JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 22 Julai 2009

SERUAN DARI ANWAR IBRAHIM CLUB

AnwarIbrahimClub.Com - Untuk sebaran ahli

AIC/07/09

Himpunan ahli AIC di Mahkamah Jalan Duta.


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin mengajak seluruh ahli untuk turun menunjukkan sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang sekarang berhadapan dengan fitnah licik dan manipulasi undang-undang di perkarangan Mahkamah Jalan Duta bermula daripada hari Jumaat (24 Julai 2009), pukul 8.00 pagi sehinggalah perkara ini diberi keadilan yang sewajarnya.

Rakan-rakan ahli AIC digesa mencari ruang dan peluang untuk berada di sana setiap kali perbicaraan. Untuk memudahkan gerakan dan perhimpunan, rakan-rakan AIC diminta menghubungi sekretariat AIC di talian 012-9300745 (Saudara Farhash) untuk maklumat lanjut.

Rakan-rakan AIC dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut semasa di Mahkamah :

  1. Memakai baju AIC, atau baju bewarna HITAM.
  2. Sampai awal, selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.
  3. Berkumpul di ruang legar Mahkamah dengan rakan-rakan yang lain.
  4. Mengawal tingkah laku dan tidak termakan dengan provokasi oleh mana-mana pihak.
  5. Ikut arahan sekretariat.

Rakan-rakan AIC akan berpeluang untuk dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah. Sila hubungi sekretariat untuk urusan ini. Jadual perjalanan mahkamah akan dikemaskini di laman web AIC dari masa ke semasa.

BANGUN DAN TUNJUKKAN SOKONGAN BAHAWA REFORMASI TIDAK PERNAH MATI!


AnwarIbrahimClub

17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia

e | info@anwaribrahimclub.com
w | http://www.anwaribrahimclub.com

Selasa, 21 Julai 2009

BERANIKAH UMNO HADAPI PRK MANEK URAI SEKALI LAGI?


Oleh: Mandor.blogspot.com

PRK MANEK URAI mungkin akan diadakan semula? Dengar ceritanya Umno ingin membuat bantahan di mahkamah agar PRK Manek Urai dapat diadakan sekali lagi kerana Umno mendakwa terdapat kesilapan di dalam perjumlahan undi baru-baru ini. Soalnya, beranikah Umno menghadapi Pas sekali lagi? Apakah dengan jumlah undi yang Umno perolehi baru-baru ini membuatkan Umno begitu yakin untuk menang kali ini? Tidakkah Umno nanti menyesal?

Bukankah Umno dikatakan tidak begitu berminat dengan banyak kali pilihanraya, membazir wang rakyat katanya. Jika begitu, tidak perlulah Umno bersusah payah untuk membuat petisyen pilihanraya tersebut. Bukan apa, takkan TPM nak membuat janji dua kali pula untuk membina jambatan kat Manek Urai itu. Tetapi jika Umno nak sangat bertarung sekali lagi, aku rasa Pas tak keberatan untuk menerimanya. Cuma, jangan menyesal sudahlah. Jangan jadi macam Firdaus, bekas Imam Besar Masjid Negara dulu semasa pilihanraya di Permatang Pauh. Terlalu nak sangat kira semula, bertambah banyak pula undi DS Wan Azizah dapat. Masa tu, sepak tong undi sampai bengkak hujung kaki pun dah tak guna lagi. /Lain berita kembali ke laman utama.

UMNO `CEDERA RINGAN' DI MANEK URAI PASAL EZAM TAK DATANG?

Oleh: Mandor.blogspot.com

UMNO mesti dah buat post mortem mengapa mereka `menang' dengan kekalahan di tangan Pas di Manek Urai. Umno merasa megah kerana hanya mengalami `cedera ringan' tatkala bertarung dengan Pas. Pada Umno kalah dan terkangkang di Manek Urai tak penting, janji tidak mengalami `kecederaan teruk' seperti sebelum ini. Meskipun, Umno tewas 0 - 6 di dalam PRK sebelum ini di tangan PR, namun Umno tetap Umno. Bukan Umno namanya kalau sanggup mengaku kelemahan parti mereka. Apakah kelemahan Umno sebelum ini dan apakah kekuatan Umno yang kononnya telah diperlihatkan di Manek Urai baru-baru ini?

Aku kaji berkali-kali mengapa kali ini Umno hanya mengalami `cedera ringan' di tangan Pas iaitu kalah dengan majoriti 65 undi. Setelah aku kaji, selain dari sebab janji dan sogokan pembangunan dan jambatan, anrara lainnya adalah kerana Umno berjaya mengelakkan diri dari mengalami `badi' atau sumpahan dari raja sesumpah Ezam. Mungkin agak lucu atau tak masuk akal, tapi jika kita fikirkan balik ada juga benarnya. Sebelum ini, di mana sahaja raja sesumpah itu datang, pasti akan membawa `badi' buat Umno. Memang `suwey' sungguh raja sesumpah ini buat Umno. Agaknya sudah dimakan sumpah kot budak tu.

Di Manek Urai, aku tunggu-tunggu juga mamat Ezam ni datang bersama kotak-kotaknya, atau paling tidak membawa bersama pencacai seperti Dato' Nalla, Roslan Kasssim atau pun Zahid Md Arip. Tetapi hampa. Raja sesumpah tak datang ke Manek Urai kerana mungkin beliau ingin mencuba samada tanpa beliau mampukah Umno untuk bernafas. Atau, mungkin juga raja sesumpah sudah kehilangan idea untuk berkempen di Manek Urai kerana segala-gala tentang keburukan DS Anwar semuanya dah beliau dedahkan sebelum ini. Malang sekali, kesemuanya yang beliau perkatakan terhadap DS Anwar menambahkan derita buat Umno.

Apabila raja sesumpah ini tak datang ke Manek Urai, hati aku dah mula rasa lain macam seperti ada yang tak kena. Aku memang harap sangat beliau datang untuk menambahkan `badi' atau `suwey' buat Umno di Manek Urai. Nasib Umno sedikit baik kerana raja sesumpah tidak muncul. Kotaknya pun tak nampak. Oleh kerana beliau tidak muncul, Umno dilihat agak baik sikit prestasinya dan kalah dengan mengalami `kecederaan ringan' sahaja. Cukuplah sekadar untuk mengurangkan sikit malu Umno. Mungkin lepas ini Umno akan belajar dari pengalaman bahawa jika Umno ingin menang atau kalah dengan sedikit kecederaan, tidak perlu bawa Ezam menyibuk berkempen.

Apa pun aku harap sangat agar Umno terus menggunakan raja sesumpah ini sekerap mungkin sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tanpa Ezam, mana mungkin kita boleh berjaya dengan cemerlang nanti. Hidup raja sesumpah!!/
Lain-lain berita kembali ke Laman Utama.

Ahad, 19 Julai 2009

PENING JUGA NAK FIKIR KES NI

Oleh: Mandor.blogspot.com

NAIK pening jugak aku fikir pasal misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock. Ye lah, buat apa nak fikir, aku bukannya Pegawai Penyiasat ke atau pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan kes tersebut. Tapi, hati tetap juga nak fikir pasal kes macam ini boleh terjadi pada sesiapa termasuk kaum keluarga aku. Dijauhkan Allah benda-benda macam ni. Tak kiralah samada kes bunuh diri ke, terbunuh ke atau dibunuh. Semuanya aku tak mahu berlaku atas kaum keluarga aku. Tu pasal aku cuba juga nak fikir macam mana kejadian seperti ini boleh berlaku. Apa puncanya?

Bila aku baca akhbar dan tonton TV, macam-macam andaian aku dapat. Bila buka blog kat internet pun macam-macam andaian. Ada yang lojik dan ada yang tak lojik langsung. Salah satu persoalan yang ditimbulkan oleh sebuah laman web, buat aku pening jugak nak fikir. Di sini aku petik sikit apa yang menjadi tajuk besar laman web berkenaan.

"Logikkah Teoh Beng Hock membunuh diri kerana mendiang mempunyai tunang dan hendak mendaftarkan perkahwinan dan sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama? Jika mendiang telah dibebaskan, mengapa mendiang tidak menghubungi sesiapa menggunakan handsetnya sebaik-baik 'dibebaskan pada jam 3.30 pagi'.

"Jika mendiang telah dibebaskan, pastinya segala barangan milik mendiang termasuk handset akan dipulangkan semula. Tidakkah mendiang menelefon sesiapa memberi tahu mendiang ingin berehat terlebih dahulu di sofa pejabat SPRM? Adakah mendiang tidak langsung tergerak hati untuk menjawab begitu banyak SMS dan panggilan yang diterima yang dirakam oleh hanset mendiang..... Banyak persoalan yang perlu dijawab...." (http:www.marhaen.info./v2/)

Jadi, aku tak fikir susah sangat nak siasat kes ini. Aku yakin tahap profesional pihak berkuasa kita, tapi aku lebih yakin jika Badan Siasatan Bebas mengendalikan kes ini. Tak salah kalau mana-mana pihak prihatin akan apa yang berlaku terhadap mendiang. Sesiapa yang tak prihatin atau memandang ringan kes ini pada aku orang tu bukan manusia normal. Apa-apa pun, aku sedap hati sikit bila ada ura-ura kerajaan akur dengan tuntutan pihak pembangkang yang mahukan siasatan bebas. Harap-harap jangan ada pihak yang menghalang.

Sabtu, 18 Julai 2009

MANEK URAI - PAS MENANG, UMNO BERJAYA? DUNGU BETUL!!

Oleh: Mandor.blogspot.com

PELIK betul tajuk tulisan ni kan? Pelik tapi benar, benar tapi dungu!! Tuan-tuan tahu siapa yang berkata demikian? Penulis tu kata di Manek Urai, Pas menang tetapi Umno berjaya!! Siapa penulis yang dungu sangat tu? Aku tak kenal tapi tuan-tuan boleh baca kat sini. Perkataan tu saling tak tumpah macam anak Yatim si Rais tu kata masa Mahkamah Dunia buat keputusan Pulau Batu Putih menjadi hak Singapura, dan Batu Karang menjadi hak Malaysia. Si Rais tu punyalah cerdik dia kata itu adalah keputusan yang baik dan dianggap situasi `Win-Win'. Dungu tak?

Singapura dapat pulau yang bernilai tinggi, kita dapat batu karang maka itu dianggap `Win-Win'. Kalaulah Lee Kuan Yew dengar apa yang menteri dari Jelebu tu cakap, sahih Lee Kuan Yew akan terguling-guling ketawa sampai terkentut-kentut agaknya dia. Begitulah juga si penulis tu kata bila Umno dah terkangkang kat Manek Urai. Entah kenapa otak dia terfikir nak sebut di Manek Urai Pas menang tetapi Umno pula yang berjaya. Aku rasa kalau kata-kata ni diucapkan di depan orang gila, sah orang gila tu kata, "nasib baik aku gila, tapi tak bodoh cam engkau'.

Kenapa susah sangat nak mengaku bahawa Umno sudah tidak diterima majoriti orang-orang Melayu di Manek Urai? Berat sangat ke nak sebut bahawa orang-orang Manek Urai tidak termakan dengan umpan jambatan tu? Atau malu nak sebut? Kalau lah si penulis tu nak menggunakan portal nya untuk mengampu Umno sekali pun, biarlah cara mengampu tu nampak cerdik sikit. Lagi pun buat apa nak mengampu dah, kerana `nasi sudah menjadi bubur' dan Umno pun telah selamat di`talkin'kan dan kini telah bersemadi di bawah tapak jambatan yang tak jadi dibuat itu kat Manek Urai.

Katalah Umno perasan sangat sudah kuat walaupun telah 6 kali bertempur, 6 kali terkangkang, kita pelawa lagi Umno untuk bertempur amacam? Apa kata kita buka gelanggang kat Perak pula? Ok lah, mungkin kat Perak kaum Cina dan India ramai, mungkin Umno rasa menempah maut kalau bertempur di situ, kita cadangkan buka gelanggang di Terengganu pula. Mengapa aku cadangkan di Perak atau Terengganu? Ini adalah kerana kedua-dua negeri tersebut sekarang dilihat tidak stabil kerajaannya. Di Perak, Umno dapat kuasa melalui mahkamah. Di Terengganu pula, pimpinan Umno sesama mereka tidak pernah nak bersatu. Rapuhnya perpaduan sesama Umno di Terengganu boleh digambarkan dengan rapuhnya stadium yang runtuh kat Terengganu baru-baru ni.

Kadang-kadang aku rasa bodoh juga mencabar Umno untuk buka gelanggang pilihanraya ni. Aku rasa macam aku mencabar kambing supaya mandi dalam hujan je. Puas juga aku mencari peristiwa atau sejarah menunjukkan Umno itu berani. Kalau berani bercakap depan TV atau media mereka aku akuilah kehebatan mereka ni. Berdebat ? Huh...jauh sekali. Letaklah apa tajuk sekalipun. Kalau ada yang berani pun, tersembur pulak air liur masa berdebat. Takpelah, itu tahap paling berani gaban la tu dalam Umno. Macam mana nak berdebat kalau asyik kata Pas Menang, Umno berjaya. Cakap pun dah tak betul.

Di dalam pertarungan, boleh diumpamakan pendekar Umno memiliki semua senjata seperti keris dan pedang, manakala lawan mereka Pahlawan Pas sehelai sepinggang bertempur. Dalam perlawanan tersebut, pendekar Umno terkangkang dengan mengalami luka-luka yang kecil tetapi tidak boleh bangun. Maka, Pahlawan Pas pun diistiharkan sebagai pemenang. Selepas itu, Pendekar Umno merangkak keluar dari gelanggang dan berkata kepada penonton bahawa `memang Pahlawan Pas Menang, tapi Aku Berjaya" katanya. Salah seorang penonton pun bertanya," Kenapa engkau kata begitu?". Pendekar Umno pun menjawab," Sebab, dulu aku terkangkang gak, tapi luka aku lagi parah, tapi kali ini luka aku kecik je...". Agak-agak kalau tuan-tuan sebagai penonton di situ mahu tak terguling-guling ketawa? Kalau aku ada kat situ, aku akan pujuk pendekar Umno tersebut. Paling tidak aku akan kata," Betul, memang betul engkau berjaya,...berjaya kelentong!!"

Jumaat, 17 Julai 2009

CERAMAH DI KUANTAN MALAM INI (17 JUL09) - PEJ PKR NEGERI

CERAMAH UMUM `KEMBALIKAN NEGARA HUKUM DAN HAK RAKYAT'
ANJURAN PAKATAN RAKYAT

TARIKH: 17 JUL 2009 (JUMAAT)

MASA: 09.00 MALAM

TEMPAT: PERKARANGAN PEJ PKR NEGERI, BESERAH, KUANTAN.

PENCERAMAH:

YB ZULKIFLI NORDIN - PKR
YB FAUZIAH SALLEH - PKR
YB LEONG NGAH NGAH - DAP
US NASARUDDIN TANTAWI - KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Sila Hadir Beramai-Ramai dan Hebahkan. Sebarang maklumat hubungi - 09-5137970/09-5177970.

APA KOMEN `BROKER' KERAJAAN PERPADUAN TERHADAP KES KEMATIAN DI BANGUNAN SPRM?

Oleh: Mandor.blogspot.com

TAKZIAH, pertama aku ucapkan pada keluarga mendiang Teo Beng Hock, yang mati ketika berada di bangunan SPRM sejurus selesai soal siasat oleh SPRM tentang kes rasuah Exco Selangor. Mendiang mati dikatakan jatuh dari bangunan yang terdapat di SPRM. Walaupun aku tak tahu mengapa beliau jatuh samada kemalangan atau tidak, tapi aku rasa amat sedih di atas apa yang berlaku.

Maka, sudah tentu kematiannya menjadi `misteri' buat keluarga, rakan-rakan dan tentunya parti politik yang sememangnya peka dengan kejadian seperti ini. Jika ini berlaku di atas keluarga kita pun, tentu kita akan berfikir macam-macam. Seorang penulis yang digelar oleh rakan aku sebagai `Broker Kerajaan Perpaduan" iaitu MSO (Mohd Sayuti Omar) dalam blognya menyebut sudah pasti parti-parti politik pembangkang terutamanya dari DAP akan mempolitikkan isu ini. Dan, MSO berharap semua ini hendaklah diserahkan kepada PSRM sahaja. Serah begitu sahaja? Bagus juga cadangan MSO ini sebagaimana bagusnya cadangan beliau agar Tuan Guru Nik Aziz terima saja Umno untuk Kerajaan Perpaduan tu.

Tahniah buat MSO yang percaya sepenuhnya kepada PSRM. Aku harap semua rakyat Malaysia akan mengikuti pandangan dan sikap MSO ini. Beliau adalah contoh terbaik rakyat Malaysia dan boleh kita tabalkan untuk anugerah `Tokoh Kerajaan Perpaduan'. Jom, kita pakat-pakat percaya pada SPRM. Lupakan je pasal sogokan jambatan kat Manek Urai tu, itu bukan rasuah, Muhyiddin bergurau je dulu tu.....Kalau tak, mesti MSO dah cadangkan SPRM siasat Muhyiddin, tak gitu MSO?