JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 26 September 2010

AZMIN TIDAK PERLU `IKRAR SETIA' TERHADAP PRESIDEN

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan YB Azmin apabila beliau menolak kehendak beberapa pihak agar beliau melakukan `ikrar setia' terhadap Presiden PKR, DS Wan Azizah. Isunya, semenjak bila YB Azmin dilihat `derhaka' kepada Presiden parti dan benarkah YB Azmin dilihat menjadi `robot' kepada Presiden? Kedua-dua adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah ada bukti untuk mendakwa YB Azmin bersikap sedemikian.

Semuanya telah diperjelaskan oleh YB Azmin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukti yang diperolehi selama ini hanyalah kesetiaan dan pengorbanan YB Azmin kepada parti walaupun tidak dikatakan kesetiaan membuta tuli kepada Presiden. Sebaliknya, kesetiaan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Dato' Zaid terhadap parti dan Presiden mungkin boleh diperdebatkan. Lihat bagaimana Dato' Zaid melabelkan Presiden PKR sebagai `boneka' dan merendahkan kewibawaan Ketua Umum PKR, DS Anwar sebagai `ahli biasa' hanya kerana jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan Parti. Meskipun benar, tetapi di mana adab sopan Dato' Zaid?

Mungkin benar, mungkin tidak jika dikatakan YB Nurul Izzah menyokong Dato' Zaid untuk kerusi No. 2 di dalam PKR. Itu tidak menjadi masalah kerana beliau juga diberi hak melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti. Tetapi, mendakwa YB Nurul Izzah terlalu anti kepada YB Azmin mungkin satu tuduhan yang tidak masuk akal.

YB Azmin sememangnya tidak perlu melakukan `ikrar setia' kepada Presiden PKR kerana Presiden sendiri tahu dan nampak jelas apa yang telah YB Azmin lakukan kepada parti semenjak awal penubuhannya. Bahkan, ketika parti ini belum wujud lagi YB Azmin sentiasa komited dengan perjuangan reformasi. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    BalasPadam