JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 2 Julai 2010

USAHA BERTERUSAN JATUHKAN KERAJAAN PR SELANGOR

'BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'
Joseph Sipalan
Jul 2, 10


Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut./Malaysiakini

KENYATAAN MAHFUZ TERHADAP ISU ANWAR SOKONG YAHUDI

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kiri) yang dihubungi kemudian pula mempersoalkan status Washington Post di sebalik konflik yang menjerut leher politik Anwar, Ketua Umum PKR.

"Anwar sudah jelaskan bahawa dia tidak mohon maaf pada Yahudi, tetapi akhbar-akhbar ini terus menyerang dia padahal dia beberapa hari di sebuah negara (Amerika Syarikat) yang nyata sokong Yahudi.

"Sepatutnya Anwar perlu dilayan istimewa seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita sebelum ini yang dapat petunjuk APCO Yahudi untuk menyokong dasar luas Amerika terhadap status negara haram Israel," katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelobi Yahudi di Rumah Putih serta propagandis dalam Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) bertanggungjawab dalam membunuh karektor Anwar di peringkat antarabangsa sejak beberapa bulan lalu.

Dari kemungkinan itu juga, beliau berkata, sekaligus menyerlahkan lagi peranan APCO dalam menggunakan media arus perdana tempatan untuk mengenakan Anwar.

"Kalau sudah Washington Post pun mungkin didalangi oleh agen-agen mereka, tak mustahil beberapa media tempatan (pro) Umno ini pun terbabit kerana APCO adalah tempat mereka (kerajaan) pohon petunjuk dari segi komunikasi," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyindir kepemimpinan tertentu dalam kerajaan.

"Petunjuk dari APCO ini nampaknya mujarab untuk Najib, dia dah guna kaedah Yahudi yang selalu kita tonton dalam televisyen untuk bunuh pemimpin pembangkang yang anti Yahudi.

"Inilah kejayaan, kalau tidak takkan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin) sendiri boleh percaya dengan berita antarabangsa itu (Washington Post) untuk bunuh mana-mana pemimpin pembangkang yang dilihat anti Yahudi (dan) anti-perkauman di negara ini," jelasnya.

Melihat pada jalur permainan media di peringkat antarabangsa dan tempatan terbabit dalam membunuh karektor Anwar, beliau berkata, agen Yahudi serta agen APCO terbabit mungkin berminat untuk membantu Umno menghadapi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kalau dah begini kaedah Yahudi APCO bekerja di peringkat antarabangsa, tak mustahil mereka ini berminat untuk bantu Umno BN membuat kejutan dalam pilihan raya umum depan ini," jelasnya./Harakahdaily

APABILA AKHBAR WASHINGTON POST MENGAJAR UMNO

PKR: Anwar mangsa lobi Zionis

Jimadie Shah Othman
Jul 1, 10


Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu bukanlah untuk 'memujuk' Yahudi, sebaliknya bagi menyampaikan ucapan berhubung Islam dan demokrasi di Asia Tenggara, kata ketua penerangan PKR.

Latheefa Koya (kiri) berkata perkara itu telah dijelaskan kepada pemimpin parti itu dalam mesyuarat majlis pimpinan pusatnya di Shah Alam Ahad lalu.

"Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa ketua umum PKR itu berkunjung ke luar negara bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia.

Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American'

"Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis."

Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, mereka American (orang Amerika)," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya.

Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan:

"Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal."/Malaysiakini

ISU FELDA - MEREKA SILAP PARTI MAHU UGUT

Suara Keadilan disaman RM200 juta, PKR tak layan
Hazlan Zakaria
Jul 1, 10


Felda hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.

Timbalan Ment
eri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata notis tuntutan saman fitnah itu sudah dihantar kepada PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak, hari ini.

“Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi kerosakan reputasi ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilan dalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk 'Felda Bankrap',” katanya.

Notis tuntutan itu difailkan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

"Pihak berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda," katanya.

PKR tak layan

Sementara itu, naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata parti itu tidak akan melayan tuntutan RM200 juta berkenaan dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.

Menurut Sivarasa, pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.

"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah," katanya yang juga ahli parlimen Subang, di lobi Parlimen hari ini.

"Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi Felda terhadap PKR dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.

"Berhubung perkataan 'bankrap', maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda," katanya./Malaysiakini

Khamis, 1 Julai 2010

SAMADA AZMIN ATAU KHALID, KEDUA-DUANYA UMNO TAKUT

Oleh: WFAUZDIN NS

APA yang dikecohkan oleh media pencacai pro Umno sekarang adalah berkenaan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR. Kununnya YB Azmin mahu merampas kuasa MB Selangor dari YB Khalid. Apabila YB Azmin dilantik pula menerajui PKR di Selangor menggantikan YB Khalid, maka bertambah seronok pula segala jenis pencacai di dalam Umno.

Paling melucukan juga, yang berada di luar Umno kununnya Bebas pun terikut dengan komen-komen dungu dari puak-puak Umno. Mereka beranggapan tanpa kuasa sebagai pemimpin politik di Selangor, maka YB Khalid tidak layak menduduki kerusi MB Selangor. Oleh kerana masing-masing berebut untuk mengampu Najib, maka mereka terlupa beberapa negeri di bawah BN juga serupa. Di Terengganu contohnya, siapa jadi MB dan siapa pula mengetuai Umno Terengganu? Di Perlis pula bagaimana? Usah diceritalah negeri-negeri lain yang mereka tidak kuasai seperti di Kedah dan Selangor. Di Kedah, orang seberang laut mengetuai Umno Kedah. Dengar loghat bahasa pun sudah macam itik dengan ayam. Di Selangor, tiba-tiba anak jati Pahang pula mengetuai Umno Selangor. Pencacai lupa semua itu, termasuklah TPM sendiri yang mengulas isu Selangor seperti ulasan budak tidak mengaji.

Sebenarnya, Umno amat takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor. Ini adalah kerana YB Azmin mempunyai kekuatan dan strategi politik yang bijak serta mampu memperkuatkan PKR khususnya di Selangor. Umno memang takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor, tapi mereka juga bimbang dengan kekuatan dan kebijaksanaan YB Khalid sebagai MB Selangor. Ini adalah kerana YB Khalid terkenal dengan sikap tegas, telus dan bijak selaku pentadbir. Buktinya, sudah banyak kali Selangor cuba diganggu dengan berbagai cerita, persepsi dan fitnah buruk, namun YB Khalid yang terkenal dengan sikap `cool'nya berjaya mengatasi mainan kotor puak mereka. Selaku penyokong PR, kita juga mungkin merasa `rambang mata' dengan ketokohan kedua-dua mereka ini.

Samada YB Khalid dikekalkan atau YB Azmin dilantik, Selangor tidak rugi sedikit pun. Dasar PR tetap tidak berubah dan sesiapa pun menjadi MB Selangor tetap akan mendahulukan rakyat. Dasar merakyatkan Selangor pada waktu ini amat baik dikekalkan. Mungkin jika berlaku perubahan di kerusi MB Selangor, yang berbeza cuma pendekatan untuk memantapkan lagi Selangor. Secara peribadi, saya berharap YB Khalid terus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya. YB Azmin lebih layak berada di peringkat lebih tinggi dari MB memandangkan pengalamannya di arena politik.

Penjelasan YB Azmin secara terbuka bersedia untuk mengosongkan kerusi Dun sekiranya parti membenarkannya bagi membuktikan bahawa beliau bukan gila kepada kerusi MB Selangor wajar dipuji. Manakala, pengakuan YB Khalid juga secara terbuka meminta agar YB Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor juga patut diberi penghargaan. Sokongan terbuka YB Azmin terhadap YB Khalid selaku MB Selangor tentunya memedihkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat kedua-dua pemimpin ini terus bertelagah hancur jua.

Nampaknya hasrat Umno di Selangor untuk menguburkan PKR khususnya dan PR amnya tidak mungkin kesampaian. Meskipun mereka diketuai oleh PM sebagai pemimpin di Selangor ditambah pula dengan adanya Senatak Ezam sesumpah, Umno akan terus gagal kerana rakyat di Selangor tahu membezakan antara mana satu parti yang suka menghisap darah rakyat./wfauzdin.blogspot.com

PENASIHAT 20 PERSEN GEMBIRA ULAMAK BERDUYUN MASUK UMNO

SIAPAKAH yang mengiktiraf mereka yang tidak sampai 40 orang memasuki Umno baru-baru ini adalah Ulamak? Apa yang dimaksudkan dengan Ulamak sebagai pewaris Nabi itu dan siapakah Ulamak yang dimaksudkan oleh Nabi yang masuk dahulu ke dalam Neraka? Mahu tahu siapakah Ulamak sebenarnya kita kenalah merujuk kepada Al-Quran dan Hadith. Jangan merujuk kepada kitab Apco atau Yahudi.

Penasihat agama `20 persen' (bukan Kassim Patolan dalam cerita Tiga Abdul) kepada Najib menyebutnya di sini bahawa PAS perlu memikir mengapa golongan Ulamak menjauhi PAS dan memilih Umno. Anda semua tentu tertanya-tanya di dalam Umno sekarang siapakah yang terdiri daripada para Alim Ulamak? Dan, jika benarlah memang ada golongan itu di manakah kedudukan mereka di dalam Umno? Tukang baca doa makan, tahlil, doa selepas Mesyuarat Agung Umno atau membaca doa di dalam majlis-majlis tertentu itukah Ulamak?

Jika benar terlalu ramai Ulamak sudah menyertai Umno, mustahil negara kita masih diperintah secara sekular. Mustahil negara ini mempunyai Pusat Judi terbesar di Genting dan mungkin Najib tidak berani berangan untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama wujud semenjak dikatakan Ulamak semakin melambak di dalam Umno. Habis tu, Ulamak yang berduyun-duyun tu buat apa? Jadi tukang kipas sajakah? Oleh kerana kerajaan pusat banyak mendirikan masjid dan madrasah dan menganjurkan Tilawah Al-Quran itu menunjukkan kerja yang Ulamak-Ulamak berkenaan lakukan? Kalau begitu mudah benar mahu jadi pewaris Nabi.

Mana ada Ulamak yang berani bersuara di dalam Umno? Ulamak sepatutnya mesti berani menegur pemerintah. Yang ada di dalam Umno, usahkan mahu menegur pemerintah, mahu berdebat secara ilmiah dengan pihak lain pun kecut perut. Kenapa mereka takut berdebat dengan PAS yang dikatakannya sebagai parti yang tiada Ulamak yang ramai itu? Takut itu menandakan salah, dan mereka tahu mereka bersalah sebenarnya. Mereka tahu mereka berada di dalam parti yang tidak pernah mahukan Islam sebagai dasar pemerintahan. Tetapi mengapa mereka masih berada di situ? Jawapannya adalah kerana untuk menunjukkan kata-kata Nabi itu benar bahawa terdapat golongan Ulamak yang akan memasuki Neraka terlebih dahulu.

Apabila melihat kepada sejarah Umno, barang siapa yang mahu kepada Islam sudah pasti tidak akan lama berada di dalam Umno. Tetapi jika sekadar mahu mencari makan, mereka boleh terus berada di dalam Umno. Itu pun belum tentu dapat makan banyak. Cuba lihat beberapa golongan seumpama bekas Imam Besar Masjid Negara Firdaus dan Nakhaie. Bukan sedikit ilmu mereka, tetapi hilang sekelip mata dengan hanya sehelai bahu batik dan songkok jitam. Yang tidak pernah berkasar menjadi samseng dengan menyepak tong undi bila kalah pilihanraya. /mandor.blogspot.com

`KATAK' BAYAN BARU KENA `SMASH' OLEH ZAID IBRAHIM

Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah

Jun 30, 10


Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.

“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.


“Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu.

“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.

“Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham,” kata Zaid.

Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.

“Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri,” katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR.


Seminar itu anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi.

“Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” katanya./Malaysiakini