JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 24 Ogos 2010

CHEGU BARD BAKAL KETUA AMK YANG BARU ?

Oleh: Mandor

PEMILIHAN jawatan tertinggi di dalam PKR akan berlangsung tidak lama lagi. Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden sudah pasti sengit. Calon popular yang dikatakan akan bertanding adalah seperti YB Azmin Ali, Dato Zaid Ibrahim dan juga Mustafa Kamil Ayub. Pertandingan mungkin diadakan sekiranya Timbalan Presiden sekarang Dr Syed Hussin tidak bertanding.

Pemilihan jawatan Ketua AMK juga menjadi topik hangat waktu ini. Mungkinkah penyandang sekarang Shamsul Iskandar melepaskan jawatannya? Jika ini terjadi, mungkin pertandingan bakal menyaksikan tidak banyak calon, dijangka satu sama satu. Atau, ada calon yang menang tanpa bertanding.

Calon Ketua AMK yang popular diwaktu ini adalah Chegu Bard, seorang tokoh muda yang berani dan telah lali dengan berbagai ujian. Anak muda berasal dari Rembau ini amat popular bahkan ada yang menyebut beliau lebih menonjol dari Sdr Shamsul Iskandar. Sekiranya Chegu Bard dipilih sebagai Ketua AMK, pastinya PKR akan disuntik dengan tenaga baru yang lebih berani.

Jika ada calon lain yang berminat untuk bertanding sebagai Ketua AMK, mereka mestilah dilihat berwibawa dan berani ke hadapan. Samada calon tersebut pernah lahir di zaman reformasi atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, beliau mestilah berwibawa, berani dan ikhlas dalam perjuangan. Semua ahli di dalam PKR akan menilai siapakah yang layak untuk menerajui Ketua AMK yang akan berada di saf hadapan apabila bertemu dengan musuh.

Paling menggembirakan, sehingga kini tiada budaya melobi dan mengampu di kalangan calon yang disebutkan di atas. Rasuah atau politik wang seperti amalan Umno jauh sekali. Sesiapa pun yang dipilih, bahu mereka akan dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab yang amat berat. /mandor.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Ketua AMK : CHEGU BARD
    Tim. AMK : JONAH

    Dua orang ini yang nampak bersungguh2 dalam perjuangan menentang kerajaan Bee END.

    BalasPadam
  2. Ternyata selepas DSAI, PKR sudah tiada pemimpin2 pelapis yang berwibawa. Ketiga2 yang disebutkan itu, pada pandangan saya, tiada cukup kemampuan untuk bertahan dalam gelombang politik sekarang. Saya kurang yakin PAS boleh selesa dengan Azmin atau Zaid. Sementara Mustafa Kamil pula masih kurang karismatik. PKR pada masa ini bukan saja terpaksa berhadapan dengan seteru luar, bahkan kemelut dalaman juga tidak kurang hebatnya. Kalaulah masa mengizinkan, mungkin Saifuddin lebih baik. Maaf, ini hanyalah pandangan peribadi.

    BalasPadam