JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 29 Jun 2009

MAHYUDIN HINA PENIAGA IKAN DI MANEK URAI?

Oleh: Mandor Spg Dian

UMNO telah pun mengumumkan calon pilihan mereka untuk di`korban'kan di Manek Urai. Tuan Aziz Tuan Mat seorang CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd adalah `mangsa' seterusnya selepas ini. Difahamkan pada hari pengumuman calon Umno tersebut, suasana amat lembab dan langsung tidak bersemangat seolah-olah Umno bertanding kerana `terpaksa' menunaikan hajat Najib yang telah berjanji Umno/Bn tetap akan bertanding di dalam pilihanraya kecuali atas sebab seperti di Penanti.

Ketika ucapan TPM pada hari pengumuman tersebut, TPM yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno yang diharapkan oleh semua lapisan masyarakat terdiri daripada yang kaya, miskin, petani, nelayan termasuk penjaja dan peniaga untuk membela nasib mereka awal-awal lagi `biadap' terhadap rakyat bawahan. Saya amat terasa apabila Mahyudin mengungkapkan kata-kata berikut yang menghina golongan peniaga ikan. “Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.“

Saya tidak mahu komen banyak, cukup saya hendak memberitahu Mahyudin yang ego dan sombong itu, peniaga ikan yang menjadi calon Pas ini lebih jauh bermaruah dari Ketua Menteri Melaka dan juga Ketua Pemuda Umno yang rasuah itu. Peniaga ikan ini jauh lebih baik dari mereka yang terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Peniaga ikan ini tidak pernah menggadai maruah diri, bangsa, agama, jauh sekali dari menggadai negeri tidak seperti pemimpin Umno Johor yang melihat terkebil-kebil Pulau Batu Putih hilang dirampas Singapura. Bahkan, jika sudi dan berani, ayuh, ke hadapan pemimpin Umno yang cerdik atau CEO itu untuk berdebat dengan peniaga ikan ini. Sudah tentu mereka takut kerana Presiden mereka sendiri kecut perut bila disebut soal berdebat.

Apapun kutukan dan penghinaan Umno terhadap calon Pas seorang peniaga ikan ini, pengundi-pengundi di Manek Urai sudah memasang niat awal-awal lagi untuk `mengkapan'kan Umno untuk kali entah ke berapa. Gunakanlah apa jua jentera yang kamu ada samada sekolah, jabatan-jabatan kerajaan, Polis, tentera dan semua media yang kamu kuasai, nescaya semua itu tidak akan dapat mengalahkan keimanan rakyat Kelantan. Hanya mereka yang rendah moral dan sanggup jadi balaci akan menyokong Umno di Manek Urai. Selamat terkorban, wahai Umno.

1 ulasan:

  1. ya hanya mereka yg senget dan rendah moral saja yg menyokong Umno.

    BalasPadam