Khamis, 3 Jun 2010
Presiden Umno Tidak Sertai Himpunan 100,000 Rakyat Kecam Israel
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan menyeru Presiden Umno ini untuk turun berhimpun bersama rakyat di Kampung Baru, Jumaat depan.
Perhimpunan di ibu negara ini diadakan sebagai reaksi kepada serangan komando Tentera Laut Israel keatas konvoi membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Semenanjung Gaza, yang dihimpit sekatan ekonomi Mesir-Israel.
Pakatan Rakyat akan turut menganjurkan persidangan meja bulat membabitkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan pada jam 11 pagi di lokasi yang sama.
"Tidak, kita akan debat isu ini di Parlimen pada hari Isnin. Kita akan bentang usul mengecam serangan ganas Israel dan pencabulan hak asasi manusia," kata Najib kepada pemberita di Balai Polis Seapark, semalam.
Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pernah menyaksikan perhimpunan orang Melayu menentang penjajahan British./TVSelangor
Blogger:
Hmmmm...nak kutuk Israel pun kena debat dulu? Susahnya nak buat keputusan....
Rabu, 2 Jun 2010
HARU BIRU DI BAWAH NAJIB, SEMUA TIDAK MUKTAMAD?
Najib memperkenalkan dasar MEB bagi menggantikan DEB kununnya sebagai persaingan kepada dasar yang dicipta oleh PR yang meletakkan keadilan di dalam pembahagian ekonomi negara. Tetapi, apa sudah jadi? Bila berpuluh-puluh NGO pertubuhan Melayu membantah, maka Najib pun berkata MEB belum muktamad. Habis tu, selama ini dia merapu pasal benda yang tidak muktamad lah?
Kemudian, isu tanah Kg Bharu, Kuala Lumpur pula. 40 % tanah akan dibuka kepada bukan Melayu, maka bantahan pun diterima dari berbagai pihak. Menteri yang berkaitan pun menjawab, isu itu pun belum muktamad juga.
Sebelum ini pasal larangan penjualan rokok 14 batang. Sudah muktamad bahawa dikuatkuasakan bulan ini, tetapi ditangguhkan pula. Mengapa? Mungkinkah keputusan itu belum muktamad atau ditangguhkan atas sebab-sebab kepentingan pihak tertentu?
Kalau anda fikirkan balik, banyak lagi yang tidak muktamad di era Najib ini. Lesen judi bola sepak Piala Dunia mungkin sudah muktamad dan mungkin telah pun beroperasi. Pembatalan kerjasama dengan APCO sudah muktamad atau belum? Atau mahu tunggu puak Zionis tu lebih mengganas lagikah untuk dimuktamadkan?
Apa-apa pun lepas ini kita akan lihat betapa bertambah lintang pukang pentadbiran Najib. Apabila PM sudah kelam kabut, Menteri-Menteri pun apa lagi lah. Maka, berbagai-bagai dasar yang keluar dan berubah sekelip mata. Ini menunjukkan Najib sudah hilang keyakinan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini./wfauzdin.blogspot.com
EZAM `SENATAK AHLIL NUJUM NEGARA'
Bahkan, jika anda ingin meniru suara Anwar pun Ezam boleh ajarkan. Ezam sesumpah juga boleh ajarkan anda cara-cara untuk anda lakukan sekiranya anda diliwat seperti dia nasihatkan Saiful. Jika anda ada saudara mara anda yang berada di luar negara, Ezam sesumpah juga boleh beritahu anda samada saudara mara anda itu senang atau mewah atau miskin di sana. Seperti Ezam sesumpah tahu betapa Raja Petra yang SB sendiri pun tidak tahu berada di mana, Ezam sesumpah siap bagitahu betapa Raja Petra mewah dan mungkin Anwar tahu siapa yang membiayai Raja Petra di luar negara. Hebat kan Ezam sesumpah?
Maka, di atas kepandaiannya bernujum itulah maka diangkatkan menjadi `Senatak Ahlil Nujum Negara'. Syabas Ezam./mandor.blogspot.com
ISU JUDI BOLA - DAP AKAN BAWA USUL BANTAHAN DI PARLIMEN, ADAKAH UMNO AKAN SOKONG?
| DAP bawa usul tergempar judi sukan di Parlimen | ||
|
Ketua Pemudanya Anthony Loke berkata mereka berharap usaha itu dapat mendesak kerajaan menarik balik pemberian lesen itu kepada Ascot Sports Sdn Bhd.
Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya, Anthony berkata partinya sedang menangai isu perjudian bola sepak itu dengan menyeluruh, bukan sahaja melihatnya sebagai isu agama.
"Kita melihat kepada kesannya kepada masyarakat. Kita baca komen di akhbar di mana syarikat itu (Ascot Sports had) mempertahankan keputusan (pemberian lesen) dengan mendakwa ia akan membantu kerajaan mengawal pertaruhan haram dan menjana pendapatan negara."
"Hujah ini cacat. Oleh kerana kamu tidak dapat kawal aktiviti haram, kamu jadikannya halal?" soalnya kembali./Malaysiakini
Selasa, 1 Jun 2010
USAH MIMPI HENDAK DAKWA NAJIB DAN EZAM
Peguam Karpal Singh berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, semasa meneliti pengakuan Saiful menemui Najib, Ezam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada masa itu, Rodwan Mohd Yusof dan rakan karib isteri PM, Mumtaz Jaafar, sebelum pemeriksaan hospital.
Ketika disoal peguambela, Saiful mendakwa beliau tidak tahu apakah individu terbabit memfailkan laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.
Saiful juga mendakwa Ezam dan Mumtaz tidak mengalakkan beliau memfailkan laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.
Karpal berkata Najib dan mereka terbabit boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana gagal memfailkan laporan polis seperti yang ditetapkan Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah.
Sementara itu, Saiful menafikan memberitahu polis, Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur bahawa sejenis objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.
Beliau turut menafikan majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan telah dirancang diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh./TVSelangor
MEREKA ADA GAS DAN GAM, KITA ADA GAB
Kita yang berada di luar ini hanya menonton drama demi drama oleh parti-parti komponen Bn ini setelah MCA baru selesai menayangkan drama mereka. Kita penuh yakin bahawa drama-drama ini akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana kebanyakan pemimpin di dalam parti komponen Bn telah mulai kenal wajah Umno.
Jika mereka boleh mempromosikan GAS dan GAM, kita juga akan cuba mempromosikan GAB pula. GAB (Gerakan Anti Bn) sebenarnya telah lama berjalan dan kini telah mula menampakkan hasilnya, cuma jenama GAB sahaja yang belum dipromosikan secara meluas. Mungkin tidak salah jika pimpinan di dalam PR mula memperkenalkan jenama terbaik GAB ini. Kita jangan peduli samada GAS atau GAM yang berjaya, samada Samy akan berundur atau tidak, yang penting adalah GAB akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semakin bimbang dengan keutuhan PR apatah lagi melihat kepada kesefahaman di antara PAS dan DAP yang sukar untuk kepala otak pimpinan Umno memikirkannya.
Najib kini dilihat tiada arah di dalam dasar dan prinsipnya yang kejap-kejap berubah. Najib perkenalkan MEB kununnya untuk menandingi dasar PR, tetapi baru berdepan dengan beberapa desakan NGO yang diketuai oleh Ibrahim Al-Kataki, Najib terketar-ketar mengumumkan bahawa sebenarnya MEB belum muktamad. Rupa-rupanya selama ini Najib bercakap benda yang belum muktamad. Inikah PM yang dikatakan Obama Presiden Amerika memujinya dan ingin mencontohi dan belajar dasar ekonomi dari Najib?
Percayalah, apabila Najib berdepan dengan kaum bukan Melayu nanti, Najib akan memaklumkan bahawa MEB sudah dimuktamadkan. Tidak hairanlah jika rakyat bukan Melayu kini semakin tidak mempercayai apa jua yang keluar dari mulut Najib. Di dalam kenyataan beliau berkenaan MEB yang belum muktamad itu, Najib pun menyebut betapa Islam sendiri pun memerintahkan berlaku adil tidak mengira apa jua bangsa dan agama. Mengapa Najib tidak menyebut tentang lesen judi bola yang diluluskannya itu? Tidak berjumpakah Najib tentang ayat Al-Quran berkaitan judi?
Pemimpin yang terlalu banyak berbohong dan retorik akhirnya cepat diketahui rakyat. Tidak seperti pemimpin PR yang konsisten apabila menyebut tentang dasar dan perjuangan kepada rakyat. Bahkan, pemimpin PR sanggup berdebat bila-bila masa sahaja dengan pemimpin Umno berkaitan apa jua dasar agar kesemua rakyat berbilang kaum tahu dan menilai dasar siapakah yang lebih adil. Masalahnya, belum ada sejarah Najib berani untuk berdebat dengan pemimpin PR. Kerana apa? Ini adalah kerana Najib terlalu banyak hipokrit serta terlalu banyak membohongi rakyat.
Najib gagal di dalam semua aspek kerana itu dikatakan bahawa negara ini menuju ke arah bankrap. Tiada siapa pun di kalangan menteri beliau yang mampu membantunya bahkan lebih ramai hanya mendekati Najib untuk mencium tangannya sahaja. Jika dahulu Umno menuduh ekonomi negara terganggu kerana perjuangan reformasi yang dibawa oleh DS Anwar, kini dikatakan pula negara akan bankrap kerana adanya dasar subsidi kerajaan kepada rakyat selama ini. Begitulah lintang pukangnya bacaan ekonomi Najib sehinggakan beliau benar-benar hilang idea untuk membangunkan negara ini. Untuk menguatkuasakan larang penjualan rokok 14 batang pun tidak menjadi dan bertangguh, apa mahu diharapkan dengan dasar yang lebih besar?
Tiada cara lain lagi melainkan GAB perlu diperkuatkan. Bukan sahaja Najib perlu disingkirkan dari memimpin negara ini bahkan Bn juga mesti dinyahkan. Jika mereka sendiri sudah tidak yakin untuk membangunkan negara dengan berbagai dasar yang lintang pukang, rakyat perlu memilih kerajaan baru untuk menyelamatkan negara ini. /wfauzdin.blogspot.com