JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 9 November 2013

TIMB PRESIDEN PAS PILIH ULAMAK BOLEH, AKTIVIS PUN BOLEH ASAL JANGAN 'UG"

Sebelum ini aku ada menulis betapa golongan aktivis perlu berada di Kerusi No Dua iaitu Timbalan Presiden PAS.  Samada Mat Sabu atau Husam atau sesiapa saja dari golongan profesional atau aktivis elok berada di situ untuk membantu Presiden yang sudah tentu dari golongan Ulamak.

Tapi perkembangan terbaru aku lihat tidak dapat dielakkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS semestinya bertembung di antara golongan aktivis/profesional dengan golongan Ulamak.  Akhirnya aku ubah pendapat aku.  Tidak kiralah golongan aktivis/profesional mahupun Ulamak yang berada di jawatan tersebut, yang pentingnya tentukan mereka itu bukan dari geng UG.

Siapa geng UG itu?  Itu adalah kumpulan yang kemaruk mahu bersatu dengan Umno atas dasar MELAYU bukan atas dasar Islam.  Mungkin ada yang menuduh aku berniat jahat bila sebut UG di dalam PAS sebab mereka tentu berkata isu UG sudah lama selesai.  Benarkah sudah selesai? 

Selasa, 5 November 2013

ALASAN BANGSAT SI PENGKHIANAT

ISU lompat lagi melanda PKR.  Jeremy Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua jawatan serta keluar dari PKR semalam.   Jangan terperanjat selepas ini, Jelani Hamdan, Adun Matunggong turut akan berbuat demikian walaupun kita masih mengharapkan beliau masih mempunyai akal sebagai manusia bertamaddun dan bermoral.
 
 
Apa pun alasan yang diberikan, mereka kena tahu rakyat pilih mereka bukan kerana kehebatan mereka secara peribadi tetapi kerana yakin dengan parti yang beliau wakili iaitu PKR.  Ertinya, rakyat mahukan perubahan yang diperjuangkan oleh PKR/PR di Sabah.  Jika ikhlas beliau ingin berjuang sendiri tanpa PKR, nah, sila kosongkan kerusi Dun yang mereka wakili dan kembalikan semula kepada rakyat untuk memilih samada mereka masih yakin dengan PKR/PR atau tidak.  Mengapa bacul takut untuk kosongkan kerusi?  Mahu makan elaun Adun dengan cara menghisap darah rakyat?
 
Alasan beliau, "kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR. "Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.

Jelas, beliau tidak sanggup menghadapi kesusahan sebagai Adun Pembangkang. Beliau mahu naik dengan hasil sokongan rakyat tetapi tidak sanggup menempuh kesusahan seperti rakyat Sabah telah tempuh berpuluh tahun lamanya. Memang bangsat jenis ini.
 
Satu perkara lagi, siapa yang mencalonkan orang seperti ini menjadi calon PKR?  Bukankah Ketua Umum PKR berkali-kali tegaskan bahawa pada PRU 13 PKR akan tentukan calon terbaik tanpa ada spesis katak seperti ini?  Memang kita tidak boleh selami hati dan niat seseorang kecuali melihat pada zahirnya, tetapi sedikit sebanyak aku rasa ada yang tidak kena dengan sistem pemilihan kita dalam PKR.  Unsur camportangan dari tokoh-tokoh tertentu di dalam PKR bagi mencatur calon pilihan masing-masing usah dinafikan.  Memang wujud dalam menentukan calon di dalam PRU 13 yang lalu.  
 
Ada kawasan yang telah meletakkan calon pilihan kawasan tersebut, tetapi di penghujungnya dicantas dan dinaikkan tokoh lain yang belum teruji dengan perjuangan parti.  PKR jangan cuba nafikan perkara ini.  Ia bukan saja berlaku di Sabah, tetapi berlaku juga di Semenanjung.  Paling khianat, mereka bukan saja keluar parti dan menjadi calon Bebas tetapi membuat pengakuan menjadi calon Bebas yang pro Bn.  Oleh itu, alasan katak ini memang tidak masuk akal samasekali.  Mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan sepatutnya mereka kritik kepimpinan dari dalam, bukannya menjadikan kepercayaan rakyat sebagai pertaruhan.  Apakah Adun ini fikir semua rakyat yang mengundi beliau bersetuju dengan alasannya itu?
 
Apa pun, PKR mesti peka dengan hal ini.  Ini bukan pertama kali berlaku di dalam PKR.  Sebuah negeri telah jatuh angkara pengkhianat seperti ini.  DS Anwar, mahu atau tidak beliau terpaksa tegas selepas ini.  Jangan benarkan mana-mana tokoh di dalam PKR membina politik individu masing-masing.  Badan seperti JPRP harus dimansuhkan kerana terlalu banyak kontroversi tentang keputusan badan yang diterajui oleh Azmin ini.  
 
Di dalam kongres PKR tidak beberapa lama lagi, tentukan isu seperti ini diperdebatkan dengan serius jika mahu imej PKR dipulihkan.    
 
 

Isnin, 4 November 2013

PAS WAJIB MENANG DI SG LIMAU

Peduli apa aku PAS menang dengan majoriti berapa pun.  Peduli apa aku Umporno kalah dengan majoriti berapa pun.  Yang aku mahu ialah Umpono spesis Apco ini kalah dan terus kalah sampai bila-bila.  

Sikit pun aku tak rasa parti keris telanjang tu adalah parti Melayu, jauh sekali nak sebut parti itu parti berjuang untuk Islam.  Lojik akal, kalau sudah bini pemimpin Umporno pun telanjang (tak tutup aurat) bolehkah kita nak harapkan dia jaga Islam?  Nak berjuang apa kalau nak suruh atau perintah bini pun takut?

Ada puak lembu kondo ni kata bab aurat bini tu antara dia dengan Allah.  Ini hujah bodoh.  Patut pun puak tu mentekedarah duit rakyat, rasuah dan sebagainya sebab hujah mereka dosa itu antara mereka dengan Allah.  Sikit pun tak takut dengan hukum Allah.  Orang macam ini kita nak harapkan jaga bangsa kita?  Ugama memang tak boleh jaga dah.  Nak jaga bangsa sendiri pun tak boleh.

Aku pelik masih ada tok imam kampong yang memuja pemimpin macam ini.  Takkan kerana dapat elaun tok imam pun sudah tak tahu menilai pemimpin yang bercirikan Islam.  Tak jalan hukum Islam pun sekurang-kurangnya nampaklah sikit zahirnya Islamik.  Zahir pun tak nampak, jangan nilai Islam di dalam hati mereka.

Pada aku, PAS wajib menang di Dun Sg Limau.  Takde sebab rakyat di sana mahu pilih dacing baghdad.  Allah dan tunjuk depan mata perangai puak munafik penipu besar itu.  Takkan nak pilih lagi? 

Selasa, 22 Oktober 2013

PAS RUGI JIKA GOLONGAN AKTIVIS/PROFESIONAL TIDAK PEGANG JAWATAN PENTING

Abang Mat Sabu, Husam, Us Tuan Ibrahim atau Nik Amar?  Itu adalah di antara nama popular yang disebut untuk dipilih sebagai Timb Presiden PAS pada Muktamar PAS tidak berapa lama lagi.  

Benarkah berlaku pertembungan golongan aktivis/profesional dengan golongan Ulamak bagi merebut jawatan tersebut.  Meskipun Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS sendiri sebut bahawa tiada istilah golongan 'Ulamak' di dalam PAS kerana kebanyakan ahli-ahli apatah lagi pemimpin-pemimpin PAS kesemuanya berjiwa Islam, mempunyai roh Islam dan sentiasa akur dengan dasar-dasar Islam, maka perlu apanya dilabel sedemikian rupa?  Cuba sebut, siapa dia pemimpin di dalam PAS tidak kira apa jua jawatannya yang sentiasa menentang dasar Islam PAS?  Jawapannya tiada.  Maka mereka ini semuanya layak untuk menjadi pemimpin di dalam PAS asalkan disokong oleh perwakilan di dalam Muktamar nanti.

Ertikata lain, samada abang Mat Sabu atau Us Tuan Ibrahim, kedua-duanya wajib patuh kepada dasar PAS yang meletakkan Majlis Syura sebagai badan tertinggi di dalam PAS.  Maka, PAS tidak akan musnah 'Islam'nya jika abang Mat Sabu atau Husam menang jawatan Timb Presiden, dan Islam di dalam PAS tentunya sama walaupun Us Tuan Ibrahim atau Nik Amar yang menang.

Secara peribadi, aku lebih suka abang Mat Sabu atau Husam yang menjadi Timb Presiden kerana Presiden telah pun diwakili oleh 'Ulamak'.  Majlis Syura tentunya kesemuanya diwakili golongan Ulamak.  Maka, amat rugi jika golongan aktivis/profesional tidak mendapat kedudukan penting di dalam PAS.

Rabu, 26 Jun 2013

SPESIS PEROSAK DALAM HIMPUNAN DI HADAPAN PARLIMEN

Siapalah yang buat kerja tidak cerdik yang maki hamun MP-MP yang angkat sumpah baru-baru ni?  Korang kalau nak berjuang cara korang, berjuanglah dengan ikhlas rakyat pasti sokong, tapi kalau berjuang untuk tunjuk korang hebat sangat dengan memperlekehkan perjuangan orang lain, korang sebenarnya tidak hebat.  Korang sebenarnya mahu dapat nama semata-mata.

Tidak semua.  Hanya segelintir je yang berperangai seperti orang gila meroyan tidak tentu pasal di Parlimen baru-baru ni.  Aku tahu lah korang sakit hati pasal korang mungkin kena belasah atau kena tangkap, tetapi bukankah itu semua risiko yang terpaksa korang hadapi dalam perjuangan korang?  Tentu korang sudah bersedia dengan semua risiko tersebut.  Tetapi bila korang dah rasa serik, korang nak lepaskan marah korang kat MP-MP dari PR tu mengapa?  

Nasib baik tak semua yang berhimpun depan Parlimen tu bodoh macam korang.  Kalau korang ni terdiri dari Mahasiswa, malang sungguh lah.  Memang patut pun majoriti Mahasiswa di negara ini masih 'termakan' dengan Umno kerana korang sendiri gagal di dalam memimpin Mahasiswa.  Jika untuk menarik mahasiswa pun korang gagal, usah bicaralah pasal nak jatuhkan kerajaan di jalanraya dan sebagainya.  

Aku pun respek kepada yang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok.  Aku juga sokong mereka berarak hingga ke Parlimen pada hari MP-MP angkat sumpah 24 Jun baru-baru ni.  Tidak pula aku tahu ada di antara mereka yang berhimpun itu masih bodoh nak berfikir dengan matang.  Lain yang dirancang, lain yang mereka buat. 

Jumaat, 17 Mei 2013

SESIAPA TIDAK SETUJU "BLACK 505" ELOK DUDUK DIAM, JANGAN MENYIBUK!!

Aku nak bagitahu pimpinan di dalam PR samada PAS, PKR atau DAP yang tidak bersetuju dengan pendekatan DS Anwar Ibrahim yang menjelajah ke seluruh negeri di dalam kempen "BLACK 505 " eloklah duduk diam.  

Kalau kamu ni jenis penakut atau pemalas mahu berjuang, elok duduk di dalam opis kamu yang berhawa dingin tu.  Mungkin kamu dah rasa selesa sebab dah menjadi YB, tapi ingat, rakyat sedang memerhatikan kamu.  Kalau Azmin atau Zuraida malas mahu berhimpun, elok kamu berdua berlegar-legar sahaja di dalam kawasan kamu sambil buat jamuan meraikan kemenangan kamu.  Biarlah DS Anwar, Tian Chua, Johari Abdul, Chegu Bard, Siti Aishah Serikandi atau beberapa orang yang lain tu mengambil risiko bersama rakyat.

Betul ke Dewan Ulamak PAS pun tidak bersetuju dengan "BLACK 505"?  Jika betul, elok juga Dewan Ulamak PAS bantah demo tuntutan royalti.  Tapi aku tak percaya Dewan Ulamak PAS tidak setuju kerana sepatutnya badan itulah yang menggalakkan perjuangan menuntut keadilan sehingga ke tahap berjihad.  Tak mungkin Dewan Ulamak tidak bersetuju perkara yang betul. 

Khamis, 18 April 2013

CHEGU BARD DI DUN SG ACHEH - BELUM PASTI, TAPI.....

Kempen PR di Sg Acheh Giat Dijalankan

che'GuBard hari ini menafikan khabar berita yang mengatakan terdapat masalah di antara PAS dan PKR di DUN Sg Acheh.
 

Kempen menyantuni rakyat di Sg Acheh sedang giat dijalankan ketika ini oleh semua pihak dari Pakatan Rakyat. Kempen kesedaran juga dilaksana bagi memastikan Pulau Pinang dipertahan dan mendapat mandat lebih besar.

Seperti jaminan awal che'GuBard sebelum ini, tidak akan ada pertembungan 3 penjuru di Sg Acheh. Pasti hanya ada seorang calon PR sahaja akan berdepan dengan BN dan diyakini dalam tempoh 48 jam pimpinan PR (Majlis Presiden) akan putuskan siapa yang bakal mewakili PR di Sg Acheh. che'GuBard yakin pertimbangan yang dibuat adalah secara menyeluruh.

che'GuBard juga menyeru semua jentera khususnya PKR agar bersedia menerima apa jua keputusan itu nanti dan akan terus bekerja malah akan lebih agresif mendekati pengundi saat akhir bagi kemenangan PR.

Agenda kita memperkukuh kerajaan PR P.Pinang yang diiktiraf pentadbiran terbaik harus jelas dan mengatasi semua kepentingan lain. Hasrat Rakyat tidak wajar dikhianati.

Malah jika tidak terpilih che'GuBard tetap akan mengekalkan momentum jentera dan sendiri akan turun berkempen demi kemenangan rakyat. Kita bukan seperti BN yang dikenalpasti banyak tempat berlaku penutupan bilik gerakan kerana kecewa.

Kesempatan ini juga, che'GuBard menyeru untuk semua jentera BN yang kecewa untuk bersama dalam jentera rakyat dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat.

che'GuBard