"TERLEBIH dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan yang telah berjaya muncul sebagai Juara Piala AFF Suzuki yang baru berakhir malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Meskipun tewas 1-2, pasukan kita telah menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan kerana masih berjaya membolosi gawang Garuda di gelanggang lawan.
Amat bersetuju sekiranya Jurulatih Kebangsaan Rajagopal diberi anugerah atau pingat di atas usaha gigih beliau selama ini menaikkan imej bolasepak negara. Memberi pingat atau anugerah kepada tokoh sukan seperti ini jauh lebih baik dan berfaedah daripada memberi pingat atau anugerah kepada artis, lebih-lebih lagi seperti Shah Rukh Khan.
Apakah langkah Malaysia selepas ini? Saya mengharapkan bolasepak di negara kita terus berkembang dan terbukti tanpa pemain import di dalam Liga M, kita mampu menampilkan pemain yang berkualiti. Mungkin langkah FAM yang tidak menggunakan khidmat pemain Import di dalam Liga M sebelum ini memberikan impak besar di atas kemajuan bolasepak negara. Bayangkan, jika kita masih menggunakan pemain Import mungkin kita tidak dapat mencungkit bakat yang ada pada Norshahrul Idlan Talha, Shafik Rahim dan beberapa pemain muda yang lain.
Sudah sampai masanya Malaysia megembalikan semula kejohanan Pesta Bola Merdeka sebagai kejohanan bertaraf elit sepertimana di zaman sebelum 80-an dahulu. Pesta Bola Merdeka suatu ketika berjaya menarik minat beberapa negara gergasi Bola Sepak seperti Jepun, China, Korea Selatan, Arab Saudi dan beberapa negara Asia yang lain. Ketika itu, negara kita amat disegani di rantau Asia. Malangnya, setelah bolasepak negara merudum ke tahap yang amat teruk, Pesta Bola Merdeka jatuh tarafnya sehingga disertai oleh beberapa kelab luar negara sahaja.
Kini, tibalah saatnya FAM memikirkan kembali untuk menaikkan kegemilangan Pesta Bola Merdeka yang dahulunya diadakan setiap tahun. Kita tidak lagi boleh menumukan kepada Liga Tempatan semata-mata kerana negara luar kini semakin fokus kepada bolasepak antarabangsa. Sekali lagi, syabas buat semua pemain dan jurulatih serta pengurusan FAM. /wfauzdin.blogspot.com"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan