JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 17 Jun 2010

BIASISWA - BEZA KERAJAAN BN DAN PR


Ketika kerajaan persekutuan mengekang pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor memperhebatkan pemberian bantuan pelajaran.

Pelajar cemerlang, khususnya dari Selangor yang gagal mendapat tempat di Insitut Pengajian Tinggi dan pinjaman dari PTPTN kini boleh memohon mendapatkan pinjaman tanpa faedah dari kerajaan negeri untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Industri Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Malah, pinjaman itu akan bertukar menjadi biasiswa jika pelajar terbabit mendapat purata nilai gred kumulatif 3.7 ke atas.
Skim itu diumumkan selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri petang tadi.

Pinjaman menerusi bahagian kewangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor terbuka kepada semua lepasan SPM yang mahu memasuki UNISEL dan KUIS untuk program Ijazah pertama.

Bantuan kerajaan negeri itu akan menampung keperluan pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan