JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 14 November 2009

RAIS UMPAMA BOTOL LAMA BERKARAT YANG PECAH DI GAM SEMULA

ALANGKAH sakitnya hati anak Yatim Menteri Penerangan apabila mengetahui DS Anwar telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dengan elaun RM 1 sebulan. Si Rais anak Jolobu ini pun mengulas dengan katanya, "Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," Kata-kata beliau ini menunjukkan beliau mengiktiraf betapa berharganya DS Anwar Ibrahim. Jika dilihat ketokohan dan keupayaan DS Anwar jika dibandingkan dengan anak Jolobu ni, teramat jauhnya umpama langit dan bumi. Rais masih hidup dalam politik sehingga kini pun akibat belas ehsan sahaja bukan kerana ketokohannya.

Orang yang pernah `membakar jambatan' dengan Umno sewaktu menyalak di dalam Parti Melayu Semangat 46 ini telah disedekahkan kerusi Ketua Bahagian Umno Jelebu oleh Yunus Rahmat penyandang kerusi tersebut sewaktu Rais melompat katak ke Parti S46. Apabila beliau rujuk dan menjilat kahaknya kembali bersama Umno, atas toleransi dan ehsan kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu diserahkan kepada beliau oleh Yunus Rahmat. Kita masih ingat Rais merayu untuk dicalonkan semula sebagai MP Jelebu pada pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Itulah Rais yang kononnya merasa hebat sedangkan tewas di dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno yang lalu. Tewas pula kepada Hishamuddin dan Zahid yang dikira budak hingusan jika dibandingkan dengan tua bangkanya Rais di dalam politik. Budaya ampu dan bodek memang kerja anak Jolobu ini.

"Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," Kata-kata Rais itu kononnya untuk merendahkan kredibiliti DS Anwar tetapi beliau tidak secerdik seperti yang orang Jolobu mungkin fikirkan. Fikir dengan hati yang waras, jika sesuatu air atau botol yang lama masing ingin diguna atau dijual, apa ertinya? Bodohlah sekiranya sipengguna atau sipenjual ingin menjual air atau botol yang lama tambahan pula di era moden ini. Ini bermakna, air itu amat berharga mungkin air jampi yang boleh mengubati berbagai jenis penyakit seperti penyakit rasuah dan sebagainya. Botol lama itu juga mungkin amat bernilai dan keramat sehingga boleh mengurung hatu raya yang melesapkan duit rakyat atau pun sipemakan komisyen RM 500 juta kapal selam. Justeru itu, mengapa Rais risau dengan perlantikan DS Anwar ? Iri hatikah bila DS Anwar dapat elaun bulanan sebanyak RM 1 dari Kerajaan Negeri terkaya di negara ini?

Ini berlainan dengan Rais, beliau umpama botol karat yang telah retak digam semula dan air di dalamnya bukan sahaja lama bahkan telah basi. Maka, terpaksa memohon dan merayu untuk diberi peluang bertanding di dalam pilihanraya yang lalu. Lihat, siapa lebih berwibawa? Rais atau DS Anwar? Rais sentiasa dikalahkan oleh orang-orang bawahannya atau juniornya. Semasa DS Anwar ditabalkan sebagai Timbalan Presiden Umno dan TPM, Rais masih terkulat-kulat di bawah. Kini, Rais terkulat-kulat lagi bila juniornya Hishamuddin dan Zahid berada di atasnya. Inikah kehebatan orang Jolobu ini? Patut pun di Jolobu semasa saya datang dulu hendak mencari bas pun susah. Tidak tahulah sekarang sudah selesai ke belum masalah bas di Jolobu. Diharapkan jika ada pembaca artikel ini yang tahu samada masalah bas di Jolobu ini sila maklumkan untuk pengetahuan ramai. Jika ingin selesaikan masalah bas pun terhegeh-hegeh macam mana hendak menjadi seorang Penasihat Ekonomi seperti DS Anwar?
Mungkin sekadar boleh jadi Penasihat 20 persen seperti dalam filem `Tiga Abdul'.

Tahniah buat DS Anwar kerana beliau tidak memandang kepada upahan untuk berkhidmat kepada rakyat. Elaun RM 1 sebulan selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor mungkin boleh dicatatkan di dalam `World Guiness Book Record'. Agaknya ada tak mana-mana tokoh Umno yang ingin pegang jawatan itu dengan elaun sebanyak itu? Cuba tanya Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas tu berapa elaunnya?/Kembali ke laman asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan