JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 8 Februari 2015

HJ HADI FOKUS HARI INI....MENGAPA?

Esok bagi sesetengah mereka yang menaruh harapan tinggi kepada kelangsungan kerjasama tiga buah parti pembangkang menerusi Pakatan Rakyat mengharap mesyuarat Majlis Pakatan yang dijangka dijudualkan diadakan esok berjalan lancar dan mencapai tujuan diharapkan.

Paling diharapkan mesyuarat itu sempurna dengan dihadiri presiden ketiga-tiga parti pakatan berkenaan; PKR, DAP dan Pas. Katanya sudah hampir setahun mesyuarat majlis pakatan tidak dapat diadakan secara "ideal" apabila presiden Pas Abdul Hadi Awang sering kali absen dengan berbagai sebab dan alasan.

Untuk esok katanya presiden parti agama itu akan hadir. Jaminan untuk beliau hadir diberikan oleh sekurang-kurang dua pemimpin tertinggi parti Pas, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Mustapa Ali.

Kata Mustapa Ali, Abdul Hadi akan hadir manakala Mohamad Sabu pula berseloka memberi jaminan kehadiran Abdul Hadi itu sebab Abdul Hadi orang Islam. Ertinya jaminan Mohamad yang Hadi akan hadir kerana beliau amanah dan akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sesuai dengan kepercayaan ajaran agamanya.

Manakala Lim Guan Eng pula awal-awal membayangkan yang mesyuarat esok mungkin tanpa kehadiran Abdul Hadi. Beliau sudah memberi kata dua sekiranya Hadi tidak hadir dia juga tidak akan tidak hadir. Iya, untuk apa beliau hadir atau mesyuarat itu diadakan kalau keputusannya tidak dicapai dengan bulat? Ia membuang masa sahaja disamping memberi model kepada media PB.

Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang bersangka baik dengan Abdul Hadi akan hadir kerana baginya mesyuarat esok penting bagi merangka masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjara. Anwar nampaknya masih belum serit dengan "politik renyok" Abdul Hadi dan terus mengharap sufaat Abdul Hadi bagi menghidupkan Pakatan Rakyat. Naif sangatkah Anwar kini?

Sebelum ini sudah berlaku kesongsangan dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Keputusan yang dicapai mesyuarat itu tidak diakur atau pun dilanggar oleh Abdul Hadi sesuka hatinya. Misalnya dia menyerahkan kepada Mohamad Sabu sebagai mewakilinya dan apabila keputusan dibuat beliau menyanggah begitu sahaja. Beliau boleh menolak keputusan yang tidak dihadirnya seratus peratus.

Kes paling klasik ialah berhubung keputusan dicapai dalam majlis Pakatan Rakyat untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mesyuarat sudah sepakat dengan pelan itu. Tetapi malangnya keputusan itu "dirogol" oleh Abdul Hadi dengan tindakannya mahu mengekalkan Khalid sebagai MB. Beliau tidak ada rasa malu untuk membelakang keputusan sebuah majlis.

Tidak cukup itu apa lebih trajis lagi semasa majlis Pakatan Rakyat bermesyuarat membincangkan hal untuk mengganti Khalid dia pula diam-diam berjumpa dengan Khalid Ibrahim dan memberi alasan kenapa dia tidak hadir kerana kononnya tidak ada dalam negeri? Apa lagi tindakan ini kalau tidak boleh dikatakan munafik?

Berdasarkan senario dan kesongsangan itulah mungkin menyebabkan Guan Eng membuat pendirian awal tidak guna hadir mesyuarat majlis Pakatan Rakyat dijadualkan esok sekiranya Abdul Hadi tidak hadir kerana kalaupun mesyuarat itu mencapai konsensus baik sekali pun tetapi ia akan dicabar dan dinafikan oleh Hadi selepas itu.

Katakan esok Abdul Hadi membuang tabiat akan hadir ke mesyuarat berkenaan. Mungkin malam ini ada "wahyu" baru turun dan diterimanya dan dia akan hadir seperti biasa.  Tetapi percayalah kehadiran beliau itu tidak merubah keadaan yang ada hari ini; bahawa sikap acuh tidak acuhnya dan pendirian tidak istiqamahnya kepada Pakatan Rakyat akan berterusan. Dia akan terus menjadi bandut dalam politik Pakatan Rakyat bagi menghibur hati pihak musuh pakatan itu.

Apa yang sudah ternyata hari ini daripada sikap, penerimaan dan ulasan-ulasannya, secara peribadi Abdul Hadi sudah tidak dapat duduk bersama, bukan hanya dengan DAP saja tetapi dengan Anwar Ibrahim juga. Tidak perlu diluruhkan bukti-bukti menunjukkan kejengkilan beliau kepada Anwar dan DAP. Hari ini yang menjadi "hidung tidak mancung dan pipi terjolor" kepada Pas dan Hadi ialah dipihak Anwar. Ada kalanya sikap Anwar ini merendahkan martabatnya sebagai politician ampuh.

Seperti yang saya catatkan dalam posting di bawah itu, sesiapa tidak dapat melindungi yang kononnya Pakatan Rakyat tidak ada masalah, dan masalah dihadapinya berpotensi untuk berpecah. Sesaiapa yang cuba menafikan ianya samalah dengan aktiviti Pak Pandir yang menyembunyikan guni garamnya dalam air itu.

Anwar sendiri mengakui perbalahan dalam Pakatan Rakyat bahaya dan ia perlu ditangani sekiranya pakatan itu mahu terus hidup dan memberi cabaran kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Ditegaskan kehadiran Abdul Hadi esok (kalau hadir) dalam mesayuarat itu ia tidak membawa perubahan dan kemajuan. Kalau pun dia hadir, ia lebih kepada satu kehadiran untuk beliau menyatakan pendirian tegasnya dan ia boleh menyerabutkan perut. Dan kalau dia hadir esok, kehadiran itu mungkin yang terakhir tidak lagi selepas ini.

Sikap Abdul Hadi terhadap konsensus dalam Pakatan Rakyat ini samalah dengan perangai seorang perempuan tua yang diceritakan dalam Quran yang kerjanya simpul tali kemudian rombak kemudian simpul semula kemudian rombak semula.

Dalam penglihatan saya jalan depan Hadi dengan Pakatan Rakyat sudah tertutup rapat dan gelap. Apa yang berkaca dan bersinar dalam matanya kini ialah bergabung dengan Umno. Sunah politik Allahyarham Mohd Asri Muda yang dikecam suatu masa dulu kini cuba dipraktikan dalam Pas. Hakikat ini hendaknya disedari. Adalah sia-sia mengajak Hadi untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat kerana secara hakikinya jiwa dan hatinya sudah kering untuk Pakatan Rakyat.

Hadir atau tidak esok, ia tidak membawa apa-apa makna kecualilah ia hanya akan menjadi isu sebagai menyambung persoalan sebelum ini mengenai sikap politik hadir yang pelik, tidak istiqamah dan adakalanya kebudak-budakan.

Sejujurnya eloklah para penasihat politik Abdul Hadi menyarankan kepada presiden Pas itu membuat kenyataan terbuka dan terus terang yang beliau sudah "tidak amboh" lagi kepada Pakatan Rakyat tanpa berselindung disebalik tindakan-tindakan politik persis "ombak dilaut sekejap naik sekejap turun" ataupun puyuh yang menyembunykin kepala tetapi ekor terjolor.

Hadi sendiri harus membuktikan kepada umum yang ahli Pas majoritinya masih bersama beliau. Carilah apa juga kaedah untuk mendapat kepercayaan dan sokongan itu. Tidak ada guna "mengelip" di sebalik tiang eletrik. Belajarlah menjadi seorang yang gentlemen yang menempati maksud dalam hadith atau firman yang selalu dibaca sejak berdekad lalu.

Jangan hanya tahu mengingatkan orang jangan cuba pecahkan kapal, sedangkan kita sendiri sedang mengemudikan kapal ke destinasi yang bertentangan dengan kehendak anak-anak kapal? Jujur dan beranilah sebelum kapal dipukul ribut dan karam. Dan para penasihat 20% jangan merobekkan maruah Hadi.

Selasa, 20 Januari 2015

ANWAR HENTAM DAIM MAKA ANWAR SOKONG NAJIB? ANWAR HENTAM 1 MDB PULA KITA NAK KATA ANWAR SOKONG SIAPA?

Anwar sedia bantu SPRM untuk siasat Daim.  Apakah Anwar sudah jadi geng Najib?  Itulah tuduhan geng-geng bengap.

Aku nak tanya, sebelum ini Anwar belasah Najib dan Rosmah, adakah Anwar geng Mahdey kutty?  Bila Anwar belasah Mahdey Kutty pula, Anwar geng Najib pula?  Tolong jawab puak-puak bengap sekelian.

Ada tuduhan bila Anwar hentam Daim, maka Anwar sudah mula berbaik dengan Najib.  Jika begitu, Anwar tidak perlu hentam Daim walaupun Anwar tahu Daim salah?  Boleh jawab geng-geng bengap?

Ini bukan masalah geng Najib atau geng Mahdey kutty.  Ini masalah penyelewengan atau rasuah.  Tak kira siapa tetap ditegur atau dikritik malah perlu dedahkan.  Jika pendedahan Anwar itu dianggap menguntungkan Najib, adakah pendedahan 1 MDB oleh Anwar sebelum ini juga menguntungkan Najib?  Maka, jangan jadi bodoh dan diperbodohkan.  Aku tengok geng-geng UG pun dah jadi bodoh dengan isu ini.


Ahad, 4 Januari 2015

PULANGKAN KEMBALI WANG ITU KERANA MEREKA TIDAK LAYAK MENERIMANYA?

Azmin bagitahu duit rakyat Selangor RM 2.6 juta yang diberikan oleh TSKI kepada bekas pegawai-pegawainya sebagai pampasan itu perlu dikembalikan semula.  Ini adalah kerana kaedah pemberian itu tidak betul, katanya.  

Aku setuju sangat kerana itu adalah duit rakyat.  Jika kaedahnya salah, maka wajib dipulangkan semula.  Jika kaedahnya betul sekalipun, adakah jumlah itu releven?  Ada bekas pegawai TSKI mendapat hampir setengah juta sebagai pampasan.  Relevenkah?

Persoalan lain, adakah pampasan itu patut diberikan jika mereka meletakkan jawatan?  Setahu aku mereka sendiri meletakkan jawatan sebaik saja TSKI ditamatkan perkhidmatanya sebagai MB.  Layakkah menerima pampasan?

Kepada mereka yang telah menerima pampasan tersebut, mereka seharusnya sedar samada mereka berhak terima atau tidak.  Oleh yang demikian, jika mereka rasa tidak layak menerima pampasan sejumlah itu, eloklah dipulangkan kembali.  

Khamis, 4 Disember 2014

AKU YAKIN PAS TIADA UG, TETAPI BILA SEBUT UG MENGAPA HANG YANG TERSEDAK?

PAS kata di dalam PAS tiada UG.  Ini semua propaganda karut, kata pemimpin PAS.  PAS tetap istiqomah bersama PR, kata pemimpin mereka lagi.  Ada sesiapa yang percaya?  

Aku percaya.  Aku percaya pemimpin dia kata PAS tiada unsur-unsur UG.  Kalau tanya Dr Zuhdi yang meletakkan satu analisanya iaitu ingin 'jentik' gereja bersama Umno jika PAS bersama Umno, Dr Zuhdi pun akan kata tiada UG di dalam PAS.  Kalau tanya Us Nasa, mantan Timb Presiden PAS yang sekarang ini sibuk membontoti Najib dan Rosmah ke mana-mana, Us Nasa pun akan kata "Mana ada UG di dalam PAS?".  

Oleh sebab itu aku percaya memang tiada UG di dalam PAS.  Cuma peliknya, bila kita sebut UG saja, yang tersedak orang-orang dan pemimpin PAS termasuk ostat vellfire dan ostat mandi minyak.  Mengapa mereka tersedak bila sebut UG?  Jika dah diimani bahawa UG tiada di dalam PAS, maka anggap saja UG itu pihak lain dan tidak perlulah tersedak dan melatah.  Tetapi melatah juga.  Macam ada sesuatu yang tidak kena saja.

Aku yakin PAS tiada UG, tetapi aku tak begitu pasti yang UG itu ahli atau pemimpin PAS atau tidak. 

Jumaat, 21 November 2014

SEMUA AZMIN BUAT SEMUA KORANG KUTUK

Apa punya bodoh puak yang hari-hari kerja dia pantau Azmin untuk dijadikan bahan kutukan.  Azmin masuk ke ulu-ulu kampong, mereka kutuk.  Azmin masuk dalam longkang untuk melihat keadaan longkang yang tersumbat, korang kutuk.  Azmin sendiri bersama menyembur racun di sawah dan menyembur ubat nyamuk pun korang kutuk.

Aku tak dapat bayangkan korang punya kutukan jika Azmin hanya pakai kot dan tali leher bersandar di kerusi empuk di dalam pejabat berhawa dingin.  Tentu berapi kutukan korang, bukan?  Tentu korang kata Azmin hanya MB yang duduk di pejabat saja.  Itulah manusia bila hati sudah busuk.  Tidak tahu langsung berbaik sangka. 

Khamis, 13 November 2014

BUANG SAMPAH UG DI DALAM PAS, INSYAALLAH, PAS BERTAMBAH KUAT

Ostat Nasa bebas ikut punggung Najib.  Kebal mantan Timbalan Presiden PAS ni.  Tak ada sesiapa pun ambil tahu apa dia nak buat.  Alasan kononnya ostat Nasa dah tak pegang jawatan penting dalam PAS.

Tapi yang dikenakan tindakan itu adalag 2 Adun PAS di Selangor.  Apa salah mereka?  Besar sungguh salah mereka bila menyokong Presiden PKR, Kak Wan.  Empat Exco yang sokong TSKI MB Bebas tu ok je.  Salah besar sokong kawan rupanya.  Tak salah sokong Bebas dan tak salah ikut buntut Najib ke mana-mana.

Alasan mereka, dua Adun itu tidak mendengar arahan parti dan buat keputusan sendiri.  Ohhh...rupanya ada arahan jangan sokong Azizah.  Ada arahan juga lah untuk sokong MB Bebas rupanya.  Bukankah Azizah juga ada keluar dari mulut Tuang Presideng bersama Azmin sebagai calon MB?  Tapi salah pula dua Adun ini sokong Azizah?  Cerdik ke tidak berpolitik?  Tindakan pada dua Adun itu ikut akhlak Islam ke?

Mahu cerita akhlak?  Ohhh...teringat kisah fitnah pil kuda.  Sehingga kini takde bukti pun.  Bila disoal, Ana tak sebut nama....Ente terasa buat apa?  Ohhh...fitnah tak sebut nama tu akhlak Islam rupanya.  Mahu cerita akhlak lagi?  Sudah lupa gelaran barua dilaungkan di muktamar di khalayak ramai?  Tidak ada akhlak kah memalukan dua Adun itu dengan gelaran Barua?  Mereka pun ada maruah dan perasaan malu beb.  Sudah lah sebelum itu ada perwakilan berucap sambil mendoa laknat dua Adun itu.  Di depan para Ulamak tu.  Ada mereka tegur?  Takde pun.  Yang bangkit tegur Mat Sabu, dia bukan Ulamak tapi ada akhlak juga.  Dia rasa malu bila partinya sudah jadi begitu.

Sudah lah.  Aku masih harap PAS masih boleh dibaiki.  Syaratnya, buang saja sampah UG di dalam PAS itu.

Rabu, 5 November 2014

ORANG SIBUK LAWAN KEZALIMAN, MEREKA SIBUK LAWAN PASMA !!

Orang lain tengah sibuk membela nasib Anwar yang dizalimi oleh rejim amno, puak satu lagi tak habis-habis menghentam PasMa.  Penuh FB penyokong UG menghentam PasMa.  PasMa sokong kuat PR dan bersimpati terhadap Anwar dan PasMa lantang menghentam UG yang ingin bersama Amno.  Tapi puak yang suka melabel orang ini pula menghentam PasMa.

Pelik ke?  Tak pelik sebab UG semestinya tidak mahu impian mereka untuk bersama Amno gagal.  Mereka mahu jual agama untuk menghalalkan tindakan mereka untuk bersama Amno.  Tidak percaya, cuba tanya Dr Zuhdi.  Bukankah di antara option yang dicadangkan adalah untuk bersama Amno dan boleh menjentik Gereja nanti.  Jahat ke tidak UG?

Usah dok nafilah tiada UG.  Kalau kuat sangat dinafi, Ustaz Nasa yang sekarang ini sibuk mencium bontot Najib pasti ketawa berdekah-dekah.  UG bermula zaman dia dengan Hassan Jati.  Maka, dia tahulah ada atau tidak UG itu lagi.  Bukti lain, pengasas UG ini masih kekal dalam parti walaupun terang-terang ke hulu ke hilir ikut bontot Najib.  Bukankah dua Adun yang sokong Azizah itu digantung keahlian, tetapi Ustaz Nasa "steady' bersama Najib.  Itu di antara bukti UG masih wujud.

Ahli-ahli yang di bawah usah jadi bodohlah jika tidak mahu terima hakikat UG masih wujud.  Memang kisah UG tidak dibawa di dalam Usrah.  Buat apa bawa kisah UG di dalam usrah, sedangkan lebih untung jika dibawa kisah buruk Anwar, PKR dan DAP?  Dan, terbaru pula PasMa.