JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 21 April 2010

CALON MIC BERCAKAP SEPERTI TIDAK YAKIN DENGAN BN

'Tanya apa saya boleh buat, bukan apa BN buat'
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 21, 10


Apakah calon BN, P Kamalanathan mempunyai ciri-ciri menjadi ahli parlimen yang sesuai bagi Hulu Selangor dan mampu memperjuangkan isu-isu nasional?

Pihak media diberikan peluang untuk mewawancara ketua penerangan MIC itu berhubung pelbagai isu yang merangkumi keperluan sosio ekonomi di Hulu Selangor.

Apa pandangan anda yang paling dikehendaki oleh penduduk Hulu Selangor?

P Kamalanathan: Mereka memerlukan pembangunan, kemudahan asas seperti perumahan yang sesuai, pakaian, makanan yang mencukupi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Ini adalah perkara asas. Mengapa keadaan tetap tidak berubah sejak sekian lama?

Saya hanya boleh menjawab apa yang boleh saya lakukan, apa yang saya akan lakukan.

Saya tidak boleh menjawap soalan mengapa perkara tertentu berlaku sebelum ini ataupun perkara berkenaan tidak berlaku. Saya hanya akan memberitahu apa yang ingin saya buat.

Apa yang mereka perlukan adalah langkah pertama. Langkah kedua, mereka mahu pembangunan.

Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa Umno mahukan calon yang lemah, sebab itu, anda dipilih. Apa komen anda?

Sekiranya saya calon yang lemah, Anwar Ibrahim tidak akan berkempen di Hulu Selangor untuk calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. (Jawapan itu mendapat tepukan daripada sebahagian besar pemberita yang hadir)

Ketika anda berkempen untuk diri sendiri, BN juga berkempen untuk anda. Sesetengah kempen BN menyerang peribadi dan moral lawan anda. Adakah anda bersetuju dengan pendekatan sedemikian.

Saya tidak mahu bercakap bagi pihak orang lain. Saya bercakap mengenai strategi saya. Saya bercakap mengenai apa yang ingin saya lakukan...pada masa depan untuk pengundi saya.

Jadi, apa sekalipun pendekatan yang digunakan tidak menjadi masalah?

Saya tidak tahu. Awak beritahu saya. Mereka belum beritahu saya apa-apa mengenainya, jadi saya tidak boleh menegur mereka kerana saya tidak tahu apa yang berlaku.

Tetapi tidakkah anda tahu apa isu-isu yang digunakan atau dibincangkan sepanjang beberapa hari lalu?

Saya tidak mahu risau mengenai perkara itu. Saya mesti berjumpa 60,000 orang dalam tempoh tujuh hari. Ini tugas utama dan paling penting bagi saya. Ia bukan mudah dan saya ingin beri tumpuan kepadanya.

Biarkan parti menentukan apa yang perlu dibuat. Apa yang dilakukan oleh mereka ialah untuk menentukan kemenangan Barisan Nasional. Tumpuan saya ialah 60,000 pengundi, itu sahaja. Soalan lain, saudara, saudari?

Banyak yang diperkatakan berhubung isu-isu tempatan, tetapi jika dipilih, anda akan menjadi ahli parlimen. Anda akan berdebat dan meluluskan undang-undang. Adakah anda bersedia menangani isu-isu nasional dan undang-undang?

Saya terpaksa belajar. Saya cuma belajar sebanyak ini (sambil menunjukkan gengamannya). Apa yang saya pelajari adalah sebanyak ini? Dan saya akan berkongsi pengetahuan. Saya akan belajar daripada rakan-rakan untuk menjadikannya lebih baik.

Apabila sidang media itu berakhir, Malaysiakini bertanyakan sama ada dia bersetuju diwawancara untuk meninjau pandangannya berhubung isu semasa dan juga nasional.

“Kemudian. Biar saya jadi MP dahulu,” katanya sambil tersenyum./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan