JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 1 Jun 2010

USAH MIMPI HENDAK DAKWA NAJIB DAN EZAM

Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Senator Ezam Md Noor boleh didakwa kerana tidak memfailkan laporan polis berhubung tuduhan Saiful Bukhari Azlan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, semasa meneliti pengakuan Saiful menemui Najib, Ezam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada masa itu, Rodwan Mohd Yusof dan rakan karib isteri PM, Mumtaz Jaafar, sebelum pemeriksaan hospital.

Ketika disoal peguambela, Saiful mendakwa beliau tidak tahu apakah individu terbabit memfailkan laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Saiful juga mendakwa Ezam dan Mumtaz tidak mengalakkan beliau memfailkan laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.

Karpal berkata Najib dan mereka terbabit boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana gagal memfailkan laporan polis seperti yang ditetapkan Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Saiful menafikan memberitahu polis, Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur bahawa sejenis objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

Beliau turut menafikan majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan telah dirancang diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh./TVSelangor

1 ulasan:

  1. mendaki sesuatu impian melalui titian kebenaran amatlah getir,susah dan payah.ia memerlukan kekuatan yang amat luar biasa.jika sekiranya laluan itu menimpa kegagalan,tidak semestinya suatu kekalahan.biarlah mereka mendabik dada ketawa semahunya didunia,asalkan sang perkasa maha agong maha mulia bersama kita diakhir masa.namun apa pun segalanya bak kata pujangga wajib kita bangun tanpa mengenal lelah melawan tetap tekad melawan.

    BalasPadam