JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 10 November 2009

SIVARASA TAK PERLU JUAL NAMA DS ANWAR

Pertikaman lidah dan cabar mencabar di antara YB Zulkifli Noordin dan Naib Presiden PKR Sivarasa sebenarnya memalukan parti. Seperti budak-budak perangai walaupun kedua-duanya pemimpin terpelajar dan juga pemimpin penting di dalam PKR. Masalah yang berlaku di dalam PKR nampaknya banyak ditimbulkan oleh pemimpin atasan, bukan oleh ahli-ahli bawahan. Ini semua perlu diperhatikan oleh pucuk pimpinan PKR.Justify Full
Saya amat dukacita kerana Sivarasa mengeluarkan kenyataan dengan menuding jari kepada YB Zulkifli Noordin secara menjual nama DS Anwar. Amaran oleh DS Anwar kepada pemimpin PKR yang tidak komited terhadap perjuangan PKR adalah merupakan amaran kepada semua pimpinan termasuk Sivarasa sendiri. Oleh yang demikian, tiada hak Sivarasa mentafsirkan sendiri amaran tersebut dengan menjadikan YB Zulkifli Noordin sebagai mangsa. Saya bukan hendak menyokong YB Zulkifli Noordin malahan saya sendiri pernah mengkritik beliau di dalam blog saya, tetapi cara Sivarasa menuding jari kepada YB Zulkifli amat keterlaluan dan bersifat jahat sangka.

Memang benar, YB Zulkifli kadangkala menyuarakan kritikan dan pendapat yang sering menimbulkan kontroversi. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh DS Anwar, PKR bukan Umno yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Cuma, kaedah mungkin boleh dipertikaikan kerana pemimpin yang sering menggunakan media untuk menyatakan pandangan dan kritikan itu adalah pemimpin yang tidak bijak. Parti mempunyai saluran dan saluran itu hendaklah digunakan sebaik-baiknya.

Untuk YB Zulkifli pula, beliau perlulah lebih bijaksana dalam pendekatannya. Kritikan beliau terhadap PAS baru-baru ini tentang isu Bai'ah menampakkan YB Zulkifli tidak bijak. Beliau bukan tidak tahu bahawa PAS mempunyai Majlis Syura dan beliau sewajarnya menyiasat terlebih dahulu adakah Bai'ah dengan menjadikan isteri sebagai tebusan itu merupakan dasar PAS. Beliau tidak harus terus membuat ulasan di depan media sebegitu.

Akhirnya, saya mengharapkan pimpinan PR akan terus memantau mana pemimpin di dalam parti masing-masing yang masih tidak mahu berubah untuk menjadi lebih bijak. Jika benar PAS melakukan Bai'ah dengan menjadikan isteri sebagai tebusan, bagaimana dengan isteri bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Asri yang keluar dari PAS dan menubuhkan HAMIM? Berceraikah mereka ketika itu? Ada otak, sila berfikir dengan baik./kembali ke laman asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan