JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 24 September 2010

DATO ZAID, JANGAN BAWA BIADAP UMNO KE DALAM PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

MUNASABAHKAH seseorang ahli parti apatah lagi baru `dua hari' memasuki parti menggelar bosnya berjawatan Timbalan Presiden sebagai `nyanyuk'? Jika ada berlaku sekali pun, mungkin dari kalangan ahli yang tidak berpelajaran atau sememangnya berniat jahat untuk menghancurkan parti. Itulah yang dilakukan oleh calon Timbalan Presiden PKR iaitu Dato Zaid Ibrahim. Betul atau tidak, anda boleh baca kenyataan yang dikeluarkan di Malaysiakini semalam.

Adakah kerana Dr Syed Husin Ali menegur atau mengkritik beliau tanpa serangan peribadi yang kotor maka Dato Zaid perlu melawannya secara jijik dan kotor tanpa sedikit pun rasa hormat kepada Timbalan Presiden nya sendiri? Belum pun Dato Zaid dipilih sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau telah menunjukkan ego, sombong dan berperangai biadab. Nampaknya Dato Zaid belum pulih sepenuhnya dari `najis' yang dibawa ketika beliau berada di dalam Umno. Saya percaya Dato Zaid di dalam keadaan tertekan sekarang kerana beliau ditinggal jauh oleh YB Azmin di dalam pencalonan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi mengapa beliau melepaskan geram penuh emosi tanpa menggunakan akalnya terhadap Dr Syed Husin?

Sebelum ini Dato Zaid menyebut juga bahawa Presiden PKR sekarang umpama `boneka' di dalam parti. Satu kenyataan memperlekehkan DS Wan Azizah. Beliau juga menyebut bahawa DS Anwar selaku Ketua Umum merupakan satu jawatan yang tiada di dalam Perlembagaan Parti maka hakikatnya DS Anwar adalah `ahli biasa' sahaja di dalam parti. Memang benar, Ketua Umum adalah jawatan yang tidak termaktub di dalam parti, tetapi melabelkan DS Anwar bagai `ahli biasa' adalah satu kenyataan yang bersifat ego dan tidak beradab. Melucukan pula, beliau berjanji akan mengembalikan `kuasa' Presiden Parti jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti nanti. Lojikkah seorang Timbalan akan memberi kuasa kepada Presiden?

Sebab itu sebelum ini saya menulis adalah lebih baik Dato Zaid bertanding merebut jawatan Presiden agar dapat merasakan benar atau tidak Presiden PKR itu hanyalah `boneka'. Jika sudah Presiden itu `boneka', apa lagi yang mahu diharapkan kepada Timbalan Presiden? Selama ini PKR mampu menguasai politik tanahair dengan dasar yang jauh lebih baik dari Umno dipimpin oleh `boneka'? Jika Presiden `Boneka' dan Ketua Umum pula `ahli biasa' sahaja, maka siapa yang selama ini berkuasa mengurus parti hingga ke tahap ini?

Saya amat setuju dengan nasihat dari YB Azmin agar Dato Zaid menarik balik kenyataannya itu. Jika terbukti beliau melakukan kerja biadab seperti itu, parti mestilah bertindak tegas untuk mengambil tindakan ke atas Dato Zaid kerana menghina Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden. Mungkin Dato Zaid sememangnya mahu parti mengambil tindakan ke atasnya untuk meraih simpati kununnya suara beliau disekat dan akhirnya beliau akan menjadikan alasan untuk melompat dari parti atau menanti untuk dipecat. Mungkin cara YB Zul Kulim cuba dilakukan oleh Dato Zaid.

Jika inilah sikap Dato Zaid, sememangnya beliau tidak layak menjadi ahli PKR jauh sekali untuk kita pilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Bayangkan jika beliau berada di kerusi Nombor Dua, apakah yang akan dilakukan oleh Dato Zaid nanti. Sedangkan sekarang beliau belum memegang jawatan tinggi di dalam parti pun beliau sudah menunjukkan sikap kurang ajar dan biadapnya terhadap Ketua Umum dan Presiden Parti.

Saya mendoakan agar parti ini dijauhkan dari orang seperti ini yang sentiasa merasakan dirinya besar, ego dan sombong. Orang seperti ini jika ada di dalam parti pun `tidak menambah' dan jika keluar dari parti `tidak mengurangkan'. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    BalasPadam