JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 19 September 2010

MUKHRIZ KENA BERHENTI `MENARI', PELABUR SUDAH LARI

Kurangkan menari...pelabur dah lari tu...

Oleh: Mandor

MALAYSIAKINI menyiarkan kenyataan anak Tun Mahathir begini;

"Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir." (Malaysiakini)

Satu kenyataan lembab, dangkal dan penuh kejahilan yang dikeluarkan oleh Mukhriz selaku Tibalan Menteri di dalam kabinet Najib. Najib wajib merasa malu kerana memiliki seorang Menteri yang selembab ini. Benar juga kata orang, dahi yang licin belum tentu bijak orangnya.

Cuba sebut negara mana yang Pelabur ramai datang memajukan negara berkenaan di mana negara tersebut tiada Pembangkang? Ketika negara kita dahulu berada di dalam keadaan ekonomi cukup baik dan punyai harapan untuk maju dengan kehadiran ramai Pelabur datang ke negara ini, adakah ketika itu tidak wujud parti Pembangkang? Sejauh mana Pembangkang menjadi faktor samada Pelabur datang atau tidak ke negara ini?

Apakah Mukhriz fikir Pelabur yang ingin melabur ke negara ini mempunyai otak sepertinya? Kumpulan Pelabur yang ingin melabur ke mana-mana negara sekali pun pasti akan mengkaji secara terperinci dari setiap sudut sebelum membuat keputusan datang melabur. Pastinya mereka terdiri dari para Pelabur yang bijak. Mereka tidak membaca Utusan Meloya atau TV 3 Suku sebagai panduan sebelum datang melabur ke sini. Oleh itu Mukhriz jangan cuba memperbodohkan para Pelabur dengan dakwaan karut marut seperti di atas.

Wajarnya Mukhriz letak jawatan kerana gagal membantu Najib menjana pelaburan asing ke negara ini. Beliau sepatutnya `kurangkan menari' dan lebihkan kerja. Itu lah sebabnya suatu risiko yang besar apabila melantik jemaah Kabinet yang tidak bijak, tambahan pula yang tewas di dalam pertandingan parti. Ini menunjukkan pemimpin Umno tidak mampu untuk mentadbir negara, justeru itu menuding ke arah pihak lain di atas kegagalannya./mandor.blogspot.com

MENYANGGAH TULISAN MSO YANG NASIHAT DATO ZAID KELUAR PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

Seorang Penulis ternama, MSO atau Mohd Sayuti Omar di dalam tulisannya mula terpengaruh dengan cerita yang dibawa oleh Dato Zaid yang bakal bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Saya tidak kisah jika Penulis berkenaan menyokong Dato Zaid, tetapi percaya kepada semua dakwaan Dato Zaid yang sedang berkempen itu tentulah tidak bijak buat seorang Penulis Politik terkenal.

Tambahan pula, MSO dikatakan seorang Penulis Politik yang pro PR tetapi di dalam tulisannya beliau seperti menghasut agar Dato Zaid tinggalkan PKR jika tidak yakin dengan PKR lagi. Beliau juga turut menggambarkan betapa PKR kini sama seperti Umno. Di mana yang samanya PKR dengan Umno? Adakah kerana percaya bulat-bulat dakwaan Dato Zaid Ibrahim yang mendakwa kununnya beliau terpinggir, dakwaan ada kumpulan yang membuat fitnah ke atasnya walaupun sehingga kini Dato Zaid tidak melaporkan hal tersebut kepada badan disiplin yang bertanggungjawab di dalam PKR maka MSO percaya dengan Dato Zaid?

Saya masih ingat, sewaktu pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar PAS dahulu pun MSO dilihat bermain penulisan secara begini juga apabila beliau condong kepada beberapa pemimpin di dalam PAS. Kini, MSO jelas memihak kepada Dato Zaid seolah-olah Dato Zaid benar-benar teraniaya. Adakah MSO ini sebenarnya penyokong PR atau sekadar Penulis yang mempunyai matlamat atau tujuan tertentu?

Seorang lagi calon yang bakal bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR iaitu YB Azmin juga teruk dibelasah oleh Dato Zaid. Malahan Presiden PKR juga dicop oleh Dato Zaid sebagai `boneka' sahaja di dalam PKR. DS Anwar juga disindir oleh Dato Zaid apabila Dato Zaid menyebut jawatan Ketua Umum PKR itu tiada dalam Perlembagaan dan tidak boleh ditandingi. Apa erti ini semua? Dato Zaid baru sedarkah organisasi yang ada di dalam PKR ini? Semua orang maklum jawatan Ketua Umum PKR bukan jawatan kekal, sebaliknya hanya satu jawatan sementara untuk DS Anwar yang sekarang ini bergelut dengan fitnah liwat II ke atas beliau. Satu kaedah atau strategi parti untuk sementara waktu demi kebaikan PKR juga. Masakan Dato Zaid tidak tahu ini semua sebelum menyertai PKR? Mengapa ini semua timbul disaat beliau ingin bertanding merebut jawatan?

Seandainya benar DS Wan Azizah dianggap `boneka' sahaja di dalam PKR, mengapa Dato Zaid tidak berani bertanding menentang DS Wan Azizah untuk tidak menjadi `boneka'?. Jika Presiden pun sudah jadi `boneka' , apatah lagi Timbalan Presiden. Tetapi Dato Zaid berminat bertanding untuk merebut jawatan itu.

Saya `salute' YB Azmin yang tidak mencari helah atau modal yang diada-adakan untuk memburukkan calon lain. Memang kita akui, sebagai sebuah parti yang ahli-ahlinya bukan `Malaikat', tentulah ada beberapa pihak yang berkempen agak keterlaluan. Soalnya, adakah ini yang diatur oleh calon itu sendiri atau tidak? Dato Zaid, walaupun dikatakan tiada kumpulan yang bergerak untuk berkempen, tetapi suara beliau lebih lantang dari YB Azmin di dalam kempennya. Salahkah wujudnya kumpulan yang menyokong seseorang calon asalkan tidak melanggar etika kempen? Ini juga wujud di dalam PAS parti yang sentiasa berdisiplin di dalam pemilihan pucuk pimpinannya. Lihat, PAS tiada masalah kerana akhirnya yang menang diterima. /wfauzdin.blogspot.com

Sabtu, 18 September 2010

Semangat dan Harapan anak muda Malaysia, Shamsul Iskandar

Sep 17, 2010

Tanggal 16 September 2010, pertama kalinya Hari Malaysia diiktiraf sebagai batu tanda pembinaan sebuah negara yang meraikan jamak budaya. Hari Malaysia, kini berjaya dizahirkan sebagai satu sambutan besar yang bermakna hasil daripada perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat secara khususnya.

Sewajarnya hari ini tidak dikenang sebagai satu sambutan yang biasa semata-mata. Ianya adalah satu manifestasi kesepaduan rakyat pelbagai kaum, dan generasi muda pastinya, untuk mencerahkan Malaysia sebagaimana yang ditekankan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman lewat Pemasyhuran Kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957:

"..sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa."

Rentetan sejarah menunjukkan bagaimana generasi lama diiktiraf sebagai Generasi Merdeka. Dan selayaknya, generasi muda seperti kami, diiktiraf sebagai Generasi Malaysia.

Kelab Sultan Sulaiman ini sendiri mencatatkan sejarah yang unik, apabila menjadi medan muafakat pelbagai generasi untuk menentang penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Bedanya hari ini, generasi muda bermuafakat di medan yang sama untuk melaung manifestasi semangat dan harapan anak muda untuk menolak penjajahan era baru oleh UMNO-BN.

Tercetusnya gerakan reformasi pada tahun 1998, menggambarkan keluh kesah generasi muda yang selama ini terpasung minda dan jasad di dalam kerangka politik sempit ciptaan UMNO-BN zaman berzaman. Ini dapat dilihat melalui peranan aktif kelompok muda untuk menggerakkan gerakan reformasi bersendikan slogan "Ke Arah Malaysia Yang Adil" pada waktu itu.

Natijahnya, muafakat parti-parti pembangkang seperti KEADILAN (Parti KeADILan Nasional ketika itu), PAS, DAP dan PRM (kini bergabung dengan Keadilan) dan juga badan swadaya masyarakat (NGO) seluruh Malaysia yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini, berjaya mendatangkan gerun kepada UMNO-BN.

Usai sepuluh tahun kemudian, generasi muda secara berani menterjemahkan suara mereka yang kian lama terbungkam, melalui Pilihanraya Umum Ke-12 2008, hingga tercetusnya tsunami politik. Lewat lembayung "Harapan Baru Untuk Malaysia", suara anak muda mula bergema di dinding-dinding Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, sebagai peringatan bahawa generasi muda juga harus mempunyai ruang agar suara mereka didengar, dan harapan mereka direalisasi.

Demi meraikan peranan dan suara generasi muda yang kian aktif, tahun ini, KEADILAN mengorak langkah yang berbeza dan unik melalui pelaksanaan sistem pengundian demokratik yang julung kali berlaku dalam sejarah parti-parti politik Malaysia. Ini pastinya sesuatu yang memberikan nafas baru kepada politik baru Malaysia, bagaimana suara setiap anggota didengar dan diperinci sehalusnya.

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) mengalu-alukan perubahan ini. AMK merasai perit jerih yang bukan sedikit. Jatuh bangun dengan gelodak pengkhianatan dan harapan rakyat yang silih berganti, menyaksikan AMK bangkit dengan kematangan yang berbeza.

Menginsafi realiti bahawa generasi muda harus memainkan peranan yang lebih besar di dalam pembudayaan demokrasi dalam KEADILAN, dan mempertimbangkan gesaan generasi muda parti agar idealisme anak muda diangkat dengan lebih berkesan, saya (Shamsul Iskandar, gambar kanan) dengan ini mengumumkan untuk menawar diri untuk mengisi ruang kepimpinan parti sebagai Naib Presiden KEADILAN.

KEADILAN telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah platform yang menyediakan ruang dan peluang yang kondusif untuk generasi muda lebih berperanan di dalam politik negara. Dan tentunya ia harus diterjemah melalui penyertaan strategik kepimpinan muda dalam heirarki KEADILAN.

Dukungan penuh ke atas kepimpinan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail selaku kemudi KEADILAN akan lebih bermakna dengan kemampuan pimpinan untuk mendampingi generasi muda, dan saya bersedia memikul peranan tersebut, seandainya diamanahkan.

*Kenyataan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan, dalam pengumuman menawarkan diri untuk pertandingan jawatan Naib Presiden PKR pada 16 September 2010./MerdekaReview

SATU LAGI BUKTI JAIS, MAIS DAN UMNO BERSATU UNTUK BERBOHONG

'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid

Sep 17, 10


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu./Malaysiakini

JIKA AZMIN ADA GAYA, DATO ZAID JUGA HEBAT

Oleh: WFAUZDIN NS

"Pertunjukan Azmin ada gaya'', itulah yang diperkatakan oleh Dato Zaid Ibrahim salah seorang calon Timbalan Presiden PKR apabila mengulas pengumuman YB Azmin Ali untuk bertanding di dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tidak lama lagi.

Mungkin ramai yang beranggapan kata-kata Dato Zaid itu suatu sindiran buat YB Azmin apabila beliau membuat pengumuman untuk bertanding dihadapan beberapa pimpinan parti. Sebelum ini pun beberapa MP dari PKR dan juga Adun PKR menyatakan sokongan terbuka buat YB Azmin. Sokongan terbuka seperti ini adalah biasa di dalam mana-mana pemilihan termasuk sokongan kepada Dato Zaid sendiri. Bahkan, DS Anwar yang tidak mahu dicalonkan di dalam pemilihan kali ini juga turut mendapat sokongan terbuka. Itu biasa.

Seperti yang YB Azmin jelaskan, apa yang penting pertandingan ini tidak akan memecah belahkan parti. Beliau enggan mengulas berkaitan kempen atau strategi yang diatur oleh Dato Zaid yang kadangkala dianggap seperti mahukan YB Azmin menjawabnya. Sikap YB Azmin yang tidak mahu menyentuh cara kempen Dato Zaid patutlah dipuji. Sepatutnya YB Azmin boleh juga sekadar mengulas bahawa `persembahan Dato Zaid juga tidak kurang hebatnya'.

Di antara kedua-dua tokoh ini tidak banyak kelemahannya tetapi lebih banyak kebaikannya kepada parti. Ini bermakna barang siapa yang tewas di dalam pertandingan ini, tidak sedikit pun merugikan parti. Umpama makanan, jika kita tidak suka memakan daging lembu dan lebih suka makan daging kerbau kerana kita berpenyakit atau tidak gemar makan daging lembu, jangan diburukkan mereka yang menyukai daging lembu pula. Lebih baik kita memakan daging kerbau sahaja.

PKR telah menetapkan garis panduan untuk sesiapa yang ingin bertanding dan semua ahli mereka diberikan hak untuk menentukan pemimpin mereka, maka pilihlah pemimpin yang mereka suka. Calon-calon pula mestilah dibenarkan berkempen asalkan mematuhi etika berkempen yang ditetapkan. Sekiranya terdapat mana-mana calon yang secara jelas dan terbukti melanggar etika ini, maka laporan wajib dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab. Pihak yang berkenaan pula mestilah adil di dalam mengadakan siasatan dan tindakan. Jika ini semua dipatuhi, percaya dan yakinlah PKR tidak akan menjadi seperti Umno./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 17 September 2010

DATO ZAID DISARAN BERTANDING PRESIDEN PKR

Oleh: Mandor

SETUJU benar aku dengan pandangan sahabat di sini. Beliau mencadangkan agar Dato Zaid bertanding menentang DS Wan Azizah sebagai Presiden PKR di dalam pemilihan pimpinan PKR tidak lama lagi. Ada lojiknya beliau masuk bertanding, mudah-mudahan beliau berjaya dan mungkin Presiden PKR tidak lagi menjadi `boneka' seperti yang Dato Zaid dakwa itu.

Jika Presiden PKR pun `tiada power', apalah sangat kuasa yang ada pada Timbalan Presiden PKR yang diidamkan oleh Dato Zaid itu. Jadi pada Dato Zaid, yang berkuasa itu tentulah Ketua Umum iaitu DS Anwar dan sehingga kini jawatan Ketua Umum tiada dalam Perlembagaan Parti maka tiada ruang untuk dipertandingkan. Sekiranya, katakanlah jawatan Ketua Umum boleh dipertandingkan, adakah Dato Zaid berani mencuba menentang DS Anwar?

Tidak mustahil beliau berani, tetapi masalahnya untuk bertanding Timbalan Presiden PKR menentang YB Azmin pun belum tentu nasib Dato Zaid. Sebagai ujian awal, elok sangatlah beliau mencuba nasib bertanding menentang Presiden yang dikatakan `boneka' itu. Ada beranikah Dato Zaid?/mandor.blogspot.com

DATO ZAID `PASTI' MENGALAMI NASIB SEPERTI ALMARHUM TUN GHAFAR ?

Oleh: Mandor

DATO Zaid Ibrahim nampaknya semakin agresif di dalam kempen beliau untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR. Saingan terdekatnya tentulah YB Azmin yang baru saja mengumumkan untuk bertanding kerusi tersebut setelah Dr Syed Hussin Ali bakal melepaskan jawatan yang disandangnya itu.

Permulaan, Dato Zaid cuba meraih simpati kununnya beliau bakal mengalami nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba yang dilupakan oleh ahli-ahli Umno sewaktu kemaraan DS Anwar bertanding Timbalan Presiden Umno dahulu. Mungkin Dato Zaid belum yakin bahawa parti yang baru `beberapa hari' beliau sertai itu tidak sama atau jauh sekali berbeza dengan Umno. Mungkin juga Dato Zaid masih terbawa-bawa dengan kaedah pemimpin Umno bertanding.

Sindiran Dato Zaid terhadap YB Azmin dengan menyatakan YB Azmin `tampil dengan penuh gaya' sewaktu MP Gombak itu mengumumkan hasrat untuk bertanding semalam, juga merupakan salah satu kaedah berkempen secara halus penuh dengan `psikologi'. Boleh juga kita terima kempen sedemikian.

Tetapi apabila Dato Zaid membuat kenyataan bahawa Presiden PKR hanyalah sebagai `boneka' di dalam PKR, saya merasakan sesuatu telah mengganggu emosi Dato Zaid Ibrahim. Dato Zaid memasuki PKR sewaktu DS Wan Azizah menjadi Presiden PKR dan DS Anwar juga ketika itu adalah Ketua Umum PKR yang Dato Zaid katakan satu jawatan yang tidak boleh ditandingi. Mereka berdua bukan baru di kerusi tersebut dan Dato Zaid tentunya memahami situasi itu sebelum beliau mengambil keputusan untuk menyertai PKR, apatah lagi beliau seorang peguam.

Apakah beliau diterima menyertai PKR atas kelulusan Presiden PKR seorang diri atau pun juga diluluskan oleh Ketua Umum PKR seorang diri? Jika Presiden PKR adalah `boneka', maka kemasukan Dato Zaid ke dalam PKR diluluskan oleh siapa? Adakah organisasi di dalam PKR tidak sedikit pun tahu atau merestui kemasukannya ke dalam PKR? Termasuk juga pemilihan Dato Zaid sebagai calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor dahulu direstui oleh Presiden `Boneka' ini?

Lebih memeningkan kepala kita, mengapa soal `boneka' ini timbul sewaktu pemilihan pimpinan PKR hendak dijalankan? Jika beliau percaya bahawa PKR kini diketuai oleh `boneka', mengapa beliau terlalu bodoh untuk menyertai PKR dan terus kekal sekarang ini di dalam PKR? Saya tidak tahu apakah yang ada di dalam kotak fikiran Dato Zaid sekarang yang nampaknya cuba memperlekehkan Presiden parti yang beliau anggap sebelum ini amat telus dan lebih demokrasi. Apakah beliau sudah merasa lebih hebat sehari dua ini ?

Jika inilah cara Dato Zaid berpolitik di dalam PKR, tidak mustahil apa yang beliau takuti selama ini akan terjadi ke atasnya. Mungkin tidak hairan beliau juga akan mengalami nasib seperti Almarhum Tun Ghafar Baba. Ketika itu, Dato Zaid jangan salahkan sesiapa tetapi lihatlah pada diri sendiri./mandor.blogspot.com