

Dalam satu laporan media sebelum ini Ketua Penerangan Umno Gua Musang, Muhamad Bustaman Ibrahim mendakwa bahawa pihaknya mempunyai 'bukti' bahawa calon PAS itu pernah ditangkap khalwat berdasarkan 'berita-berita yang dipercayai dan diterima secara umum.'

Isu ini sudah dibuktikan palsu. Malah blogger Umno yang menyiarkan tuduhan itu pun sudah meminta maaf kepada calon PAS.

Selain itu juga, Umno mendakwa dalam siri kempen, PAS memainkan isu calon iaitu calon BN, Abdul Aziz Yusoff hanya berkelulusan SPM, berbanding calon PAS yang ada ijazah dalam bidang perubatan.

Ini satu lagi fitnah Umno. PAS tidak pernah berkempen memburuk-burukkan calon Umno. Yang PAS lawan di Galas bukan Abdul Aziz, tetapi seluruh kepimpinan Umno-BN dari mana sahaja jua mereka datang.

Yang menabur fitnah dan memburuk-burukkan calon Umno ini, khabarnya datang dari kalangan orang Umno sendiri. Iaitu juak-juak bekas Adun Galas yang pernah memimpin Umno Gua Musang semasa Tengku Razaleigh Hamzah memimpin Parti Melayu Semangat 46.

Kumpulan serpihan dalam Umno ini disokong oleh pemimpin Wanita dan Pemuda bahagian yang tidak sebulu dengan Ku Li. Kalangan mereka hanya menanti masa untuk 'cah keting' Ku Li jika calon BN tewas kepada PAS kali ini. Puak Umno inilah yang mensabotaj Umno, bukan orang PAS.

Bagaimanapun, Ku Li nampaknya faham dengan taktik kotor orang Umno Gua Musang. Secara sinikal beliau mengatakan, apa juga keputusan di Galas, beliau tidak akan mengundur diri dari pentas politik.

Ku Li juga menyifatkan PRK Galas ini sebagai satu pertandingan 'kekeluargaan' dan mengarahkan agar jentera partinya tidak menyerang peribadi lawan.

Bagi menutup mulut orang-orang Umno, Ku Li membuat kenyataan yang defensif, iaitu jika mana-mana pihak yang menang pun tak akan memberi perubahan kepada suasana politik di Kelantan.

Tetapi Ku Li, walaupun sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, beliau bukannya ada kuasa untuk menyekat politik kotor BN. Ku Li juga tidak ada kuasa untuk meminta Dato' Seri Dr Rais Yatim membenarkan ruang RTM digunakan secara positif untuk kempen PAS di Galas.

Rais mungkin boleh janji untuk beri ruang kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam slot RTM, tetapi mengenangkan perangai jahat dan tidak demokratik pemimpin Umno-BN, janji-janji Rais hanyalah umpama 'menanam tebu di tepi bibir.'

Setiap hari, siang dan malam RTM, TV3, Astro Awani termasuk akhbar arus perdana dijadikan alat untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Rais usah jadi seperti Muhyiddin untuk menjanjikan pelbagai kemudahan dan peruntukan seperti membina jambatan dan sebagainya. Takut-takut nanti 'jambatan tersebut akan dibakar' Rais nanti.

Jika pun Ku Li mahu kempen PRK dijalankan secara bersih dan adil, mana mungkin Umno-BN boleh menerimanya.

Kesimpulannya politik kotor dan janji kotor sudah sebati kepada Umno-BN sejak sekian lama. PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak harus mengharapkan sebarang kejernihan demokrasi daripada pemimpin Umno-BN.

Jalan terbaik untuk dikembalikan demokrasi sebenar ialah dengan menumbangkan BN di Galas, Batu Sapi, di Sarawak tahun hadapan dan seterusnya pada PRU ke-13 nanti./Harakahdaily

WABAK CIPTAAN BARU UNTUK MENGHALANG KEMARAAN AZMIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA `wabak' baru kununnya melanda pemilihan pimpinan PKR. `Wabak' tersebut digelar `Wabak ABA' iaitu `Wabak Asal Bukan Azmin'. Nampaknya istilah wabak terpaksa digunakan apabila melihat Azmin terus berada di hadapan meninggalkan Zaid Ibrahim. Sebelum ini bukan main marah mereka kepada kumpulan Azmin yang dikatakan terlampau berkempen untuk menyingkirkan Zaid. Di dalam masa yang sama mereka cipta `wabak' yang sebenarnya tidak wujud langsung bahkan diada-adakan. Itulah hebatnya kempen di dalam pemilihan PKR kali ini.

Jadi tidak pelik jika ada pula `wabak' lebih hebat daripada itu, mungkin `Wabak ABZ' (Asal Bukan Zaid). Secara tidak sedar, mereka mendakwa seolah-olah Azmin sahaja yang berkempen menyentuh peribadi Zaid. Mereka lupakah apakah yang Zaid perkatakan tentang pemimpin parti sebelum ini? Zaid bukan menegur atau mengkritik parti atau pemimpin jika beliau menggelar Presiden sebagai `Diktator', Ketua Umum umpama `ahli biasa' dan Timbalan Presiden pula `nyanyu'. Bahkan, lebih hebat Zaid `mengadu' kepada akhbar milik Umno iaitu Utusan. Maknanya, jika berani `menyerang' jangan takut untuk `diserang'. Mengapa nampak salah Azmin sahaja?

Memang kita akui Zaid bertindak berani dan berprinsip apabila meninggalkan Umno akibat beliau menentang kezaliman Akta ISA. Itu kita `respect' tetapi lebih kita `respect' dengan Azmin kerana beliau bukan sahaja menentang akta ISA, bahkan beliau pernah menjadi mangsa akta tersebut.

Hujah menyebut menyokong Azmin seolah-olah meletakkan PKR sebagai `parti keluarga atau kroni' adalah hujah untuk memancing undi. Jika begitu keadaannya, tidak perlulah kita menyokong Chegu Bard. Bukankah Chegu Bard juga `ahli keluarga' DS Anwar? Di dalam PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah keluarga Mursyidul Am PAS. Maka, kronikah PAS itu? Ini hujah dangkal dan jika benar puak mereka tidak mahukan `keluarga atau kroni' berada di saf pimpinan PKR, sewajarnya mereka sebelum ini nasihatkan Zaid bertanding Presiden PKR. Mula-mulanya ada terbau Zaid ingin bertanding Presiden, tetapi mungkin dia berfikir seribu kali.

Zaid sejak awal seperti berbelah bahagi semata-mata kerana Azmin. Beliau awalnya seperti tidak berminat untuk bertanding apa jua jawatan. Tiba-tiba berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi bersedia menarik diri jika TS Khalid masuk menentang Azmin. Selepas itu tidak jadi, letak syarat pula ke atas YB Nurul Izzah. Jika YB Nurul Izzah bersetuju bertanding menentang Azmin, beliau bersedia menarik diri. YB Nurul Izzah juga berfikir seribu kali. Akhirnya, Zaid masuk juga bertanding menentang Azmin.

Tidak kisahlah beliau ingin bertanding jawatan nombor dua itu kerana hajat beliau untuk menentukan Presiden Parti agar tidak menjadi `Boneka'. Maknanya, adanya Zaid nanti DS Wan Azizah tidak akan menjadi `Boneka' lagi. Kita jangan lupa, `Boneka' inilah yang berada di dalam Parlimen mulanya keseorangan, kini partinya berjaya memerintah Selangor negeri yang terkaya itu. Siapa yang bantu `Boneka' waktu itu? /wfauzdin.blogspot.com

KEMENANGAN MERAH TERCAPAI, KINI TENTUKAN HIJAU PULA - PENGUNDI DI PERANTAUAN, PERBETULKAN NIAT UNTUK JIHAD

Oleh: WFAUZDIN NS

PERGI baju merah, balik dengan warna hijau. Itulah ibarat yang boleh dikatakan kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan. Setelah Stadium Nasional Bukit Jalil disinari `bulan purnama' malam semalam, semangat itu dibawa ke bumi Kelantan. Kini, Galas menanti kemenangan `warna hijau' pula.

Sebelum perlawanan bermula, ada fanatik politik menyebut perlawanan di antara Kelantan bertemu Negeri Sembilan ibarat pertemuan PAS - Umno. Namun, jangan lupa di bahagian penyokong Negeri Sembilan juga dapat kita saksikan kibaran `bulan purnama', mungkin ini suatu syarat bahawa Negeri Sembilan bakal mengikuti jejak Kelantan pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Justeru itu, kepada semua pengundi yang berada di perantauan kembalilah ke Galas untuk menentukan kemenangan kedua setelah kemenangan pertama dicapai malam semalam. Bak kata Mursyidul Am PAS, baliklah ke Kelantan hatta dengan merangkak sekalipun. Jika dengan niat yang betul untuk mempertahankan kerajaan negeri yang berlandaskan Islam, setiap langkah mu pasti merupakan suatu ibadat dan diberi pahala di sisi Allah, InsyaAllah. Andainya, di dalam perjalanan itu nanti anda ditimpa kemalangan hatta mati di dalam perjalanan untuk mengundi parti yang memperjuangkan Islam, nescaya kematian anda amat berbaloi dan mendapat kerahmatan Allah.

Tetapi, sekiranya anda pulang hanya mahu menyokong parti sekular yang terang-terang menentang Islam, terang-terang pemimpinnya ingin mewujudkan `Hub Hiburan' yang hebat, terang-terang redha dengan judi dan arak, terang-terang menghalalkan kezaliman Akta ISA, maka siapakah yang berani memberi jaminan kebaikan sekiranya anda mati menuju ke jalan itu? Lebih baik anda tidak pulang daripada melakukan perbuatan menyokong puak yang sekular dan zalim seperti itu.

Nawaitu mesti betul. Bukan balik untuk mendapatkan bayaran tambang yang mungkin ada disediakan. Siapa boleh nafikan jika seseorang itu mengundi atau menyokong parti yang ingin laksanakan Islam itu tidak diberi pahala? Dan, siapa boleh bantah bahawa menyokong parti yang terang, jelas dan nyata menolak hukum Islam itu berdosa? Jika berpahala, maka Allah janjikan kesejahteraan dunia dan Akhirat. Jika berdosa tanpa sempat ia akan bertaubat, ke manakah arahnya nanti? /wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - MENGAPA SILAP KEMASUKAN DATA ?

Oleh: Mandor

MELEGAKAN, YB Azmin masih mendahului undian bagi jawatan Timbalan Presiden PKR setakat berita ini. Awalnya, dikatakan Dato Zaid meninggalkan YB Azmin sekitar 500 undi, tetapi di dalam sidang media terkini oleh Setiausaha Agung PKR YB Saifuddin, menyebut sebenarnya YB Azmin yang mendahului sekitar 500 undi. Kesilapan awal dikatakan kerana kesilapan kemasukan data.

Di dalam pemilihan besar di dalam parti seperti ini mengapa berlaku kesilapan sedemikian? Adakah petugas di bawah Setiausaha Agung tidak terlatih di dalam menguruskan kemasukan data? Ini bukan kesilapan kecil, kerana pemilihan di dalam PKR kini menjadi tumpuan seluruh negara hatta dunia luar juga memantau perkembangan pemilihan kali ini. Jangan ada tuduhan `sabotaj' atau konspirasi akibat kelemahan petugas seperti ini. Jika perlu, keluarkan petugas yang bertanggungjawab tersebut kerana memalukan parti.

Tidak hairan nanti, media pencacai akan mengambil peluang di atas kelemahan seperti ini. Maka, Setiausaha Agung perlulah menjawabnya.

PRK DUN GALAS - MARUAH PENGUNDI CINA MAHU DIUJI ?

RM100 untuk majlis 1Malaysia di Galas
Hazlan Zakaria & Lee Way Loon
Nov 1, 10


Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain,” kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.

Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS,” katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi,” katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu./Malaysiakini

GALAS - UMNO KASI, SAPU SAJALAH - ANWAR

Jangan Tolak Imbuhan Tetapi Undi Bulan- Anwar
31/10/2010


GUA MUSANG 31 OKT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengundi tidak perlu menolak imbuhan dan projek-projek yang dijanjikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN).

Yang penting, menurut beliau ialah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi parti yang membela rakyat tanpa mengira kaum, dan tanpa dibelenggui masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Kita dengar Umno datang, di kawasan Cina tadi. Saya sebut minta banyak-banyak sikit untuk sekolah Cina mintalah. Bila bagi cek bulan 12 jangan. bagi cek paling lambat 3 haribulan," berucap pada ceramah perdana di Galas.

Menurut Anwar lagi kesediaan Umno-BN untuk menjanjikan wang dan projek harus diterima oleh rakyat.

Namun undi mereka harus diberikan kepada parti yang mahu menegakkan keadilan dan membela rakyat secara berterusan dan bukan hanya pada musim pilihan raya.

"Kita minta sebab di Permatang Pauh pilihan raya kecil, masjid surau yang tak minta pun semua dapat. Paling kurang RM200,000. Jadi kalau ada masjid surau di Galas tak dapat ok kena dapat. Di Sibu semua sekolah Cina dapat. kena minta. Lepas dapat tulis surat terima kasih. Tiga haribulan hari bulan bagi ucap terima kasih. Empat haribulan undi PAS, undi bulan," saran beliau.

Dalam pada itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa pengundi Galas merujuk kepada rekod pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau di Pulau Pinang sebagai bukti Pakatan Rakyat tidak meminggirkan mana-mana kaum.

"Bukti yang tak dapat dinafikan semasa pemerintahan tahun terakhir BN dibawah kawan baik saya, Koh Tsu Koon lah(Pulau Pinang). Dulu dia bagi peruntukan kepada hal ehwal Islam RM12.5 juta. Tahun pertama PKR memerintah kita naikkan kepada RM20.5 juta. Tahun ini naikkan lagi RM24.3 juta lebih besar dari apa yang diberi oleh Khoo Tsu Koon pada 2008," ujar Lim yang turut menangani tuduhan-tuduhan liar Umno dan MCA mengenai kerjasama PAS dan DAP.

"Bila BN mainkan perkauman, dia kata 'itu PAS dikuasai oleh DAP'. Tapi kalau dengar itu MCA, dia cakap 'DAP dikuasai oleh PAS'. siapa kuasa siapa? saya nak beritahu kita tak ada kuasa antara satu sama lain, yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat bukan DAP, bukan PAS, bukan PKR, yang berkuasa ialah rakyat," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP./TVNews

PIALA MALAYSIA - KIBARAN `BULAN PURNAMA' MENGUBAT HATIKU

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada pasukan Kelantan yang baru mencipta sejarah malam tadi menggondol Piala Malaysia setelah berjaya menewaskan Juara Bertahan Pasukan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan berjaya membuktikan bahawa pasukan yang `tidak kaya' mampu untuk bergelar juara asalkan mempunyai semangat berjuang yang kental. Kemenangan 2 - 1
ke atas Negeri Sembilan disaksikan oleh jutaan peminat bola sepak dalam negara dengan diiringi kibaran `bulan purnama' serta terlihat juga kibaran `keris tanpa sarung' di tengah lautan penonton.

Memang tepat jangkaan di dalam Poll yang saya adakan sebelum ini bahawa pilihan pengunjung blog telah memilih Kelantan muncul sebagai juara dengan mendapat undian 83 %. Saya sebagai anak jati Negeri Sembilan turut kecewa dengan kekalahan Negeri Sembilan malam tadi, namun kekecewaan saya tidaklah sampai sukar untuk melelapkan mata sejurus perlawanan tamat. Hati terubat seketika apabila melihat kibaran `Bulan Purnama' dikibarkan dikaca TV sepanjang perlawanan. Bukan mudah untuk menyaksikan suasana seperti ini.

Skuad Kelantan yang dipimpin oleh bekas orang kuat Umno Kelantan, Anuar Musa telah mengharumkan nama Kelantan di bawah kerajaan Tuan Guru Nik Aziz. Bayangkan sekiranya MB Kelantan dapat hadir di stadium malam tadi, tentulah gegak gempita seluruh stadium. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri Kelantan selepas ini sudi menambah peruntukan atau bantuan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai penyuntik semangat untuk musim depan. Tahniah juga kepada Anuar Musa yang tidak berpolitik di dalam mengendalikan skuad Kelantan.

Kemenangan di Bukit Jalik telah tercapai. Kini kita menanti apakah kemenangan bakal tercipta di PRK Dun Galas? Sekiranya PAS menang di Dun Galas, rakyat Kelantan pastinya bertuah menikmati kemenangan berganda ini. Tahniah Kelantan, Syabas Negeri Sembilan yang berjaya ke Final./wfauzdin.blogspot.com