JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 17 September 2010

DATO ZAID DISARAN BERTANDING PRESIDEN PKR

Oleh: Mandor

SETUJU benar aku dengan pandangan sahabat di sini. Beliau mencadangkan agar Dato Zaid bertanding menentang DS Wan Azizah sebagai Presiden PKR di dalam pemilihan pimpinan PKR tidak lama lagi. Ada lojiknya beliau masuk bertanding, mudah-mudahan beliau berjaya dan mungkin Presiden PKR tidak lagi menjadi `boneka' seperti yang Dato Zaid dakwa itu.

Jika Presiden PKR pun `tiada power', apalah sangat kuasa yang ada pada Timbalan Presiden PKR yang diidamkan oleh Dato Zaid itu. Jadi pada Dato Zaid, yang berkuasa itu tentulah Ketua Umum iaitu DS Anwar dan sehingga kini jawatan Ketua Umum tiada dalam Perlembagaan Parti maka tiada ruang untuk dipertandingkan. Sekiranya, katakanlah jawatan Ketua Umum boleh dipertandingkan, adakah Dato Zaid berani mencuba menentang DS Anwar?

Tidak mustahil beliau berani, tetapi masalahnya untuk bertanding Timbalan Presiden PKR menentang YB Azmin pun belum tentu nasib Dato Zaid. Sebagai ujian awal, elok sangatlah beliau mencuba nasib bertanding menentang Presiden yang dikatakan `boneka' itu. Ada beranikah Dato Zaid?/mandor.blogspot.com

2 ulasan:

  1. DZI ni macam hampeh. Orang lain nak bertanding tak kepoh..dia saje..mcm2 cerita..memang hampeh

    BalasPadam
  2. Jangan jadikan pemilihan PKR pusat sebagai gelangang GUSTI, di dalam pemilihan PKR tak ada halangan untuk mencuba nasib, cuma, sebelum menerima pencalonan, kena tanya diri sendiri, layak kah aku merebut jawatan tertinggi PKR, kerana,semua pejuang tertinggi PKR telah melalui liku liku perjuangan yang sangat menderita, jadi, Jangan sebut soal perjuangan, kalau tidak berani tanggung risiko.

    BalasPadam