JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 30 November 2011

TV3 SUKU MEMANG CELAKA DAN BANGSAT !!

TV 3 suku memang haprak dan bangsat.  Semalam dalam siaran beritanya, TV haramjadah ini buat fitnah ke atas peserta perhimpunan yang membantah undang-undang berkaitan perhimpunan di Parlimen.  Mereka dakwa kononnya yang berhimpun itu ada kaitan dengan Seksualiti Merdeka.

Rupa-rupanya cerita bangsat yang dibawa oleh TV3 suku ini dapat dikesan.  Korang baca kat SINI kisah sebenar yang membuktikan TV 3 suku ini adalah ejen Syaitan.  Kepada yang sedar diri yang masih bekerja dengan TV 3 suku tu cepat-cepatlah berhenti.  Korang tergamak ke kasi makan anak bini korang dengan bekerja dengan media syaitan itu?  Fikir-fikirlah....

Isnin, 21 November 2011

SIAPA CALON DUN JENDERAK ? KOMEN TERHADAP TULISAN BLOG LUBOK KAWAH

Apabila aku membaca posting Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di dalam blognya Lubok Kawah, berkaitan `Siapa Calon PKR di Dun Jenderak' , aku agak terperanjat apabila beliau menyebut seramai 8 orang calon telah dipertaruhkan oleh Cabang K.Krau bagi mengisi kerusi Dun tersebut pada PRU ke 13 akan datang.

Aku terperanjat kerana begitu ramai calon yang sudi menawarkan diri bertanding di kawasan yang dikatakan `pekat' Umnonya itu.  Aku memandang positif jumlah yang ramai tersebut bukan kerana mereka tergila-gila untuk menjadi calon, tetapi mereka menjadi `amat gila' untuk menjatuhkan Umno di kerusi berkenaan.  Inilah semangat yang PR mahu kerana kita semua mesti ada semangat yang kuat untuk menumbangkan rejim Umno di bumi Pahang ini.  

Aku mendapat tahu Tuan Hj Suhaimi Said selaku Ketua Cabang K.Krau juga tersenarai di dalam 8 calon tersebut.  Beliau sebenarnya sudah beberapa kali melahirkan hasrat hatinya untuk tidak dicalonkan lagi.  Hasrat tersebut bukan diluahkan di kedai-kedai kopi, bahkan dikatakan pernah menulis surat secara resmi kepada pimpinan PKR Pahang termasuk di dalam Mesyuarat Negeri.  Ini bererti beliau benar-benar serius untuk tidak mahu dicalonkan.Di antara sebab beliau mohon tarik diri sebagai calon adalah kerana kononnya usia beliau agak lanjut dan dibimbangi kesihatannya akan terganggu.  Beliau juga mahu melihat pelapis baru akan muncul di Jenderak dan K.Krau. 

 Tn Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal

Apa yang paling membanggakan, di sebalik beliau memohon untuk tidak dicalonkan sebagai calon di Dun Jenderak, beliau tidak pernah putus bekerja keras di kawasan tersebut bersama rakan-rakan yang lain.  Sebut sahaja di bumi Pahang ini bahkan di seluruh kawasan felda di negara ini siapa tidak kenal tokoh hebat ini.  Beliau bekerja kuat siang dan malam hanya kerana mahu melihat Umno/Bn tersungkur di dalam PRU akan datang. Malangnya, sehingga kini kita tidak mengenali siapa `pelapis baru' yang dimaksudkan oleh Tuan Hj Suhaimi itu?  Adakah pelapis itu sanggup bekerja keras seperti yang telah beliau lakukan?  Bukan masanya untuk kita `uji nilai' pelapis di dalam PRU akan datang.  Pelapis sepatutnya sudah mula belajar dan mencungkil ilmu dari Tuan Hj Suhaimi sejak dulu lagi.  

Oleh yang demikian, amat rugi kepada parti lebih-lebih lagi kepada warga felda sekiranya Tuan Hj Suhaimi Said tidak terpilih sebagai calon.  Ini bukan bererti yang lain itu tidak layak, bahkan ada di antara mereka itu masih muda dan tidak kurang juga mempunyai taraf pendidikan yang baik.  Tetapi, di dalam konteks Dun Jenderak ini, tiada tokoh yang boleh memberi saingan kepada Umno yang `pekat-likat' di situ melainkan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ini.  

Mungkin tulisan aku ini tidak digemari oleh beliau kerana beliau fikir sudah tentu aku cuba untuk menggagalkan cita-citanya untuk tidak dicalonkan lagi. Tetapi bagi aku kita kena realistik untuk memilih calon kali ini.  Aku harap beliau tidak marah dengan aku.  Bagi aku, jika beliau masih enggan untuk menjadi calon di Dun Jenderak atau di mana-mana kawasan yang ditawarkan, ini bererti beliau masih redha Umno/Bn berkuasa lagi di bumi Pahang ini.   


Khamis, 10 November 2011

MUSTAHIL HAJI NAJIB BUBAR PARLIMEN ESOK

Hari ini hangat cerita pasal Haji Najib akan bubarkan Parlimen esok.  Banyak blog yang menceritakan kemungkinan itu kerana tarikh 11.11.11 ini mungkin dipercayai bawa `ong' kepada Haji Najib.


Aku tak percaya Haji Najib mahu bubar Parlimen esok.  Jika dahulu mungkin betul, tetapi selepas bergelar `Haji' ini, mustahil Haji Najib mahu menipu rakyat lagi.  Jika Parlimen dibubarkan esok, maka sahih satu penipuan oleh Haji Najib kerana Jawatankuasa Khas berkaitan pembersihan Sistem Pilihanraya baru saja bersidang.  Bayangkan jika kita sedang `membersihkan' rumah, kita terkencing atau buang air besar di dalam rumah berkenaan.  Itu kerja bodoh dan sia-sia.

Jika Haji Najib terpaksa juga menipu rakyat untuk kali yang ke entah berapa ratus, maka sewajarnya rakyat bangkit untuk `membersihkan' Haji Najib dan partinya.  Selalunya orang balik dari Mekah merasa segan atau takut untuk menipu.  Tetapi tidak mustahil bagi orang yang hanya `melancung' atau mengerjakan `haji marlboro' mereka boleh menipu.  

Rabu, 2 November 2011

MUHYIDDIN SELAKU MENTERI PENDIDIKAN SILA LIHAT VIDEO INI...



Inilah kemajuan budak-budak sekolah di bawah rejim Umno/Bn. Itu pun masih kepingin mahu adakan pembelajaran seks di sekolah. Siapa Menteri Pendidikan? Apa kelebihan dia bagi meningkatkan mutu pendidikan dan moral budak-budak sekolah?

Memalukan apabila melihat aksi di atas. Itu bukan budak Cina atau India. Itu anak-anak kita yang berbangsa Melayu dan berugama Islam. Beginilah akibatnya apabila ahli politik terutamanya yang mengaku Melayu dan Islam menolak hukum Islam. Di dalam keadaan sedemikian pun, bantuan atau peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat tidak diberikan di dalam bajet baru-baru ini melainkan sekolah yang di bawah Kementerian Pendidikan sahaja.

Pada tahap begini anak-anak kita, ramai di antara kita yang masih percaya Umno masih diharapkan untuk mentadbir negara ini. Entahlah...

Isnin, 31 Oktober 2011

KERANA KURANG AJAR, PENYOKONG NEGERI SEMBILAN KENA BELASAH ?


Betul ke tidak cerita ini aku tak tahu. Diberitakan seorang penyokong bolasepak Negeri Sembilan dibelasah oleh beberapa orang penyokong Terengganu sejurus tamat Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia malam kelmarin.

Puncanya, dikatakan penyokong dari Negeri Sembilan ini mula membuat `provokasi' terhadap penyokong Terengganu yang malam itu Terengganu tewas kepada Negeri Sembilan 1-2. Beliau telah membakar bendera Negeri Terengganu, maka itulah puncanya budak kurang waras ini dibelasah. Aku pun setuju jika budak itu diajar sedemikian kerana perbuatannya yang kurang ajar. Kalau mahu merayakan kemenangan pun, kibarkan saja bendera Negeri Sembilan, mengapa pergi rajin bakar bendera negeri lain?

Itu kerja bodoh dan tidak melambangkan semangat kesukanan. Jika budak tu bakar bendera atau logo FAM tu, aku taklah pelik sangat pasal Setiausaha Agung FAM pun kurang ajar juga. Tidak kurang ajar ke bila Setiausaha Agung FAM boleh kata, terpulang pada peminat samada mahu datang ke stadium atau boikot kerana negara ini demokrasi. Setiausaha Agung FAM tu jawab macam orang bodoh dan sombong apabila ramai peminat bantah harga tiket naik sehingga RM50.

Aku penyokong Negeri Sembilan juga, tapi aku amat tak setuju kalau kita meraikan kemenangan sampai menghina bendera orang lain. Ini kerja yang amat memalukan. Mungkin, berbaloi kot budak tu kena belasah....

Cerita lanjut, baca je di bawah ni...
----------------------------------------------------------------------------------------

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu.

Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.
Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/lelaki-dibelasah-kerana-bakar-bendera.html#ixzz1cEk1SMo3

Sabtu, 22 Oktober 2011

KESIHAN ZUL KULIM, POLITIK BENGAP, UGAMA PUN JAHIL

Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.


Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

Harakahdaily

Selasa, 11 Oktober 2011

SULTAN SELANGOR PEKA ISU MURTAD, DR HASSAN ALI MESTI MOHON AGAR PEMIMPIN DIBENARKAN BERI TAZKIRAH

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali merasa lega apabila Sultan Selangor sahkan bahawa tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja di Selangor baru-baru ini memang tepat dan wajar. Tentulah ada asas dan buktinya Tuanku berkata begitu, dan jika itu lah keadaannya maka kita sokong apa jua bentuk dan ancaman untuk menggugat akidah umat Islam wajib ditentang. Baca di sini.

Bagaimana pula untuk kita mempertahankan akidah umat Islam agar tidak mudah terpedaya dengan ancaman pihak berkenaan? Sudah tentunya umat Islam mesti mendalami ilmu agama. Umat Islam pun wajib saling ingat mengingati sesama kita terutamanya ketua keluarga mendidik dan sentiasa ingat-mengingati akan ahli keluarga masing-masing. Ketua masyarakat juga begitu seterusnya pemimpin juga wajib memberi ingatan (tazkirah) kepada pengikut-pengikutnya.



Jika pemimpin tidak mampu mengajar orang lain dengan ilmu agama, masakan sekadar memberi ingatan (tazkirah) tentang mana yang baik dan mana yang buruk pun tidak boleh? Maka, pemimpin wajib berbuat demikian. Masalahnya, tazkirah seperti ini pun perlu ada kuasa (Tauliah). Siapa wujudkan undang-undang yang menyempitkan jalan dakwah ini? Dr Hassan LinkAli tentu tahu kuasa siapa.

Jadi, di samping Dr Hassan Ali memuji langkah Sultan Selangor di dalam isu serbuan gereja ini, beliau patut berusaha untuk membuka laluan yang mudah bagi kerja dakwah di Selangor. Atau, adakah Dr Hassan Ali juga setuju Tauliah wajib untuk berdakwah melalui tazkirah?

Jika kerja dakwah ini disempitkan, jangan kita pelik jika masalah murtad tidak akan selesai. Jangan pelik jika semakin ramai anak muda lalai dengan hiburan seperti mengunjungi Pusat Hiburan `Hard Rock Cafe' yang kita tidak tahu siapa di belakang pusat maksiat itu./mandor.blogspot