JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 27 Disember 2010

NAIB PRESIDEN PKR - MENGAPA N.SURENDRAN DIPILIH?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERDAPAT rungutan beberapa pihak apabila pimpinan PKR melantik N. Surendran sebagai Naib Presiden yang dipilih. N.Surendran tidak asing untuk NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dan perlantikkan beliau merupakan satu langkah bijak parti untuk memperkemaskan strategi parti khususnya di dalam memperjuangkan hak asasi.

Tidak begitu bijak jika parti hanya mempunyai tokoh yang terkenal kerana penglibatan di dalam gerakan reformasi semata-mata. Lagi pun, apa yang penting di dalam parti adalah mereka yang dipilih itu mestilah dilihat mempunyai prinsip di dalam perjuangannya. N.Surendran dilihat mempunyai prinsip yang kental di dalam perjuangan hak asasi dan tidak rugi jika parti melantik beliau untuk diuji di saf kepimpinan parti.

Tidak semua tokoh yang bergiat cergas sewaktu di era reformasi dahulu yang mempunyai prinsip dan istiqamah di dalam perjuangan. Terbukti beberapa orang kuat reformasi dahulu telah berpaling arah, lebih malang sekali mereka beralih arah kepada parti yang mereka amat kenali sebagai parti yang menjunjung kezaliman dan ketidakadilan. Oleh sebab itu, perlantikan N.Surendran hendaklah dilihat secara positif.

Adakah N.Surendran dijamin akan setia bersama parti? Sudah tentu tiada siapa boleh menjaminnya hatta Ketua Umum PKR sendiri pun kita tidak berani memberi jaminan. Namun, kita hanya mampu melihat rekod dan sejarah perjuangan seseorang itu. Ini bukanlah bermakna tokoh-tokoh lain tidak boleh diyakini. Bagi saya, saya tetap yakin kepada kesetiaan tokoh seperti Xavier Jeyakumar, N.Gobalakrishnan, Sivarasa Rasiah, Manikavasagam dan Suresh Kumar walaupun mereka gagal dipilih sebagai Naib Presiden.

Cuma, parti harus memberi peluang ini kepada N.Surendran untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan selama ini. Mungkin setelah beliau diberi tempat di dalam parti, perjuangan beliau khususnya di dalam menegakkan hak asasi dapat direalisasikan dengan lebih baik dan efisyen. Jawatan yang beliau sandang itu nanti membolehkan beliau lebih banyak ruang untuk bergerak dan berhubung samada di dalam mahu pun di luar negara untuk memperjuangkan hak asasi sepertimana yang beliau perjuangkan selama ini.

Seandainya setelah diberi peluang dan ternyata beliau gagal berfungsi dengan baik, maka wajarlah parti melantik tokoh lain pula. Justeru itu, buat masa sekarang marilah kita memberikan sokongan kepada N.Surendran dan tidak bijak jika kita mencari seribu satu sebab untuk mempertikaikan pemilihan ke atas beliau. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan