JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 15 April 2010

BENARKAH PEMIMPIN PAS SELANGOR TIDAK HADIR ?

Saya kerap membaca tulisan Batu-Api2 di dalam Web Tranungkite. Terbaru beliau ada menjawab persoalan tentang komen seseorang berkaitan ketidak hadiran Us Nasha dan Dr Hassan Ali semasa malam pengumuman calon PR di Hulu Selangor pada 13 hb baru-baru ini. Tulisan Batu-Api2 boleh dibaca di sini.

Setelah saya membuat semakan dan pengesahan dari YB Fauziah Salleh, Pengarah Jentera Pilihanraya Pusat PKR (jika tidak salah), sebenarnya Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali hadir pada malam tersebut. Mungkin bagi kita yang menonton melalui Web TV atau melihat gambar, wajah keduanya tidak kelihatan. Kepimpinan yang lebih kanan terlalu ramai di kerusi utama pentas, mungkin menyebabkan wajah mereka tidak kelihatan.

Seperkara lagi, ketidak hadiran Lim Kit Siang (S/Usaha Agung DAP) adalah kerana beliau sewaktu itu berada di Parlimen kerana ada perkara yang ingin dibangkitkan yang belum selesai.

Mudah-mudahan kita tidak lagi keliru dengan perkara remeh temeh begini. Terima kasih buat Batu-Api2 kerana mendedahkan perkara ini. Tanpa tulisan beliau, mungkin kita masih berada di dalam kekeliruan./mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Terima Kasih
    Serangan juga pada beberapa blog.

    Masa saya komen, saya belum mendapat maklumat. Saya tahu gambarnya akan keluar dimuka tengah harakah.

    Semoga Allah memberikan kekuatan untuk menghindar fitnah sebagai kita tak suka jika aorang fitnah kita.

    BalasPadam