JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 2 Mac 2010

TAK DAPAT JADI CEO, KELUAR PARTI

Salehuddin marah kerana tak dapat jadi CEO
Syed Husin Ali

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan anggota parlimen yang keluar parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua adun dan MP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan Umno menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada PKR selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai setiausaha pengelola dan tiga lagi sebagai setiausaha agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi MP akan keluar PKR. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.


Penulis adalah Timbalan Presiden, PKR
Sumber: Malaysiakini

KUMPULAN MARHABAN WANITA UMNO BERGAMBAR DENGAN YAB NIZAR

Monday, March 1, 2010

Jika dulu YB Hamidah Osman cukup bangga dengan kumpulan Marhaban ini. Kumpulan Marhaban Wanita UMNO Kg. Pisang dari Batu Gajah. Nampaknya usaha pencacai untuk memburukan Nizar dimata ahli dan penyokongnya ter-BARAI !

Masakan tidak, dalam usaha berterusan Umno yang didokongi oleh YB Hamidah Osman itu, terus memburuk-burukkan Nizar sekaligus melabel Nizar sebagai 'tunggangan' DAP, akhirnya Wanita Umno di Kg. Pisang tidak mudah termakan hasut cela si Midah. Buktinya ketika kunjungan Nizar ke kawasan itu, kumpulan Marhaban itu meminta agar dapat DS Nizar begambar bersama mereka. Lihat foto diatas.

Apa macam sekarang ! Tentu liur Midah makin pahit. Geng Wanita Umno dah kantoikan dia..! Dalam hati Midah, tak walaq langsung Wanita Umno ni..!

Depan aku, puji dan sokong aku. Belakang aku..kau sokong Pakatan Rakyat.., ciss..!!". Itu tamparan buat Midah. 'Tamparan Wanita untuk wanita'. (baca : Wanita Umno) Kah..kah..kah ! Maka benarlah, apabila MB itu disukai rakyat, dan dihormati maka dia akan dihormati oleh kawan dan lawan. Bukan seperti Umno, dan si kudetanya. Jangan ada yang keluar kahak bila terserempak dengan Midah dan Zamri sudah..!

Kes ini memang kes kantoi yang Midah tak mau tengok. Tapi nak buat macamana kan Midah..! Kadang-kadang tidak selalu pipi kita akan licin selamanya, sekali sekala 'panau' akan datang jua..!! Menempek ke wajah kita. Ketika itu, memang kita rasa ber'panau'.

Jangan ada yang kata, wak 'photoshop'kan foto ni pulak. Namun kena terima hakikat bahawa, Umno sudah mula meluat dengan kudeta dan Midah.

Memang patut pun, kisahnya Umno Perak dah pecah kepada 3 ada benarnya. Kisah geng 3 stooges tu nanti wak paparkan diposting akan datang.

Isnin, 1 Mac 2010

Anwar: Saya tak akan kembali ke penjara


Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Mac 1, 10


Menghadapi perbicaraan kes liwat kali kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau tidak akan berjaya diheret merengkok dalam penjara lagi.

"Sekarang ini, program-program di Pulau Pinang, Kedah dan Perak, semua berjalan tanpa saya. Dan saya tidak akan masuk penjara.

"Tiada sebab untuk mereka menghantar saya kembali ke penjara. Atas alasan apa?” katanya ketika ditanya kemungkinan keputusan mahkamah tidak memihak padanya.

Selepas sepuluh tahun, Anwar kini sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perbicaraan kes yang dianggap berprofil tinggi itu mendapat perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara. Keputusannya nanti juga akan dianggap bakal menentukan karier politiknya dan masa depan pakatan pembangkang.

Dalam wawancara ekslusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar turut ditanya tentang asas kenyakinannya itu sedangkan beliau dalam masa yang sama mendakwa terdapat 'konpisrasi' bagi menjatuhkannya.

“Saya tidak tahu tentang memenangi kes, tetapi mereka tidak dapat mendakwa tanpa mengadakan bukti perubatan.

"Jika mereka memutuskan meneruskannya tanpanya, ia akan menjadi tidak mudah (bagi mereka),” jawab Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, parti itu dan gabungan pembangkang akan terus bertahan kalaupun beliau terpaksa menghabiskan karier politiknya di sebalik gerigi besi.

“Sudah tentu orang bercakap tentangnya (kelangsungan parti). Tetapi saya terpinggir (dalam penjara) selama enam tahun dan semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.

Anwar juga berkata, walaupun menjadi tokoh utama dalam PKR dan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan pembangkang masih dapat mengumpulkan sokongan dalam program-programnya.

"Tetapi kadangkala mereka mahu tarik sokongan lebih ramai, jadi OK, saya boleh lakukannya,” katanya sambil ketawa kecil.

Ketika diwawancara selama kira-kira satu setengah jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar turut mengulas mengenai perbezaan antara gaya pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau turut menyentuh tentang peranan isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang sebelum ini dilaporkan menafikan menjadi 'tangan ghaib' kepada perdana menteri./Malaysiakini

ISU FITNAH LIWAT - ULAMAK MUKTABAR AKAN KE MALAYSIA KELUARKAN FATWA

PERMATANG PAUH- Sambutan lebih 10,000 di kapung Guar Jering terhadap DSAI makin mengejutkan.Penganalisis politik menyatakan bahawa semakin banyak tekaman terhadap beliau semakin ramai yang ingin menyambut beliau di mana sahaja beliau hadir.

DSAI menyatakan bahawa Dr Yusoff Qardawi ,ulama besar Qatar yang ketua ulama islam sedunia akan datang ke Kuala Lumpur pada bulan ini untuk mengeluarkan fatwa selama 12 minit untuk seluruh umat islam di Malayisa kerana sesiapa yang membuat fitnah adalah kerja orang munafik dan orang fasiq. Majlis ini akan dilancarkan di Kuala Lumpur dengan pesanan khas Yusof Qardawi, sementara di pasentren wali sogo, sunan ampel wali ke 9 juga telah membuat solat hajat khas di mana hampir 12,000 orang yang hadir. Ini dihadiri oleh Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar.

Manakala di Kerala India pula Sheikh Abdul Rahman bersama 10,000 pengikutnya bersembahyang khas dan meinta saya juga berdoa di rumah bersama-sama mereka. "Umno mencerca orang tanpa ada adap" "Kalau betul nak ada roh islam, kita tak dapat lawan PAS, cuma bila kalah di Pulau Pinang, mereka (umno) cuba pula untuk menunjukkan mereka lebih islam. Kita faham dan sekarang Azizah juga di cerca, adakah sampai macam inikah kerja mereka.Jika ada mana-mana sahaja pihak yang mahu menyertai Umno , maka kita mencerca dan akhirnya sampai negeri pula tidak dapat dijaga. "Menteri pula yang sanggup menipu dengan harga jet pejuang, begitu juga dengan harga kapal selam, dan sampai berlakunya pembunuhan Altantunya. Ini saya bercakap di parlimen. Negara apakah kita ini" demkian jelas Anwar lagi. "Janganlah menjual maruah dan diperbodohkan oleh menteri. Ekonomi negara jatuh dan yang kita menang dengan Burma, malah kita jatuh dengan Indonesia,Vietnam,Thailand, kita kalah. Ini nak jadi apa kah negara kita ini" Beliau kemudian bertolak ke Kedah untuk berceramah di sana.

http://wrlr.blogspot.com/2010/02/10000-mendengar-amat-anwar-di-kampung.html

GUGURKAN TUDUHAN LIWAT - SU POLITIK TOK GURU NIK AZIZ

Wan Nik Wan Yussof
Kesan daripada perjalanan perbicaraan pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah muncul suara sepakat mendesak pendakwaan itu digugurkan. Siri perbicaraan itu sebenarnya telah membongkar nilai kehakiman yang bermotif politik dan tersasarkan daripada lunas keadilan sejagat.

Setelah Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu membuat keputusan muktamad menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan semua dokumen penting pendakwaan ke atasnya membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, maka beberapa urutan perbicaraan mahkamah telah diteruskan. Sehinggalah berlaku pula permohonannya untuk menggugurkan tuduhan Mohd Saiful ke atas Anwar di Mahkamah Rayuan. Sebelumnya, pihak Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan menolak permohonan Anwar.

Setakat ini mahkamah telah tidak melayan permohonan Anwar atas tiga isu penting: minta mendapatkan akses dokumen pertuduhan ke atasnya, minta supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya, dan permohonan digugurkan pertuduhan ke atasnya.

Sehubungan itu, permohonannya supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya yang difailkan pada 8 Februari akan didengar pada 25 Mac nanti. Anwar juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari yang telah menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan terhadapnya. Sementara tarikh perbicaraan rayuan itu belum ditetapkan.

Sepakat

Ekoran daripada itu, berlakulah beberapa desakan demi desakan beberapa pihak agar kerajaan dapat menggugurkan pertuduhan kali kedua yang tidak munasabah ke atas Anwar itu. Senarai pihak yang mendesak itu antaranya ialah ahli parlimen Australia, presiden PAS, menteri besar Kelantan, ahli senat Amerika Syarikat, bekas perdana menteri Kanada, penasihat seumur hidup DAP dan ulama dunia terkenal.

Ahli parlimen

Antara yang awal adalah 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michel Danby menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Datuk Salman Ahmad agar Kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad.

Surat itu berbunyi antara lainnya, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.

“Ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.

Ahli senat

Ia kemudian disusuli kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry yang menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.

“Menggesa kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan perundangan yang sewajarnya, yang beliau berhak peroleh selaku seorang Ahli Parlimen dan seorang rakyat dan untuk menyelesaikan kesnya dalam cara yang boleh membina keyakinan dari segi ia tidak memihak dan kewibawaan sistem kehakiman Malaysia."

Bekas perdana menteri

Kemudian, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin dalam The Globe and Mail turut mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pendakwaan ke atas Anwar.

Menurutnya, jika Malaysia mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik itu digugurkan.

“Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya.”

Presiden PAS

Sehubungan dengan kritikan pihak luar terhadap perbicaraan Anwar berkaitan tuduhan Mohd Saiful itu, terutamanya oleh pihak 50 ahli parlimen Australia, maka bagi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melihat sebagai ketempangan sistem kehakiman negara sehingga pihak luar mempersoalkan tuduhan dan pendakwaan ke atas Anwar.

Maka Presiden PAS memakai pertimbangan rasional dengan maksud, sekiranya kehakiman itu menepati nilai keadilan sebenar tidak mungkin pihak luar akan menegur amalan sistem keadilan di Malaysia.

Dua era kezaliman

Justeru itu, memahami konteks maklum balas tersebut, Anwar semacam berdepan dengan dua era kezaliman ke atasnya. Apabila dinilai kepada kehakiman yang pernah dilalui ketika era Dr. Mahathir kerana dituduh dengan pertuduhan yang sama seperti sekarang, pada akhirnya Anwar telah dibebaskan. Maka, pertuduhan ketika itu adalah sengaja dibuat dengan kerana motif politik.

Kini era Mohd Najib, tidak mustahil pertuduhan ke atas Anwar diulangi lagi. Memetik kata-kata John Kerry, tuduhan ke atas Anwar itu bermotifkan politik itu, maka wajarlah ia digugurkan.

Bersama meragui

Langsung, motif sebenar ahli parlimen Australia, John Kerry dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah manifestasi fakta yang secara bersama meragui realiti keadilan dalam kehakiman di Malaysia. Betapa, seluruh pihak di dunia dapat melayari kenangan apabila undang-undang jakun seperti Akta Keselamatan Negeri yang menangkap dan menahan ‘mangsa’ tanpa bicara adalah masih utuh dipakai sehingga ke hari ini.

Ditambah lagi dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak yang membelakangkan semangat perlembagaan dan suara demokrasi rakyat. Dikemaskan lagi dengan amalan fahaman jakun yang menepikan perjanjian tatkala menolak pembayaran lima peratus “cash payment” (royalti) hasil minyak di Terengganu dan Kelantan.

Selain daripada, banyak cerita yang masyhur mengenai kes-kes kehakiman yang tertangguh dan pendakwaan terpilih atas salah laku jenayah yang melibatkan individu berprofil VIP. Di samping turut tersebar banyak fitnah bahawa berlaku ‘campur tangan politik’ di dalam proses kehakiman di negara ini.

Menteri besar

Di atas nilai yang sedemikian, Mursyidul Am PAS juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut tidak bersetuju dengan sistem kehakiman di negara ini yang dianggap tidak dapat mencerminkan keadilan sebenar apabila melayan tuduhan yang tidak masuk akal ke atas Anwar yang dibicarakan secara terbuka sehingga membuka aib orang kepada umum.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menegaskan, “apabila orang Australia pun turut sama membuat bantahan, ini bermakna mereka pun terasa dakwaan itu adalah karut.”

Penasihat seumur hidup

Menarik lagi, apabila ‘orang lama’ yang juga penasihat seumur hidup DAP, Dr. Chan Man Hin seperti mana dilaporkan Harakah turut menuntut agar pihak kerajaan menggugurkan segera dakwaan ke atas Anwar.

Baginya, kesan perbicaraan ke atas Anwar akan menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi negara berikutan pihak dunia luar akan mengenakan sekatan ke atas Malaysia seperti mana berlaku di Myanmar, apabila negara itu menahan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi.

“Anwar boleh menjadi seorang lagi Aung San Suu Kyi kerana Anwar dilihat ancaman kepada Najib.”

Pandangan Dr. Chan itu dilihat menjurus kepada perspektif global yang turut mendedahkan wujudnya kesedaran komuniti antarabangsa tentang hakikat pendakwaan ke atas Anwar itu sebagai tindakan mengelakkan Anwar menjadi pencabar Najib sebagai Perdana Menteri.

Ulama dunia terkenal

Turut menggegarkan pelaksanaan kehakiman Malaysia dalam konteks pendakwaan ke atas Anwar ialah ulama dunia terkenal, Tokoh Maal Hijrah Malaysia bagi tahun 1431 Hijri, Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Pihak Syeikh Dr. Yusof menggesa kerajaan menimbang untuk menggugurkan pendakwaan ke atas Anwar kerana ia akan menjejaskan nama baik Malaysia di kalangan dunia Islam.

Apatah lagi, pendakwaan itu dibuat dengan penuh keraguan, dan sekiranya wujud keperluan pendakwaan itu, ia hendaklah dilakukan di mahkamah syariah bukannnya mahkamah sivil. Sewajarnya, kehakiman negara ini dapat memberi keadilan kepada Anwar yang berdepan dengan pendakwaan itu.

Serius

Apa pun, pihak kerajaan hendaklah memandang serius atas nilai-nilai keadilan dan ketelusan sistem kehakiman di negara ini. Atas pendakwaan melibatkan Anwar ini terbukti telah wujud suara pemimpin utama dari dalam dan luar negara yang menggesa supaya ia digugurkan. Bermula dengan desakan pemimpin luar (ahli parlimen Australia, ahli senat Amerika Syarikat dan bekas Perdana Menteri Kanada serta Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi) dan pemimpin dalam negeri (Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr. Chan Man Hin) menjadikan kes pendakwaan ke atas Anwar kali kedua ini sebagai fokus antarabangsa.

Sehubungan itu, atas nilai kesejagatan keadilan, Anwar sewajarnya menerima pengadilan yang telus dan adil serta berteraskan syariah. Di sini relevan dan rasionalnya gesaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, dan Dr. Yusof al-Qaradhawi. Maka, ia harus diambil kira demi menyelamatkan maruah negara daripada amalan kehakiman yang rakus dan di luar konteks keadilan.

Sesungguhnya, Tuhan Yang Esa adalah Maha Adil kepada sekalian hamba-Nya.

Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik

Menteri Besar Kelantan.

Sumber: Harakahdaily

DUTA ASING HADIRI RUMAH TERBUKA PKR, ANWAR MINTA UMNO BERDEMONTRASI

Dari TV Selangor
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.

Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.

“Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.

“Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.

“…jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita,” katanya.

Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.

Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.

“Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia.”Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak,” katanya.

Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

PILIHANRAYA DI PERAK, BN NAFI LAGI

Tiada pilihan raya mengejut di Perak
Feb 28, 10
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

ahmad husni hanadzlahBeliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.

Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.

"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.

"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di Tapah hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

zambry perak state pc 130509 01Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.

Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.

- Bernama