JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 26 Ogos 2011

BLOGGER UMNO YANG BENGAP

Memalukan: Puak-Puak "Blogger UMNO" Tersalah Fakta Gara-Gara Mahu Mempertahankan Sijil ISO Serta "Kreadibiliti" Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Baru semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005. Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya". Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.


Contoh, Surat tamat tempoh berakhir pada 18 Oktober 2010
dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011

Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya. Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu. Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya.

Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini. Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.


Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM
Sila klik pada imej berkenaan untuk besarkan gambar sijil tersebut

Why Is ISO 17025 So Important To Us In Forensic Science?


[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini. Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diikhtiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri. Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini. Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya].

Sumber: PDO

Khamis, 18 Ogos 2011

ZUL KULIM BAWA KISAH SAIDINA OMAR TAPI MENYESATKAN DEMI AMPU UMPORNO?

Dalam temuramah dgn Zul Nordin sewaktu demonstrasi kecil-kecilan di Masjid Negeri Selangor memprotes murtad baru2 ini, Zul Nordin telah berkata:

SOALAN WARTAWAN:Dari segi undang2 adakah salah orang Islam salah masuk gereja?

ZUL NORDIN: Saidina umar pernah dijemput masuk ke gereja, dia tidak mahu…. Dia sendiri memilih untuk tidak masuk. Jadi, saya akan ikut dan akur kepada sunnah yang dibuat oleh sahabat.

Sungguh hina dan jijik Zul Nordin mengada2kan sirah Saidina Umar RA sebegini. Hakikatnya, Umar RA telah masuk ke dalam gereja. Baginda cuma TIDAK MAHU SOLAT di dalam Gereja kerana takutkan umat selepas ini akan meruntuhkan gereja tersebut dan mendirikan masjid di atas gereja tersebut lantaran Umar RA pernah bersolat di situ.
“Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.

Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :”Di mana tempat saya bersembahyang?” Paderi besar menjawab: ”Di sini sahaja (dalam gereja)”. Umar menjawab: ”Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)”.

Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada.

Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel“
Bagaimanakah Zul Nordin mahu memperjuangkan murtad kalau sejarah para Sahabat RA pun beliau selewengkan?

Semenjak bertukar ketaatan ni, semakin menjadi-jadi kesesatan Zul Nordin. Mulanya, beliau kata tak perlu hukum Qazaf kerana teknologi moden sudah ada. Sekarang beliau kata Saidina Umar tak mahu masuk gereja.

Ataupun, adakah kemungkinan Zul Nordin telah bertukar madzhab kepada Madzhab Maliki yang menjadikan Qaul Sahabi sebagai sumber hukum? Tapi, Linkmengapa qaul Sahabi yang beliau pakai tidak betul?

Mungkin Zul Nordin terlupa hendak melihat laman web JAIS berkaitan hukum orang Islam masuk ke rumah ibadat bukan Islam. Rupanya, mengikut JAIS, masuk ke rumah ibadah bukan Islam tidak haram kecuali dalam beberapa keadaan.

Semakin Zul Nordin berusaha menyamar sebagai pejuang Islam, semakin terdedah kemunafikan serta pembohongan beliau. Semoga Allah SWT melindungi rakyat Malaysia dari kesesatan yang cuba dipromosi oleh Zul Nordin/Malaysia Waves

Selasa, 16 Ogos 2011

RAHIM THAMBI CHIK BAKAL DILANTIK PENGERUSI BIRO AGAMA UMNO?

Aku terbaca dalam akhbar semalam begitu bersemangatnya Rahim Thambi Chik bercerita pasal isu murtad. Beliau kelihatan teramat peka dengan isu akidah berkaitan kisah kontroversi serbuan ke atas gereja di Selangor.

Apabila Rahim Thambi Chik yang memakai baju kalis peluru sewaktu upacara bidaah iaitu bersumpah laknat bersama Eskay mengulas isu murtad ini, ianya menjadi bahan lawak jenaka. Orang yang bersubahat membuat fitnah zina, terbabit pula di dalam tayangan video lucah di dalam hotel boleh memberi ulasan seperti seorang ustaz tentang isu murtad ianya satu lawak jenaka yang bodoh.

Itu belum lagi beliau memberi ingatan tentang dosa besar bersekedudukan dengan gadis bawah umur. Belum lagi beliau bercerita tentang dosa besar melakukan rasuah. Kita jangan pelik suatu masa nanti Umno akan melantik Rahim Thambi Chik sebagai Pengerusi Biro agama di dalam parti keris telanjang tak bersarung itu. Tahniah, Rahim Thambi.

Isnin, 8 Ogos 2011

NAJIB, ROSMAH BAKAL MASUK MAHKAMAH? JANGAN LUTUT KENA OPERATE LAGI SUDAH LAH

Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri

Ogos 8, 11

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin, terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu memberitahu apa-apa dalam ditemubual tersebut.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temubual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

NONESebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

azlanDalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama./Malaysiakini

Ahad, 7 Ogos 2011

ISU CEROBOH GEREJA, JADIKAN KISAH SAYYIDINA OMAR SEBAGAI PANDUAN


Isu serbuan oleh JAIS terhadap sebuah Gereja di Selangor nampaknya mendapat respon yang berbagai dari berbagai pihak. Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan lebih bijak dan profesional dengan meminta JAIS mengemukakan laporan lengkap di atas kejadian tersebut.

Benarkah Gereja tersebut terlibat di dalam aktiviti memurtadkan umat Islam? Apakah tujuan Gereja tersebut mengadakan jamuan di situ? Dan, jika terdapat umat Islam yang berada di dalam Gereja berkenaan, apakah tujuan mereka di situ? Semua ini perlu dijelaskan oleh JAIS di dalam laporannya beserta segala bukti jika ada.

Pihak Gereja telah menafikan semua tuduhan bahawa terdapat aktiviti memurtadkan umat Islam di dalam Gereja berkenaan. Datuk Zaman Khan, seorang Melayu berugama Islam yang merupakan Presiden Majlis Aid Malaysia memberikan kenyataannya yang menafikan dakwaan JAIS. Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Mohd Zaman Khan berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya. "Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka (Malaysiakini).

Jika benar seperti yang disebut oleh Datuk Zaman Khan, sekali lagi kredibiliti JAIS terjejas dan JAIS akan dipandang serong sebagai satu Jabatan yang `rakus dan gelojoh' tanpa kebijaksanaan dan berhemat di dalam tindakannya. Sekaligus, tindakan JAIS ini seolah-olah satu tindakan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri.

Teringat suatu kisah di zaman Sayyidina Omar R.A, ada satu kisah apabila Umar menceroboh rumah seorang lelaki yang minum arak dalam rumahnya, bila Saidina Umar berjaya masuk ke rumah lelaki itu melalui atap, lelaki itu berkata " Hai Umar! salah aku hanya satu iaitu minum arak,tapi salah kamu tiga, 1. kamu intai aku 2. kamu ceroboh rumah aku 3. kamu masuk rumah aku tanpa minta kebenaran, bila Saidina Umar dengar hujah lelaki itu Saidina Umar terus berlalu pergi tanpa ambil apa2 tindakan keatas lelaki itu, mengapa JAIS tidak jadikan kisah ini sebagai panduan.

Alangkah indahnya Islam jika pengamalnya terutama yang berkuasa menggunakan pendekatan Islam yang begitu diplomasi dan berhemah dengan golongan atau pihak yang Non-Muslim. Jika ini mampu diamalkan, percayalah, Islam akan tetap dipandang tinggi oleh golongan Non-Muslim./pkr pahang

Rabu, 3 Ogos 2011

ZAHRAIN GANTI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Zahrain katak sudah tertekan apabila segala perancangan beliau untuk memburukkan imej DS Anwar khususnya, dan PKR amnya semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Langkah Zahrain mudah dibaca kerana semua orang tahu punca mengapa Zahrain menjadi `katak' dan mengapa beliau terlalu berdendam dengan Anwar.

Apabila Zahrain katak ini membuka cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada berbincang dengan Ku Li untuk melantik Ku Li sebagai pengganti Anwar jika Ketua Pembangkang ini dipenjarakan, cerita yang dibawa oleh Zahrain katak ini langsung tiada nilai berita kerana Tuan Guru Nik Aziz telah menjawabnya secara terbuka dan dipetik oleh akhbar Sinar sebagai `Lawak Jenaka'. Sememangnya Zahrain katak suka membuat lawak bodoh dan lawaknya hanya laku di Utusan Meloya dan TV 3 suku sahaja.

Semalam, Zahrain katak buat sambungan lawak jenakanya lagi. Beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz buat kenyataan terbuka tentang isu tersebut. Baca di sini. Apakah Zahrain katak buta tidak membaca apa yang tersiar oleh akhbar? Jika Zahrain katak cuma `beriman' dengan Utusan Meloya, memanglah beliau tidak akan tahu sampai kiamat. Akhbar Sinar telah pun memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berkaitan isu tersebut dan kenyataan itu sudah pun dikira terbuka. Mahu terbuka bagaimana lagi, wahai zahrain katak?

Amat jelas, Zahrain katak merasa tertekan sekarang kerana segala tipu daya beliau mudah dapat dihidu dan paling memalukan ianya menjadi bahan lawak jenaka. Kita tunggu apakah lawak jenakanya selepas ini. Jangan terperanjat jika Zahrain katak akan mendakwa Anwar mahu Zahrain katak sendiri menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang. Ha ! Ha ! Ha ! /wfauzdin.blogspot.com