Sivarasa Rasiah |
Rabu, 3 Februari 2010
KES LIWAT DS ANWAR - SKRIP KONSPIRASI 2
YB KHALID MENJELASKAN KEADAAN, MARI KITA BERFIKIR
JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan
Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya. Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.
Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO. Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.
Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.
Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.
Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:
1. PERTUDUHAN PERTAMA
“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.
Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:
a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.
b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.
c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.
d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.
2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.
Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:
a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?
b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.
Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim. Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.
Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR. Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.
Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya. Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.
Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.
Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti. Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.
Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.
WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
Selasa, 2 Februari 2010
RINTIHAN NURUL IZZAH, TERIMA KASIH TOK GURU NIK AZIZ

Nurul Izzah Anwar |
Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini. Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara. Sewaktu kes dibicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA! Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian. Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes. Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan. Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan? Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain. Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul Am PAS, YAB Menteri Besar Negeri Kelantan, Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi tadi – hadir bersama, menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan./Harakahdaily |
Ayuh pemuda! Bangun tentang kezaliman

Abdullah yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pahang menjelaskan bahawa aduan-aduan yang dihantar kepada Lembaga Disiplin PAS itu dilakukannya sejak lebih kurang dua bulan yang lalu.
Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Mustafa bahawa aduan-aduan tersebut baru dihantar kepada pihak berwajib beberapa hari lalu.
“Tapi sebenarnya saya dah hantar kepada Jawatankuasa tatatertib (Disiplin) lebih kurang dua bulan yang lalu lagi,” jelasnya lagi di sini
Itu penangan daripada Exco Pemuda Pas Pusat yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pahang Abdullah Abdul Karim.Lihat pula penangan Ketua Pemuda PAS Gopeng , Haris Alumuddin , sila [Klik Sini] atau kat sini
Mana lagi Pemuda-pemuda PAS yang lain? Takkanlah hanya mereka berdua ini sahaja yang ada telog? Saya mengucapkan syabas kepada mereka berdua ini kerana beranai menyatakan yang benar bagi menyanggak kezaliman dan ketidak adilan ini.Kita mahu yang lain juga bangkit menyatakan pandangfan mereka dengan berani.Ayuh pemuda..bangunlah kamu menentang kezaliman! / end
DPPK Gopeng: SIASAT KENYATAAN ABDULLAH ABDUL KARIM
Saya menyatakan bahawa kenyataan tersebut bukan sahaja menyanggah kredibiliti Ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS, malahan secara langsung menyentuh kewibaan proses pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa tersebut oleh PAS Pusat dan seharusnya menerima respon segera oleh PAS Pusat.
Saya juga menyatakan bahawa satu siasatan segera harus diambil bagi menyiasat dakwaan beliau dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada hasil siasatan. Saya juga mengharapkan agar siasatan tersebut bukan sahaja menjurus kepada kritikan terbuka Abdullah terhadap keputusan Lembaga Tatatertib, tetapi juga kepada kenyataan beliau yang mengatakan laporan beliau yang tidak mendapat perhatian dari Jawatankuasa Tatatertib.
Saya menyatakan bahawa isu besar dalam kenyataan tersebut adalah berkenaan laporan beliau yang gagal mendapat perhatian dari PAS Pusat walaupun kandungan laporan tersebut adalah cukup serius lantaran kandungannya yang menyentuh mengenai konspirasi di kalangan ahli PAS untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Jawatankuasa Tatatertib PAS harus menyedari bahawa keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan dengan adil, tetapi yang paling penting dilihat adil. Kenyataan-kenyataan yang mengkritik keputusan Jawatankuasa Tatatertib harus diberi perhatian dan diperhalusi bagi mempastikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib tidak dilihat berat sebelah dan tidak adil.
Saya juga merasa hairan kenapa Jawatankuasa Tatatertib PAS beria-ia mengambil tindakan terhadap YB Khalid Samad, pada masa sama gagal untuk menyiasat kenyataan terbuka mantan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang menyatakan bahawa terdapat arahan dari pimpinan atasan untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan umno selepas keputusan pilihanraya 2008 diumumkan. Bukankah kenyataan tersebut lebih serius dari kenyataan YB Khalid tambahan pula dibuat pada muktamar PAS.
Yang benar,
HARIS ALIMUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng
Sumber: Pinkturtle2.wordpress
AKUILAH HAKIKAT, RAMAI TERKEJUT DENGAN KEPUTUSAN INI
'Ramai terkejut keputusan PAS gantung Khalid' | ||
|
![]() |
"Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Shah Alam dan pesuruhjaya PAS Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam.
"Dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan," kata dewan itu.
Jumaat lalu,
![]() |
Sehubungan itu, jawatankuas itu menggantung jawatan Khalid sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik parti selama enam bulan.
Sementara Hasan pula hanya diberikan amaran bertulis. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.
'Khalid sepatutnya dianggap hero'
Dalam satu kenyataan hari ini, dewan itu menyeru supaya keputusan itu dijadikan pengajaran dan tidak dibesar-besarkan kerana PAS "masih belajar cara menguruskan kemenangam" dan "memahami rentak".
![]() |
Sementara itu, seorang exco Pemuda PAS Abdullah Karim berpendapat, keputusan jawatankuasa disiplin pada 29 Januari lalu tidak boleh diterima dan menghantar isyarat yang salah terhadap rakyat Malaysia.
"Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Selangor hanya diberi amaran sahaja.
"Saya rasa hukuman terhadap Hasan hanya sekadar wayang untuk 'membersihkannya' dan pada masa yang sama Khalid terus dimangsakan."
Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda Pahang berkata, Khalid yang sepatutnya dianggap 'hero' mempertahankan Pakatan telah diheret dan "menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan dalam PAS".
Sementara itu, pemangku YDP PAS Shah Alam, Azli Yusof berkata, pihaknya akan terus mendokong kepimpinan Khalid "memperjuangkan kesyumulan dan keadilan Islam" dan "memberikan khidmat terbaik dan berterusan kepada masyarakat".
"Tambahan pula, Khalid boleh meneruskan tugas biasa beliau sebagai seorang ahli parlimen yang tidak akan terhalang dengan keputusan itu.
"Penggantungan Khalid tidak akan menjejaskan perjalanan kerja dan kedudukan PAS Shah Alam kerana selama ini, PAS kawasan ini digerakkan secara berjamaah, sebagai sebuah organisasi," kata dalam satu kenyataan hari ini./Malaysiakini
Isnin, 1 Februari 2010
INI JAWAPAN GUAN ENG TERHADAP TUDUHAN ZAHRAIN
Monday, February 01, 2010
Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.
“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.
“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian Kerajaan melalui internet.
Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.
Rabu lalu bekas Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang Diktator, Cauvanis dan berfikiran Komunis.
Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni UMNO untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.
Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni UMNO dan mereka dari luar Pulau Pinang.
Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.
Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.
Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.
“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu Kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.
“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.
“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.
Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.
Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.
Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.
Sumber - Malaysian Insider