JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 14 Ogos 2009

CERAMAH `PENGKHIANAT' TETAP DAPAT SAMBUTAN RAKYAT

Rakyat sudah pandai menilai: Anwar

REMBAU – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkannya tidak akan berhasil.

Beliau berkata, ini kerana perkara sedemikian sudah berlanjutan sejak sekian lama, bagaimanapun ia berjaya ditepis kerana sikap masyarakat kini yang sudah pandai menilai.

:“UMNO melalui pemimpinnya sudah beberapa kali mencuba untuk menjatuhkan saya dan perkara ini sudah berlanjutan sehingga 11 tahun. Saya sudah biasa dengan percubaan yang dilakukan UMNO, namun tidak sesekali akan berundur, sebaliknya terus memperjuangkan hak rakyat.

“Tindakan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) Muhyiddin yang satu ketika dahulu merupakan rakan seperjuangan menghebahkan isu pengkhianat membuktikan mereka sudah tidak berdaya untuk meraih sokongan rakyat, sehinggakan sengaja menghebahkan isu saya sebagai pengkhianat yang seakan tidak jelas tanpa bukti kukuh,” katanya.

:Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis Ceramah Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-52 yang berlangsung di Kampung Selemak, di sini, malam semalam.

Hadir sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Selain itu menurutnya, BN dan UMNO sengaja menggunakan media massa aliran utama sebagai alat untuk menjatuhkannya dan PR melalui penyebaran pelbagai fitnah bagi mengaburi mata rakyat.

Bagaimanapun katanya, perbuatan sedemikian tidak berjaya kerana masyarakat sudah celik dengan isu semasa.

Katanya, PR tidak akan sesekali berundur dan mendakwa terus memperjuangkan segala isu yang kian dicemari laporan tidak benar segelintir media massa aliran utama yang dikuasai kerajaan serta berharap seluruh rakyat menyedari hakikat sebenar.

“Mereka (BN-UMNO) mempunyai media massa tersendiri untuk digunakan bagi kepentingan mereka. Namun, mereka harus sedar bahawa masyarakat masa kini sudah celik serta mengetahui tindakan yang sudah dilakukan kepada rakyat yang tidak berdosa.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama dengan menguatkan PR sekali gus menguasai keseluruhan Pilihan Raya Umum 2013 demi mewujudkan kerajaan rakyat mentadbir negara. Kami tidak akan berundur dan terus akan berjuang sampai bila-bila,” katanya.

Program dihadiri lebih 2,000 penyokong PR itu dianjurkan bagi menerangkan mengenai pelbagai isu semasa, di samping bersama menyambut Bulan Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pada majlis sama, turut diadakan sambutan hari lahir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang disambut PR negeri dan Bahagian Rembau./SH

TEOH DISERET SEBELUM MATI?

Teoh mungkin diseret sebelum mati: Forensik

SHAH ALAM: Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak menolak kemungkinan mendiang mungkin diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, di sini, Julai lalu.

Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh, 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian./metro

UMNO USAH MENGHARAP PAS KELUAR DARI PAKATAN

PAS tetap setia berjuang dengan DAP, tidak akan tinggalkan Pakatan

12 Aug 2009 12:23PM
KL: Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.

''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.

''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini, yang mencabar Pas keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.

Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

Menurut Khairy, ia juga terbukti apabila satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri. / Utusan

Ahad, 9 Ogos 2009

ISU ARAK DI SELANGOR - PEMUDA UMNO AMAT BENCI ARAK?

Saturday, August 8, 2009

Pemuda UMNO telah dilaporkan menjemput PAS bersama-sama dengan mereka untuk berdemontrasi mempertahankan isu pengharaman arak di MBSA baru-baru ini.


Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata:

“MARANG, Aug 7 — The Umno Youth movement today invited its PAS counterpart to be together with the movement in a ceramah to be held in Shah Alam on Aug 14 to lash out at certain parties that had been insulting Islam.
Umno Youth head Khairy Jamaluddin said the movement wanted to see to what extent PAS Youth would go to criticise its coalition partner, the DAP, which was becoming more bold in insulting Islam lately.”


Saya tak tahu samada hendak tergelak atau menangis atas pelawaan Khairy Jamaluddin ini. Ini kerana apa yang hendak di demonstrari atau diprotes oleh Pemuda UMNO ini?

Saya tak nak cerita yang saya tahu berkenaan dengan geng-geng KJ sewaktu mereka belajar di Oxford dulu. It biarlah para pembaca siasat sendiri.

Saya cuma ingin mengetahui kalaulah pelawaan Khairy ini pelawaan ikhlas, saya ada beberapa pertanyaan kepada beliau dan seluruh warga UMNO Selangor dan Malaysia:

a. Mungkinkah Pemuda UMNO seharusnya memprotes keberadaan 3 orang Melayu Islam dalam Lembaga Pengarah Calrsberg terlebih dahulu. Bagaimana UMNO boleh mengizinkan 3 orang Melayu Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg sedangkan lesen arak diberikan oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan dengan mudah dapat mengarahkan Calrberg untuk memecat ketiga-tiga orang ini. Bukankah begitu?

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

b. Mengapa Pemuda UMNO tidak memprotes pemberian 10 lesen ”Special Draw” oleh Najib tanpa permintaan dari mana-mana kaum. Judi pun seharam arak juga kan?

Hakikatnya para pembaca sekelian, sewaktu 50 tahun UMNO memerintah Selangor, tiada apa yang dilakukan mereka untuk mengawal penjualan arak dan aktiviti judi di Selangor.

Berkat dari kerajaan Pakatan Rakyat barulah pengharaman arak dan judi ke atas orang-orang Islam dapat dijalankan dengan secara agresif.

Mana mungkinUMNO Selangor mampu menjalankan pengharaman dengan efektif kerana yang mengeluarkan lesen arak dan judi adalah UMNO juga

Nasib baiklah PAS tidak termakan dengan perangkap Pemuda UMNO ini. Kalau tidak PAS pun terpaksa menyokong amalan judi dan arak ini kelak

Sumber: Tulang Besi/Malaysiawaves.com

Sabtu, 8 Ogos 2009

UNDIAN AKTA ISA OLEH KDN - RAMAI TAK SUKA ISA?

Laman berita KDN kian popular gara-gara undian ISA
Jimadie Shah Othman
Ogos 7, 09
7:22pm

Selepas 24 jam undian isu ISA diberitakan, jumlah pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) naik mendadak tetapi peratusan mereka yang mahu akta kontroversi itu dimansuhkan menurun sedikit.

Seramai 8,076 responden atau 91 peratus mahu ISA dihapuskan awal malam ini berbanding hanya 481 atau 92 peratus memilih jawapan yang sama semalam.

NONEUndian yang bermula hampir jam 9 malam kelmarin dijangka akan terus berjalan selama seminggu – seperti undian bagi isu-isu lain sebelumnya.

Lima soalan dikemukakan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini, sehingga 7 malam ini, mendapati 7,688 responden atau 87 peratus menganggapnya "kejam" bagi soalan pertama itu.

Semalam, 597 responden atau 88 peratus menganggapnya demikian.

Majoriti responden, kira-kira 93 peratus daripada 7,605 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA".

Mereka - 7,443 responden atau 94 peratus - juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan./Malaysiakini

Selasa, 4 Ogos 2009

CICAK MENGKARUNG AJAK ANWAR BERDEBAT?

Oleh: Mandor.blogspot.com

ALKISAH, terdapat seekor `cicak mengkarung' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba mencabar DS Anwar berdebat pasal betapa wajarnya Akta ISA itu dikekalkan. Sila baca di SINI. Yang paling melucukan tu, dia mengaku dia ahli Pas pulak tu. Sejak bila Pas sokong Akta zalim ISA ni? Sejak bila Parti Islam SeMalaysia ni bersekongkol dengan kezaliman tahan orang tanpa bicara ni?

Cicak mengkarung tu sebenarnya bukan ahli Pas sejati, jika benar pun beliau ahli Pas maka beliau adalah salah seorang ahli Pas yang jahil sesangat. Nasib baik Pas tak ramai orang jahil semacam cicak mengkarung sekor tu. Elok lah Pas pecat je cicak mengkarung tu pasal dah terang-terang dia menentang hukum Allah.

Apabila puak-puak tu berhimpun tak dapat sokongan orang ramai, mulalah desak kerajaan tangkap DS Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang serta pemimpin GMI tu. Itulah stail cabuk mereka, bila dah tak dapat berhujah, guna kuasa. Selagi itulah mereka tetap jadi bengap. Siapa cicak mengkarung tu nak berdebat dengan DS Anwar? Dia hanya layak berdebat dengan Ketua Pemuda Pas cawangan je atau berdebat di kedai-kedai kopi sambil main dam. Mana Najib, mana Muhyiddin atau Hishamuddin? Berani ke mereka tu cabar DS Anwar berdebat pasal Akta ISA? Kita masih ingat sewaktu debat DS Anwar dengan Shabery pasal minyak dahulu, Shabery cuba timbulkan isu Akta ISA untuk mengenakan DS Anwar. Apa jadi? DS Anwar berjaya menjawabnya dengan hujah dan ternyata meleleh air liur Shabery.

Memalukan betul puak-puak yang sokong Akta ISA ni. Orang-orang kafir pun nampak jelas akta itu zalim, inikan pula orang-orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah. Sebab itulah Majlis Fatwa kena cepat beri fatwa pasal Akta ISA ini. Jika dilambatkan, nanti bertambah ramai orang-orang yang jahil seperti cicak mengkarung tu. Jangan sibuk nak bercakap pasal sebatang lilin je.

Kepada cicak mengkarung, kamu balik je rumah cermin muka tu dulu jika nak ajak DS Anwar berdebat. Kamu kena banyak bekerja kuat lagi untuk memperbodohkan rakyat agar percaya bahawa Akta ISA tu adil seadil-adilnya. Lepas itu, barulah buat perhimpunan. Jika tidak, perhimpunan kamu nanti macam orang jual ubat je./kembali ke LAMAN ASAL.

Isnin, 3 Ogos 2009

EZAM CALON UMNO DI PERMATANG PAUH ATAU MINAH RONGGENG?



Oleh: Mandor.blogspot.com

PERMATANG Pasir kini sudah diratakan tanahnya untuk menyiapkan `pusara' Umno untuk kali yang ke berapa aku dah tak larat nak kira. Yang aku tahu `tanah kubur' masih merah lagi kat Manek Urai. Di situ terpacaknya `nisan' Umno. Kini, Permatang Pasir pulak. Seperti biasa, Umno tetap berkata `Kita yakin menang kerana rakyat sudah sedar '. Kalimah itulah sebenarnya yang menguburkan Umno di Kuala Terengganu dan Manek Urai.

Tidak seperti sebelumnya, kita tak dapat lihat lagi mana-mana pemimpin Umno di P.Pinang terutamanya di Permatang Pauh berebut nak jadi calon. Jika di Penanti, Umno hanya menjadi tukang sorak di luar gelanggang, di bumi P.Pinang ini juga kali ini adakah Umno masih berminat untuk jadi tukang sorak lagi? Yang pasti, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh sudah menyatakan kurang seleranya beliau untuk tawarkan diri menjadi calon. Tidak seperti semasa PRK Parlimen Permatang Pauh dulu. Kenapa kali ini agak tawar semua pemimpin Umno untuk menjadi calon? Mungkin sudah merasa betapa azabnya berdepan dengan PR?

Sekiranya Umno memikirkan azabnya untuk berdepan dengan PR, kita cadangkan apa kata kalau Umno pujuk agar `Minah Ronggeng' bekas calon PRK Penanti baru-baru ini untuk bertanding semula? Tentu kali ini ada cerita baru dari `Minah Ronggeng' untuk kita perdengarkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir pula seperti cerita CD umpan rasuah dan jawatan TKM P.Pinang yang hangat sewaktu di dalam PRK Penanti yang lalu.

Oleh kerana baru-baru ini setelah Umno terkangkang di Manek Urai tetapi masih menganggap sokongan orang-orang Melayu masih kuat kepada Umno, kita yakin Umno akan masuk bertanding. Soalnya siapa calon Umno nanti? Yang pasti bukan peraih ikan. Agak lojik juga jika kita cadangkan agar `raja sesumpah' Ezam bertanding di sana. Bukankah Ezam terlalu kepingin bertandang di bumi Permatang Pauh? Lagi pun masa bila Umno nak bayar jasa-jasa Ezam ini? Begitu banyak telah Ezam korbankan untuk Umno melebihi banyaknya `kotak-kotak' yang selalu dipikul oleh Ezam tu. Amat wajar Ezam bertanding dan rakyat di Permatang Pauh pun sudah lama tidak mendengar raja sesumpah ini bersumpah. Di antara raja sesumpah `Pak Tonggeng' dengan `Minah Ronggeng' ini, aku rasa dua-dua sesuai untuk mewakili Umno./Kembali ke Laman Asal.