JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 September 2010

TAJAM SINDIRAN MB PAHANG INI

MB kecewa keputusan EPU

KUANTAN - “Baik tak payah buat, biarkan saja jalan itu dalam keadaan asal dan Kerajaan Negeri akan pasang papan tanda amaran untuk pengguna jalan raya,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam nada sinis berikutan keputusan mutakhir Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang hanya sekadar ingin memperbaiki laluan berisiko kemalangan.

Projek yang menelan kos kira-kira RM3.7 bilion untuk pembinaan empat lorong sebelum dikurangkan kepada dua lorong (1.3 bilion) itu mula disebut-sebut sejak beberapa tahun lalu dan terkandung di bawah program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi peringkat negeri.

Pendirian itu diumumkan Adnan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri membabitkan projek menaik taraf jalan bagi laluan dikenali Central Spine Federal Road meliputi Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis, Bentong, Karak dan Simpang Pelangai serta Kuala Pilah dan Seremban (Negeri Sembilan).

Menurutnya, keputusan yang diberikan EPU dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki laluan (jalan) berisiko kemalangan itu dibuat berikutan kekangan peruntukan.

“Kita (Kerajaan Negeri) akan pasang sebarang papan tanda, kita menghormati keputusan itu dan tunggu saja selepas keadaan ekonomi pulih.

“Biarkan jalan sempit, rosak dan kepada mereka (pengguna) yang nak balik ke Kelantan, kita minta supaya mereka berhati-hati,” katanya di sini, semalam.

Mengulas keputusan itu, Adnan berkata, tumpuan Kerajaan Negeri untuk terus mengukuhkan perpaduan di Pahang berikutan penghayatan kemerdekaan yang semakin berkurangan di kalangan rakyat.

Menurutnya, langkah untuk terus mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri juga menjadi fokus Kerajaan Negeri.

“Kita tidak berhasrat untuk berjumpa Perdana Menteri (PM) mengenai isu jalan ini, dan kalau kita tak hormat PM, siapa lagi kita nak hormat,” katanya./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan