JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 6 Ogos 2010

ISU KG BARU - MB SELANGOR PRIHATIN

MB Akan Temui Penduduk Kg. Baru Bincang Isu Pembangunan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Baru bagi membentangkan cadangan pembangunan semula kampung berkenaan.

Perjumpaan ini yang ditaja bersama Pejabat Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang akan diadakan pada Ahad, 8 Ogos 2010 pada jam 2.30 petang bertempat di Kelab Sultan Sulaiman.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’lo Ghazali turut dijemput dijemput bagi menyampaikan taklimat ini.

Model pembangunan semula Kampung Baru yang akan dibentangkan ini mengekalkan hak milik tanah kepada orang Melayu tetapi pada masa yang sama pemilik tanah mendapat manfaat dari hasil pembangunan bagi tujuan komersil.

Cadangan pembangunan semula Kampung baru ini mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan.

Cadangan ini telah dibuat 15 tahun lalu atas permintaan Kerajaan Pusat ketika itu, akan dibentangkan semula tetapi dengan ditambah baik mengikut keperluan semasa dan perubahan persekitaran.

Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) telah dimaklumkan mengenai taklimat ini dan mereka dijemput menghadirinya.

Pembangunan semula ini masih di peringkat cadangan dan perlu mendapat persetujuan penduduk Kampung Baru. Kerajaan Selangor berpendirian bahawa pemilik tanah Kampung Baru patut diberi hak untuk membuat pilihan yang terbaik untuk mereka dan generasi akan datang./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan