JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 2 Disember 2010

PAS TERENGGANU YAKIN

Pas yakin dapat 3-2 dalam PRU13

KUALA TERENGGANU - Pas Kawasan Hulu Terengganu berkeyakinan untuk mendapat 3-2 dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti, mengatasi Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Pas Kawasan Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, BN hanya boleh menaruh angan-angan untuk memperoleh 5-0, apatah lagi merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang dikenal sebagai kubu kuat Pas.

Menurutnya, Pas kawasan telah membuat persiapan yang rapi dan berkeyakinan tinggi mengekalkan DUN Manir dan merampas dua lagi kawasan.

“Kawasan spesifik memang kita rahsiakan kerana ia strategi kita, tapi apa yang saya boleh katakan, kita telah bersedia sepenuhnya. Malah, sambutan dan penerimaan rakyat terhadap kita sangat memberangsangkan.

“Sekarang ini kita cuba untuk tumpukan terhadap program turun padang dan kebajikan bagi memastikan rakyat terus dekat dengan kita. Gelombang peruba-han itu kita sudah nampak ketara, sebab itu kita sangat yakin dengan kekuatan Pas di Hulu Terengganu,” katanya.

Menurutnya, Pas Kawasan Hulu Terengganu telah bergerak aktif sejak awal tahun lagi dan kini sedang menumpukan usaha menggerakkan jentera di peringkat akar umbi.

Usaha menggerakkan jentera kini dibuat lebih agresif dan katanya, tahun depan merupakan tahun gempur dengan pengurusan jentera yang lebih aktif dan berkesan di setiap peringkat.

“Kita juga menumpukan usaha turun dari rumah ke rumah bagi bertemu pengundi kita. Kita lihat ada unsur ugutan, iaitu sesiapa yang dilihat bersama Pas, akan dikenakan tindakan seperti tidak mendapat bantuan.

“Kita ingin lihat kebenarannya dan harapkan mereka kuat dan tidak terpengaruh janji palsu BN,” katanya./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan