JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 15 Jun 2011

ISU NELAYAN MOGOK - SATU TAMPARAN MEMALUKAN DARI MCA KEPADA PEMIMPIN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

TUDING menuding jari terus berlaku di antara pemimpin di dalam Bn dalam isu mogok nelayan lantaran kerja menyusahkan rakyat oleh pemimpin Umno. Pemotongan subsidi minyak bagi nelayan laut dalam nampaknya sekali lagi membuktikan kerajaan Bn tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Paling menarik, telatah Menteri dari Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebut bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gagal mengetengahkan masalah dan keluhan nelayan laut dalam Kelas C2 berhubung isu berkenaan.

NONEKenyataan Menteri yang popular dengan jasanya menaikkan harga barang ini disangkal keras oleh Presiden MCA itu sendiri. Satu `tamparan memalukan' dari Dr Chua apabila beliau berkata `Menteri itu tidor'.Link
Kenyataan Malaysiakini, " Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media.(Malaysiakini).

Malang sungguh Umno memiliki Menteri seperti ini yang diperlekehkan oleh pemimpin MCA. Sebab itu tidak menghairankan jika ada yang berkata rakyat kini susah kerana pemimpin tidak tahu bekerja. Apabila sudah terdesak, rakyat bangkit membantah maka mulalah mereka mencari sasaran untuk menuding jari. Kali ini sasarannya memakan diri.

Justeru itu, tiada pilihan lagi. Pemimpin-pemimpin di dalam Bn sekarang sudah menjadi huru-hara dan hubungan Umno dengan MCA dan Gerakan tidak semesra dahulu. Umno kini keseorangan akibat perbuatan mereka sendiri. Sudah sampai masanya rakyat bangkit menghukum mereka./wfauzdin,blogspot.com

Isnin, 13 Jun 2011

PERHIMPUNAN BERSIH, KITA ALU-ALUKAN KUMPULAN RAJA KATAK

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT datang kita ucapkan kepada PERKASA di bawah `Panglima Perang Salib' nya iaitu Ibrahim Alkataki ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Bukan sahaja PERKASA, malahan sesiapa pun boleh datang berhimpun asalkan menjaga keamanan dan ketenteraman awam, itu pokoknya.

Jika PERKASA berhajat untuk datang bagi mencetuskan provokasi, lebih baik lupakan sahaja niat buruk itu. Jika sekadar hadir untuk mengangkat sepanduk yang tertera `KAMI MENYOKONG PENGUNDI HANTU DAN UNDI POS' itu lebih baik daripada puak-puak PERKASA melompat-lompat macam `katak' walaupun pemimpin mereka dikenali sebagai `raja katak'. Baca sini.

Helah PERKASA yang menyebut akan turut serta berhimpun tidak lain tidak bukan hanyalah satu taktik agar pihak berkuasa melarang perhimpunan BERSIH yang telah dirancang. Atas alasan, jika PERKASA berhimpun akan berlaku provokasi dan berlaku pergaduhan. Ertinya, jika PERKASA tidak hadir perhimpunan berjalan dengan aman dan teratur. Maka, apa pihak berkuasa perlu buat? Jika mereka bijak, sudah tentu sekumpulan yang datang ke program orang lain perlu dihalang. Demontrasi PERKASA yang diadakan serentak diseluruh negeri meminta DNA Anwar dahulu pun kita tidak ganggu. Mengapa mereka ingin menganggu program kita?

Terserlah sekarang bahawa PERKASA adalah alat Umno. Kita tidak harus peduli dengan ugutan PERKASA yang sentiasa berhati busuk itu. Adakah kerana ingin mengikut kehendak PERKASA yang tidak berapa kerat ahlinya itu, kita sanggup mengecewakan majoriti rakyat yang mahukan negara ini melaksanakan sistem, pilihanraya yang adil? Alasan PERKASA kununnya akan berlaku pecah bangunan, bakar kereta dan sebagainya adalah alasan dari mereka yang tidak bertamaddun. Perhimpunan sebelum ini berlakukah seperti itu? Berapa biji kereta dibakar? Yang ada cuma air dari Water Canon.

Kesimpulannya, pedulikan PERKASA beserta dengan `katak-katak'nya./wfauzdin.blogspot.com

BEBALNYA SI RUSLAN KASSIM

Seekor lagi dari Perkosa berbunyi, si Ruslan Kassim yang menyeru orang-orang Melayu P.Pinang bangkit menentang usaha Kerajaan P.Pinang untuk mengadakan pilihanraya atau pemilihan mengikut suara ahli Qariah bagi menentukan jawatan AJK Masjid. Nampaknya, Lim Guan Eng lebih tahu hadith ini " Tidak diangkat pahala sembahyang Imam yang tidak diredai makmum.' daripada si Ruslan Kassim dan puak-puak songkok tinggi Perkosa. Baca sini.

Si Ruslan Kassim mahu orang-orang Melayu bangkit kununnya untuk pertahankan masjid. Melayu sahajakah yang menggunakan masjid di P.Pinang? Patutnya Ruslan Kassim menyebut, " Wahai Geng songkok tinggi Perkosa, bangunlah dan bantah lah Lim Guan Eng". Mengapa perlu sebut semua orang Melayu P.Pinang? Dia ingat orang-orang Melayu P.Pinang sejahil dia?

Kununnya Lim Guan Eng mahu berpolitik di masjid. Ada jemaah dari DAP ke yang mahu bertanding rebut jawatan AJK Masjid tu nanti? Atau, takut AJK dari puak sekutu Apco yang malas ke masjid tu hilang jawatan?

Biarlah ahli Qariah yang tentukan siapa kakitangan masjid tanpa mengira fahaman politik mereka. Jika mereka kaki masjid, berilmu dan mempunyai moral yang tinggi maka tentunya ahli Qariah melantik mereka. Takkan mahu lantik kakitangan masjid yang suka tengok video seks Seri Carcosa kot?

Kesihan aku kat Ruslan Kassim ni. Dulu duduk dalam Keadilan, ingatkan keluar dapat lah apa-apa yang patut. Jadi Ketua Cawangan pun tak dapat dalam Umno. Nasib baik ada Perkosa, boleh juga jadikan tempat untuk menyalak. Begitulah hinanya seorang pengkhianat.

PEDULIKAN JAMIL KHIR, KERAJAAN P.PINANG TERUSKAN MARTABAT ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR sekali lagi menunjukkan `bijak'nya di dalam isu agama dan politik. Apabila Kerajaan Negeri P.Pinang bercadang untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik AJK Masjid, maka Jamil Khir pun mengaitkan DYMM YDP Agung di dalam isu ini.

Jamil Khir mahu Kerajaan Negeri P.Pinang merujuk dahulu kepada YDP Agung kerana P.Pinang tiada mempunyai Raja yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal agama Islam. Ertinya, untuk menentukan perlantikan AJK Masjid, perlu ada perkenan YDP Agung/Sultan Negeri. Kita mahu bertanya adakah Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan selama ini mendapat perkenan YDP Agung sebelum melantik AJK Masjid?

Di dalam konteks Islam, perlantikan AJK Masjid termasuk Imam dan Bilal hendaklah dipilih mengikut keredhaan ahli Jemaah Qariah masjid berkenaan. Imam wajib diredhai oleh majoriti Makmum. Hanya ahli Qariah masjid sahaja yang tahu menilai seseorang itu layak atau tidak menjadi pemimpin atau Imam di masjid berkenaan tidak mengira fahaman politik. Mereka akan menilai ilmu dan akhlak Imam dan AJK masjid tersebut sebelum memilihnya. Inilah yang sebaiknya dilakukan dan sepatutnya Jamil Khir menyokong kaedah seperti ini.

Kerajaan Negeri P.Pinang nampaknya lebih peka terhadap kehendak Islam di dalam aspek ini berbanding dengan Jamil Khir seorang tokoh yang berkelulusan agama. Kerajaan Negeri P.Pinang tidak menetapkan syarat bahawa mesti AJK masjid itu di kalangan PAS, PKR mahupun DAP. Jadi, apa masalahnya di dalam isu ini?

Kununnya akan berlaku pecah-belah jika diadakan pemilihan suara majoriti, adalah satu alasan yang remeh. Jika benar begitu, haramkan sahaja sistem pilihanraya di negara ini. Haramkan juga pilihanraya di kampus. Pemilihan di dalam AJK PIBG juga wajar diharamkan.

Saya berharap Kerajaan Negeri P.Pinang meneruskan usaha baik ini demi kebaikan umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 12 Jun 2011

PKR PAHANG WUJUDKAN KOBAT UNTUK BEKAS TENTERA

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS dan tahniah kepada Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman kerana di atas usahanya mewujudkan satu lagi biro yang setaraf dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang telah diiktiraf di peringkat Pusat di dalam Parti Keadilan Rakyat. Biro yang baru ditubuhkan di peringkat Negeri Pahang ini di namakan `KOBAT' iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera Malaysia.

Meskipun biro yang baru diwujudkan ini dimulakan di peringkat Negeri Pahang, namun saya yakin biro ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari bekas anggota tentera atau perajurit dan dibuka juga kepada bekas-bekas anggota Polis dan keselamatan. Laman Rasmi KOBAT ini boleh anda kunjungi di sini (klik).

KOBAT bertujuan untuk membela nasib dan kebajikan bekas perajurit dengan beberapa perancangan tertentu agar segala jasa dan pengorbanan mereka dihargai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti. Di peringkat Negeri Pahang sendiri, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan perhatian terhadap kebajikan semua bekas perajurit ini sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan, suara-suara mereka dan permasalahan mereka tetap akan dibawa ke peringkat atasan samada di Dun Negeri mahupun di Parlimen. Menyedari bahawa badan atau persatuan seperti Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sering menjadi mangsa politik kerajaan sekarang, maka KOBAT adalah alternatif bagi mereka. Kegagalan persatuan yang sedia ada untuk membela nasib bekas perajurit adalah kerana pemimpin persatuan yang terikut-ikut dengan rentak politik pemerintah.

KOBAT akan memastikan suara bekas perajurit dihormati sejajar dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada tanahair. Justeru itu, saya menyeru kepada semua bekas perajurit samada tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lain menjadi ahli agar kita boleh mendapat maklumat lengkap apakah fungsi KOBAT ini dan apakah faedahnya kepada kita.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh mengunjung blog tersebut.

Sabtu, 11 Jun 2011

KONTRAK KPN TELAH DISAMBUNG, ISU VIDEO SEKS TIDAK JUGA SELESAI

Kebal undang-undang kerana `baju besi'?


Oleh: WFAUZDIN NS


SEMENJAK Trio Datuk 'T" membuat pengakuan terbuka dan disiarkan melalui seluruh media perdana di negara ini bahawa mereka terlibat menayangkan video seks (lucah) bertempat di Seri Carcosa, sehingga kini mereka masih tidak didakwa di atas kesalahan tersebut.

Apa yang berlaku, video seks tersebut terus disiarkan melalui TV dan akhbar, diulas panjang lebar oleh beberapa orang termasuk pemimpin Umno. Trio Datuk 'T' bebas malahan mendapat `kawalan istimewa' dari pihak berkuasa apabila trio berkenaan ingin melakukan amalan khurafat di dalam masjid iaitu bersumpah kununnya DS Anwar adalah pelaku di dalam video berkenaan. Mereka memang kebal dari segi undang-undang mungkin kerana mereka mempunyai `baju besi kalis peluru'.

Selama ini kita sangka pihak berkuasa kita tersangat cekap, maklumlah sehelai `bulu' DS Anwar mereka boleh jumpa. Malangnya, kita tersilap sangka kerana sehingga kini isu video seks tidak selesai. Video seks yang dikatakan hanya ada satu salinan yang asal yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa, tiba-tiba dimuat turun melalui internet dan kini bercambah edarannya ke peti-peti surat rumah orang sehingga ke pintu masjid.

Apabila melihat situasi ini, kita merasa seolah-olah negara kita tiada pihak yang berkuasa atau mereka sebenarnya tidak cekap. Jika video seks yang melibatkan pemimpin MCA dahulu, sepantas kilat mereka boleh bertindak tetapi kali ini berbeza. Mereka sibuk mengistiharkan tulennya video seks berkenaan tetapi trio yang menayangkan video seks tersebut masih bebas. Apakah tulen atau tidak video lucah ini boleh menjadikan tayangan video lucah itu halal?

Terbaru, timbul pula video yang kununnya melibatkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Jawapan pihak berkenaan tetap sama iaitu masih disiasat. Mungkin dalam kes video Mat Sabu ini lebih lama untuk di selesaikan kerana akan diuji juga tulen atau tidak video berkenaan. Kalau kes video seks Seri Carcosa pun masih belum selesai, mana mungkin kes yang kununnya melibatkan Mat Sabu akan selesai segera.

Sukar sangatkah untuk menangkap dan mendakwa trio yang sudah mengaku menayangkan video seks ini? Perlukah siasatan dibuat setelah mereka mengaku? Rakyat tertanya di peringkat awal, mengapa tidak ditangkap trio yang mengaku menjadi penyiar video tidak bermaruah ini sebelum pelaku di dalam video berkenaan disiasat. Dakwa dahulu yang menayang dan mengedar video lucah tersebut, kemudian terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mengesan pelaku di dalam video berkenaan.

Apabila rakyat menuduh Umno terlibat, pemimpin Umno marah kerana mereka kununnya tidak tahu menahu di dalam video seks berkenaan. Jika benar begitu, adakah pemimpin Umno sebagai tunjang kerajaan juga tidak tahu menahu bahawa menayangkan dan mengedar video lucah adalah satu kesalahan? Tidak boleh kita bayangkan jika video berkenaan melibatkan Najib atau Muhyiddin. Tentu sekali tidak sampai satu jam selepas video itu ditayang, pasti ada yang telah dimasukkan ke dalam lokap.

Mungkin benar bak kata DS Anwar, apa jua yang melibatkan beliau pasti ada keistimewaan'nya berbanding dengan orang lain. Sebab itu kita tidak hairan apabila DS Anwar menyebut ini semua kerja `Pandi Kutti'. Memang benar pun./wfauzdin.blogspot.com

AHLI GERAKAN LEBIH BIJAK DARI PEMUDA UMNO

?
Oleh: WFAUZDIN NS

BOLEHLAH kita ucapkan sedikit tahniah kepada beberapa peguam dari Parti Gerakan yang akan menyertai Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Alasan mereka bijak dan bertamadun kerana mereka menyatakan Perlembagaan membenarkan perhimpunan secara aman.

NONE" Keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman" (Malaysiakini).

Kita tidak memaksa sesiapa pun untuk bersama dengan pendapat dan tuntutan kita, tetapi asas mereka yang menyokong perhimpunan aman ini patut dipuji kerana mereka memahami Perlembagaan. Mereka yang menentang perhimpunan itu adalah terdiri daripada mereka yang otaknya beku.

Seperti juga dengan perhimpunan yang diadakan oleh Perkasa dan beberapa kumpulan yang menuntut DS Anwar menyerahkan DNA nya dahulu. Kita semua tahu mereka jahil tentang DNA, tetapi kita boleh menerima mereka berhimpun secara aman malahan mereka buat di seluruh negeri. Tiada masalah pun.

Lucu juga kita bila melihat beberapa kumpulan dari NGO dan Pemuda Umno yang berdemontrasi membantah demontrasi. Begitulah keadaannya apabila merasa bersalah maka mahu digunakan kuasa untuk menghalang rakyat dari bangun menyuarakan perasaan mereka.

Wakil Peguam dari Parti Gerakan P.Pinang turut menyatakan, " setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai ini nanti adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Sewajarnya semua rakyat Malaysia menyokong usaha ini jika mahu melihat demokrasi di negara ini terpelihara. Usah bertanya kepada rejim yang ingin mengekalkan kuasa, sudah pasti mereka selesa dengan demokrasi tempang yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com