JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 16 September 2010

PEMILIHAN PKR - SOKONG SHAMSUL NAIB PRESIDEN, CHEGU BARD KETUA AMK

Oleh: Mandor

Tertarik saya membaca tulisan sahabat di dalam blog beliau di sini. Satu tulisan yang berani dan penuh kejujuran di mana beliau mengulas betapa akrabnya hubungan dua tokoh pemuda PKR yang dikatakan bakal bertanding di dalam pemilihan Ketua AMK tidak lama lagi. Beliau menceritakan hubungan akrab memang sudah lama terjalin di antara Ketua AMK sekarang iaitu Sdr Shamsul Iskandar dan juga Sdr Badrul Hisham (Chegu Bard).

Saya cuma ingin menyatakan sokongan yang sama seperti yang dinyatakan oleh penulis melalui blog nya itu. Sekiranya benar bahawa Sdr Shamsul Iskandar berhajat untuk bertanding merebut kerusi Naib Presiden PKR, itu merupakan satu pilihan yang tepat kerana PKR tentunya lebih hebat dan kelihatan lebih agresif dan berani andainya Sdr Shamsul Iskandar menang kerusi Naib Presiden manakala sahabatnya Chegu Bard juga menang kerusi Ketua AMK. Kedua-dua tokoh ini hampir mempunyai pendekatan perjuangan yang sama iaitu `menyerang' pihak lawan. Taktik banyak menyerang lebih baik dan berkesan daripada taktik banyak bertahan, apatah lagi musuh utama PKR bukan calang-calang musuh.

Dikatakan juga YB Azmin menyatakan sokongan terbuka kepada Sdr Rafizi untuk mengetuai Ketua AMK. Walaupun saya secara terbuka menyokong YB Azmin untuk kerusi Timbalan Presiden PKR, namun saya tidak menyokong Sdr Rafizi untuk kerusi Ketua AMK. Bagi saya tiada calon lain yang lebih berwibawa dan berani serta mempunyai gerak kerja yang cemerlang untuk menerajui AMK selain dari Chegu Bard. Biarpun dikatakan Chegu Bard punyai hubungan kekeluargaan dengan DS Anwar, saya tidak pernah melihat Chegu Bard mendapat sokongan peribadi daripada DS Anwar. Bahkan beliau tidak mempunyai apa-apa selain dari menjadi Ketua Cabang PKR Rembau. Samada DS Anwar di dalam penjara mahupun DS Anwar kini di luar penjara, Chegu Bard terus berjuang. Walaupun suatu ketika dikatakan Chegu Bard amat rapat dengan Ezam, tetapi Chegu Bard bukan berjuang mengikut cara mudah Ezam sesumpah.

Meskipun dikatakan punyai kekeluargaan dengan DS Anwar, Chegu Bard bukan melalui jalan mudah di dalam PKR. Beliau kerap kali ditahan, malahan dipukul sepanjang perjuangannya. Beliau tewas di dalam Pilihanraya, tetapi tidak pernah berputus asa dan tidak mengharapkan DS Anwar untuk naik dengan mudah dan selesa.

Justeru itu, sesiapa pun yang berhajat untuk menduduki kerusi Ketua AMK seandainya Sdr Shamsul tidak mempertahankan jawatannya sekarang haruslah dilihat lebih berwibawa, lasak dan teruji seperti yang dimiliki oleh Chegu Bard. Melainkan jika Sdr Shamsul ingin mempertahankan jawatannya sekarang, pilihan tentunya menjadi sukar tetapi tidak merugikan jika salah seorang di antara mereka tewas. /mandor.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan