JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 6 September 2010

CURI PASIR BUKAN JENAYAHKAH?

Curi pasir: SPRM serah Selangor selesaikan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Kerajaan Selangor bagi menyelesaikan kes curi pasir yang dilaporkan di beberapa lokasi di negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan yang membabitkan beberapa individu sudah selesai.

"Kita menjalankan siasatan dan mendedahkan perkara ini kepada mereka, jadi bidang kuasa tanah adalah di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Jadi mereka yang sepatutnya melakukan tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pernah mengeluarkan kenyataan yang sama agar Kerajaan Selangor menyerahkan siasatan kes kecurian pasir yang berlaku kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini kerana katanya, siasatan kes kecurian pasir bukan di bawah bidang kuasa polis dan perkara itu dipersetujui sejak sekian lama.

"Polis hanya akan membantu sekiranya ada permintaan daripada pihak PBT, itu pun jika kes yang dilaporkan berkait dengan jenayah," katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, pihaknya sentiasa memastikan pemantauan berterusan berhubung isu rasuah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kerajaan Selangor yang dilihat gagal menangani isu kecurian pasir di negeri itu kini cuba menyeret Kerajaan Pusat dalam kontroversi terbabit.

Ia terbukti apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengemukakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerjasama Kerajaan Pusat menyelesaikan isu berkenaan.

Selain Muhyiddin, surat itu dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan