JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 11 Mei 2011

PAS DAN GERAKAN SAMA SAJA?

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan gesaan Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon yang nampaknya mula naik `fade-up' dengan sebuah akhbar pencacai nombor Wahid. Akhbar ini jugalah yang `menyakitkan' hati dua parti Komponen Bn iaitu MCA dan Gerakan kerana menggatal mempromosi `1 Melayu 1 Bumi' yang jelas bertentangan dengan konsep 1 Malaysia tajaan Najib itu.

Di dalam kenyataan bekas KM P.Pinang itu di dalam Malaysiakini bagi mengulas tentang isu Kristian Agama Resmi, jelas pada kita akhbar ini memang patut dibenci oleh semua kaum. Jika ada yang masih ingin diperbodohkan oleh akhbar ini biarlah sekumpulan kecil Melayu yang bersongkok tinggi. Di dalam isu sensitif ini, Dr Koh Tsu Koon mengeluarkan kenyataan,
" GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku (Malaysiakini).

Dr Mujahid Yusoff seorang tokoh PAS juga turut mengulas yang memberi erti yang sama dengan Presiden Gerakan itu. Tokoh PAS ini mahu pihak Polis menyiasat dengan terperinci mengapa akhbar yang meloyakan ini mengambil sumber dari blog murahan semata-mata mahu rakyat berada di dalam resah gelisah? Bukan mudah untuk melihat pendirian tegas bersama di antara PAS dan Gerakan dan kali ini akhbar milik parti sekular bersemangat kebangsaan itu menjadi sasaran mereka.

Saya percaya pihak Polis akan tetap menyiasat walaupun mungkin mengambil masa agak lama seperti juga siasatan terhadap penayang video seks di Seri Carcosa yang sehingga kini masih belum didakwa. Jika yang menayang video seks itu mengaku sendiri melakukan perbuatan sumbang itu, pihak Polis mengambil masa agak lama juga untuk menyelesaikannya kita boleh jangka juga dengan kes ini apatah lagi jika pihak yang bertanggungjawab tidak mengaku melakukan `provokasi' serius ini.

Apa pun kita yakin semua ini tentu ada rahmat yang tersembunyi yang boleh menguntungkan perjuangan PR menuju Putrajaya. Di tengah kita dikalutkan dengan provokasi dan sensitiviti keagamaan ini, secara tiba-tiba kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Adakah kerana itu kita lupa bahawa kita terus dibelenggu dengan kesusahan akibat rejim ini?/wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 10 Mei 2011

BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR di dalam rungutannya semalam agar Umno berubah, sempat lagi menghasut PAS agar keluar dari bersahabat dengan PKR dan DAP. Mantan PM ini mahu PAS berjuang bersendirian untuk bertempur dengan Umno yang beliau sendiri akui banyak rosaknya. Pelik bukan?

Jika beliau sendiri sudah maklum bahawa Umno masih `rosak' dengan gelagat pemimpinnya yang berjuang untuk kepentingan diri, maka eloklah mantan Presiden Umno ini memperbetulkan Umno terlebih dahulu. Tidak perlulah Mahathir cuba memperbaiki PAS yang tidak rosak teruk seperti Umno sekarang.

Mengapa Mahathir mahu PAS bersendiri? Mahathir ini diakui bijak orangnya, dan sudah tentu idea bernas Mahathir agar PAS bersendirian untuk menentang Umno ini ada sebab tertentu. Sebijak-bijak Mahathir, di kala usia yang lanjut tidak sukar kita membaca apa yang terkandung di dalam kepala otak pemimpin yang mencipta `Umno Baru' dan pernah keluar sekejap dari parti yang diciptanya itu.

Beliau tahu PAS bertambah kuat dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP. Begitu juga PKR dan DAP bertambah kuat dengan sokongan PAS. Umno pula bertambah teruk apabila PKR, DAP dan PAS bergabung membentuk PR. Kerosakan yang dialami oleh Umno kini bertambah serius apabila MCA dan Gerakan kini mula `masam muka' kepada parti sekular bersemangat kebangsaan ini. MCA dan Gerakan naik pening dengan karenah `1 Malaysia', kemudiannya timbul pula `1 Melayu, 1 Bumi'.

Justeru itu, wajarlah Mahathir mahu PAS bersendirian kerana Mahathir mahu melihat PAS kembali seperti dahulu kala. Mahathir tidak boleh bayangkan jika kerana sokongan PAS kepada PKR dan DAP, kuasa yang ada ditangan Umno di Putrajaya akan ghuyub. Bila kuasa sudah tiada, mungkin beliau bimbang akan menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang belum diseret ke mahkamah lagi kini sudah terlantar sakit./wfauzdin.blogspot.com

ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR mungkin terlena di kerusi Senator dan menterinya apabila membuat cabaran bodoh terhadap DAP berkaitan isu kununnya Kristian menjadi agama resmi negara ini. Cabaran beliau yang telah disiarkan oleh TV 3 suku malam tadi ditertawakan orang dan menampakkan kecetekan bekas Pengarah KAGAT ini.

Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal. Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini. Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini.

Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut. Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown (Malaysiakini).

Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini. Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini? Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat.

Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku?

Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun. Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 9 Mei 2011

KULIT KHINZIR LEBIH BAIK DISENTUH DARIPADA AKHBAR INI

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU sekarang saya tahu mengapa sebuah sekolah Cina di Kuantan telah menolak pemberian akhbar Utusan Meloya secara percuma di sekolah berkenaan. Bayangkan jika ketika ini semua guru dan murid di sekolah berkenaan menjadikan Utusan Meloya `kitab rujukan' mereka, tentunya berita tentang Kristian mahu dijadikan agama resmi di negara ini akan merosakkan pemikiran murid-murid yang selama ini akur bahawa Islam adalah agama resmi di negara ini.

Samada laporan dari Utusan itu betul atau tidak atau sekadar provokasi jahat, sudah tentu para pelajar akan menjadikannya satu pemikiran baru buat mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang disiarkan di dalam Malaysiakini berkenaan isu sensitif ini. Nampaknya, akhbar lidah Syaitan ini tidak pernah puas selagi keharmonian di negara ini terjalin. Jika dahulu kita berdepan dengan musuh seperti komunis, kini kita berdepan dengan media seperti utusan yang tidak ubah berperangai lebih jahat dari komunis.

Apa yang tidak dilakukan oleh media haprak ini? Dari cerita fitnah kemudiannya cerita lucah hinggalah kini menjadi `batu api' perkauman dan sensitiviti agama menjadi makanan harian mereka. Peliknya, mereka terus selamat untuk berbuat demikian. Akhbar bertaraf bangkai ini sepatutnya sudah lama berkubur tetapi oleh kerana ada tangan ghaib yang menyokongnya maka akhbar ini terus hidup seperti bangkai bernyawa.

Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan PR yang tidak mudah melatah dengan provokasi akhbar status khinzir ini. Kenyataan yang diulangi sekali lagi secara tegas oleh kesemua pimpinan PR bahawa Perlembagaan Negara ini akan tetap dipertahankan khususnya berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama resmi ternyata mengagalkan impian puak laknat itu.

Jangan terkejut setelah isu ini dimainkan oleh media berlidah Syaitan ini, kita akan dapati ada beberapa orang akan ditangkap dan dijadikan sebagai kambing hitam. Yang pasti selamat adalah Editor akhbar berkenaan yang akan terus menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan itu untuk melaksanakan arahan `Tuhan' mereka yang satu lagi. Mereka akan terus mencipta isu dan memperbodohkan rakyat yang berada di felda-felda dan ulu kampong yang masih berkitabkan akhbar jijik ini.

Saya tidak akan merasa pelik jika difatwakan haram membaca mahupun menyentuh akhbar seumpama ini. Tahap kejahatan mereka sudah melampau sehingga ke tahap mahu meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Jika diberi pilihan samada mahu menyentuh akhbar ini ataupun menyentuh kulit Khinzir, nescaya saya akan menyentuh kulit Khinzir./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 8 Mei 2011

CHEGU BARD TIDAK KELUAR PARTI, PARTI YANG MESTI KELUAR DARI KEPOMPONG BISU

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang telah saya jangka, agak mustahil jika Chegu Bard ingin keluar dari PKR walaupun ada banyak perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan parti yang disertainya itu. Hari ini, sekali lagi Chegu Bard mengesahkan bahawa beliau masih bersama PKR dan tetap aktif berkempen untuk PKR khususnya dan PR, amnya.

Kenyataan beliau hari ini, "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Namun, apa yang diluahkan oleh beliau bahawa memang terdapat beberapa orang yang berada di Pejabat PKR Pusat melakukan konspirasi atau provokasi tertentu agar Chegu Bard keluar dengan sendirinya dari PKR patut diberi perhatian.

Saya percaya memang ada di kalangan PKR yang merasa dengki, iri hati dan cemburu dengan komitmen Chegu Bard di dalam PKR. Siapa boleh nafikan berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini? Tidak benarkah ada yang cuba sedaya upaya menghalang Chegu Bard dari aktif memberikan ceramah atau aktiviti SAMM? Tidak perlu nafikan semua ini tetapi tidak patut juga untuk dibiarkan saja.

Mungkin di antara kita sudah tahu cerita sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini, program ceramah yang melibatkan Chegu Bard dibatalkan tanpa alasan yang kukuh. Lebih malang lagi, puak ini menggunakan nama Ketua Umum PKR untuk menghalalkan kerja khianat mereka. Banyak lagi aktiviti Chegu Bard yang cuba disabotaj oleh puak ini sehinggakan ke tahap menghasut pihak penganjur dari PAS agar tidak menjemput Chegu Bard untuk menyampaikan ceramah. Memang benar, tidak semua hasutan puak ini dipedulikan oleh pihak penganjur tetapi sikap ini amat memalukan nama PKR di mata rakan sekutu PR.

PKR mesti peka terhadap perkara ini. Pimpinan PKR mesti segera memanggil Chegu Bard untuk mendapatkan penjelasan terperinci agar perkara ini tidak menjadi kudis yang parah di dalam PKR. Paling tidak, ruangkan sedikit masa untuk mendengar rintihan anak muda yang tidak pernah jemu berjuang ini kalaupun tidak mahu menerima bulat-bulat kesemua pandangannya./wfauzdin.blogspot.com

JAMIL KHIR YANG SONGSANG

Oleh: WFAUZDIN NS


SEMALAM satu perhimpunan telah diadakan di Masjid Negara selepas Solat Jumaat bagi menentang sebarang bentuk politik fitnah dan lucah di negara ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO itu kemudiannya membawa memorandum bantahan tersebut ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar kes video seks atau tuduhan zina yang kununnya melibatkan DS Anwar ini diadili mengikut Hukum Syarak bukan dengan cara Jahil iaitu bersumpah laknat.

Dipetik melalui Agenda Daily, Jamil Khir menyatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk menunjukkan amarah bertujuan politik. Erti kata, Jamil Khir tetap istiqomah bahawa masjid bukan tempat berpolitik dalam kata lain politik tiada kena mengena dengan agama. Mungkin jika ada umat Islam yang tidak suka cara Jahiliyyah diamalkan di negara ini, jangan gunakan masjid tetapi gunakan padang bola atau pusat hiburan untuk meluahkannya.

Jamil Khir orang Umno dilantik menjadi Senator, dan Umno sejak dari azali lagi memang mengasingkan politik dari agama. Jadi, kenyataan Jamil Khir memang tepat sebagai ahli Umno tetapi jahil sebagai Muslim. Di dalam isu video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar, kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Syariah atas kes Qazaf yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran sendiri. Adakah Jamil Khir bersetuju kes ini diadili mengikut Islam?

Ini ulasan atau komen Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera di dalam hal ini seperti yang dilaporkan di dalam Agenda Daily, " Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu itu tidak sewajarnya dibebankan kepada JAWI tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan. "Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian. "Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah," katanya-(Agenda Daily-6/5/2011).

Kekuatan kes apa yang dimaksudkan oleh Jamil Khir itu? Sumpah laknat Eskay secara terang-terang merupakan satu tuduhan melakukan zina tidak lagi mempunyai kekuatan kes? Sebelum ini, di dalam kes fitnah Liwat melibatkan DS Anwar dan juga Saiful, terdapat juga kekuatan kes yang mana ada dakwaan menuduh berlakunya liwat dan kes ini pun telah di rujuk kepada Mahkamah Syariah, tetapi tangan siapa yang menjadi Iblis sebagai penghalang?

Mengapa susah sangat untuk Jamil Khir berterus terang bahawa di negara ini tidak mengguna pakai Al-Quran sebagai rujukan berkaitan kes-kes seperti ini? Mengapa perlu berputar-putar untuk mengelirukan umat Islam semata-mata untuk memuaskan kehendak pemimpin yang sememangnya terkenal dengan anti Islam? Sebelum ini Jamil Khir juga pernah berkata biarlah Eskay mahu bersumpah laknat di masjid. Apabila beliau berkata demikian, samalah juga dengan beliau berkata biarlah orang mahu memuja nombor ekor di dalam masjid asalkan baca Bismillah terlebih dahulu.

Inilah tokoh agama yang ada di dalam Umno, dan inilah parti yang merayu siang dan malam mahu PAS bersamanya. Sebab itu saya katakan, DAP lebih baik dari Umno setidak-tidaknya DAP sekarang sudah tahu menjaga adab di dalam masjid. Memang tepat dan bijak PAS menolak Umno untuk dijadikan kawan kerana berkawan dengan orang jahil yang tidak boleh diajar ini membuang masa sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 7 Mei 2011

15 DALIL GAPS YANG JAHILLIYYAH

Oleh: WFAUZDIN NS


SINAR semalam menyenaraikan 15 dalil kununnya Anwar mestilah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang disebut oleh Presiden GAPS(Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) Hamidzun Khairuddin. Apabila membaca satu persatu dalil tersebut, satu pun tidak releven dengan gesaan agar Anwar meletakkan jawatan selaku Penasihat Ekonomi Selangor malahan menampakkan kejahilan Presiden GAPS di dalam isu ini.

Kesemua 15 dalil berkenaan hanya bergantung kepada isu video seks yang kantoi dan memalukan Umno itu, tiada satu pun daripada 15 dalil berkenaan menyenaraikan kelemahan Anwar di dalam membantu menguruskan ekonomi Selangor sekaligus menunjukkan GAPS akur bahawa Anwar berjaya menguruskan ekonomi di Selangor.

Dalil pertama yang dikemukakan oleh GAPS, Anwar gagal di dalam menyerahkan ujian DNA nya untuk mengesahkan samada jam Omega tersebut miliknya. Berapa ribu DNA lagi yang harus Anwar serahkan kepada sekutu Apco ini selain dari DNA yang `dicuri' dari lokap Polis itu? Paling penting, apa relevennya jam tangan Omega itu di dalam kes video seks sedangkan terbaru Eskay mengaku tidak mengetahui samada jam tersebut terdapat di dalam video seks berkenaan. Jam Omega yang awalnya dikatakan adalah hadiah dari Kerabat Diraja Arab Saudi, kemudiannya disahkan oleh Polis jam tersebut datangnya dari Taiwan sebenarnya tidak langsung ada kaitan dengan video seks berkenaan.

GAPS juga mendakwa mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian Poligraf iaitu satu ujian mengesan penipuan. Apa relevennya Anwar mahu mengadakan ujian tersebut kerana sehingga kini siapa yang menuduh Anwar melakukan adegan seks berkenaan? Eskay sendiri berkata beliau tidak pernah menuduh Anwar melakukannya. Jika tiada tuduhan, samalah juga jika GAPS mahu Najib mengadakan ujian Poligraf di dalam kes Altantuya. Lebih menunjukkan kejahilan Presiden GAPS, hukum mana yang beliau guna untuk mensabitkan kes zina atau tuduhan zina boleh menggunakan Poligraf?

Kejahilan Presiden GAPS menonjol apabila beliau bertanya mengapa Anwar tidak mahu melakukan Sumpah Mubahalah, sedangkan Eskay telah pun melakukannya. Sudah tamat belajarkah Presiden GAPS ini tentang Sumpah Mubahalah? Jangan samakan ilmu yang ada pada Anwar dengan ilmu yang ada pada Eskay. Dari segi membaca Bismillah dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah pun Eskay lebih teruk dari kanak-kanak PASTI. Jika Eskay jahil di dalam bab Sumpah Mubahalah, jangan pula Presiden GAPS turut menjadi jahil sama.

Sumpah Mubahalah langsung tidak terpakai di dalam kes zina tetapi boleh digunakan di dalam mencari kebenaran di dalam berhujah seperti yang pernah berlaku di zaman Rasullullah yang berhujah dengan seorang Paderi dari golongan Kafir Najran di mana Rasullullah membawa saksi terdiri dari Sayyidina Ali, Hussin dan Hassan begitu juga Paderi berkenaan. Begitu juga di dalam kes suami atau isteri yang menuduh salah seorang darinya melakukan zina mereka dibolehkan untuk melakukan Sumpah Li'an. Itu pun mempunyai beberapa syarat dan kaedah tertentu untuk melakukan sumpah berkenaan.

Mengapa isu alibi Anwar yang sedang melayan Twitter pada waktu kununnya kejadian berlaku dipertikaikan kerana Anwar `hilang' selama 2 jam. Isu ini telah lama dijawab oleh Sdr Rafizi Ramli secara teknikal dan tidak perlu saya ulang kembali jawapan terhadap persoalan sebodoh ini. Kununnya terdapat kelibat CCTV Anwar disekitar hotel berkenaan, adakah benar itu Anwar kerana pelaku yang beraksi di dalam video berkenaan pun mereka boleh tuduh Anwar, pelik apanya jika ada CCTV yang merakam kelibat orang yang sama?

Satu lagi hujah dangkal Presiden GAPS adalah beliau mendakwa adalah mustahil untuk Super-imposed terhadap video apatah lagi selama 22 minit. Siapa pakar yang digunakan untuk mengatakan mustahil itu? Yusry KRU? Apa kehebatan dan kepakaran Yusry KRU yang boleh menilai mustahil atau tidak sesuatu video dilakukan Super-imposed? Jika sekadar bikin filem `Cicak Man' belum boleh dikatakan pakar.

Kita tidak persoalkan tulin atau tidak video seks berkenaan. Samada tulin atau tidak sesuatu video seks, adalah menjadi satu kesalahan sesiapa sahaja untuk memiliki, menyimpan atau pun menayangkannya. `Tukang tayang' telah mengaku tetapi sehingga kini mereka tidak didakwa. Soal pelakunya, kita juga mahu tahu siapa pelakunya. Tiada cara lain di dalam kes ini melainkan mengikut cara yang diajar di dalam Islam kecuali Presiden GAPS tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya. Jika begitu, memang wajar Presiden GAPS menyenaraikan 15 dalil berkenaan./wfauzdin.blogspot.com