JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 7 Februari 2010

BOIKOT UTUSAN MELOYA - KETUA AMK

AMK Seru Rakyat Boikot Utusan

Utusan Malaysia menjadi sasaran kritikan ramai pihak kerana rela diperalatkan pemerintah untuk mencemar maruah mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin menyeru rakyat Malaysia untuk sekali-lagi bangun mengajar lidah nakal pemerintah ini dengan memboikot akhbar itu sepertimana 10 tahun lalu.

Mengulas mengenai laporan Utusan yang sengaja menggunakan perkataan ‘lagi’ dalam laporan muka depan ini Shamsul berkata Utusan nyata tidak bertanggungjawab walhal penggunaan perkataan itu digugurkan oleh hakim kerana tidak betul.

Apa yang jelas ujar Shamsul, ialah Utusan Malaysia sekali lagi sanggup memfitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin di mata rakyat.

“ Tapi kita lihat apa yang dilapor dalam Utusan Malaysia, dibesar-besarkan, ini diliwat lagi, berulang kali kerana mereka ingin menunjukkan kepada masyarakat awam, Anwar Ibrahim ini perangainya begini. Walaupun dalam mahkamah perkara ini telah dibatalkan” ujarnya kepada Tv Selangor.

Walaupun ada pihak yang telah membuat laporan polis terhadap Utusan Shamsul berkata cara terbaik untuk rakyat bertindak balas ialah memulau akhbar itu dan syarikat-syarikat yang menempatkan iklan dalam Utusan,

“ Pada saya, saya tidak risau. Saya lihat mood rakyat, mereka sudah muak dengan Utusan Malaysia. Saya hendak beritahu secara langsung pada hari ini, mulai sekarang seluruh rakyat mesti berhenti membeli Utusan Malaysia dan tidak keterlaluan kalau saya katakan, kita mesti mula memboikot iklan-iklan dari syarikat-syarikat yang mereka iklankan dalam surat khabar Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia tidak lagi menjadi wadah penyebar maklumat pemikiran rakyat, ia menjadi wadah yang membuatkan rakyat tidak boleh berfikir”. SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN/TVSelangor

Sabtu, 6 Februari 2010

BN PERINTAH P.PINANG, MELAYU DAPAT APA ?

Sofi Wahab

Pulau Pinang diperintah oleh BN lebih dari 50 tahun. Apa yang orang Melayu dapat hasil dari pemerintahan BN dalam masa yang lama itu.

Kini PR baru sahaja perintah Pulau Pinang selama tidak sampai 2 tahun, sibuk juak-juak Umno membuat kacau memfitnah dan melakukan tohmah.

Hari ini sekali lagi juak-juak Umno berdemonstrasi kononnya untuk membela orang Melayu yang ditindas oleh DAP dan PR di Pulau Pinang sekarang.

Namun sedarkan wahai juak-juak Umno apa yang berlaku di Pulau Pinang sepanjang 50 tahun BN memerintah :-

1) Tanah orang Melayu semakin kecil saiznya

2) Orang Melayu ramai yang berhijrah ke Kedah kerana pelbagai masalah

3) Banyak kawasan perkampungan Melayu di sebelah Pulau ghaib ditelan pembangunan antaranya di Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong dan lain-lain.

4) Yang kaya hanyalah orang Melayu Umno dan kroni-kroni mereka

5) Orang Melayu merempat di Tanahair sendiri.

6) Dan macam-macam lagi

Semua itu bukan angkara DAP dan PR tetapi angkara dan sikap BN yang berlepas tangan walaupun Umno mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang pada zaman pemerintahan BN dahulu.

Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.

1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.

Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Sumber: Harakahdaily

WANG IHSAN BUKAN UNTUK BINA STADIUM, KOLAM RENANG YANG RUNTUH

Ku Li : Tiada Peruntukan Untuk Bayaran Wang Ihsan

Tengku Razaleigh Hamzah berkata tiada peruntukan dalam undang-udang ataupun perjanjian yang membolehkan Petronas untuk membayar wang ihsan berbanding royalti minyak yang sepatutnya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada bayaran wang ihsan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang atau perjanjian.

"Ada yang mengatakan ini kemungkinan bayaran yang tidak sah. Saya bukan seorang peguam untuk menentukan perkara ini," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini kepada pemberita di sini hari ini.

Pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan menjadi serangan segelintir pemimpin Umno yang mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya minggu lalu bahawa Kelantan berhak menerima wang royalti lima peratus, bukannya wang ihsan.

Tengku Razaleigh memberitahu bayaran wang ihsan kepada Terengganu juga dibuat kepada pihak yang salah berbanding pihak yang dinamakan di bawah Seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan syarikat itu seharusnya menghormati perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri.

“Di bawah akta ini, bayaran tunai harus dibuat kepada kerajaan negeri berkenaan dan bukannya mana-mana pihak jika bayaran hendak dibuat," kata beliau.

Di Terengganu, kata beliau, wang ihsan disalurkan kepada Masjid Kristal, kolam renang yang bocor, stadium yang runtuh, makmal sekolah yang runtuh, stesen bas yang runtuh dan piala monsun.

Kata beliau masalah ini mesti dibetulkan.

Oleh itu beliau mengesyorkan agar Majlis Penasihat Petroleum Nasional yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum mesti ditubuhkan.

Jelas Tengku Razaleigh, keanggotaan majlis itu harus terdiri daripada kalangan pemimpin nasional yang akan memberi nasihat kepada perdana menteri.

Kata Tengku Razaleigh, pendiriannya dalam isu ini bukan soal politik tetapi mahu memastikan pelaksanaan ada betul.

Katanya, ada undang-undang dan perjanjian antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri, bukannya dengan Petronas yang harus diikuti.

"Kerajaan persekutuan tiada peranan dalam hal ini. Isu royalti adalah kerajaan negeri dan Petronas," kata Tengku Razaleigh kepada soalan sama ada ia telah dipolitikkan.

Beliau menambah Petronas tidak harus ikut arahan daripada ahli politik tetapi selaras dengan undang-undang.

Tengku Razaleigh berkata beliau menyokong keengganan kerajaan negeri Terengganu untuk menerima bayaran sehingga isu itu dibetulkan.

Bayaran royalti diubah menjadi wang ihsan pada tahun 2000 apabila PAS mengambil alih kerajaan negeri dan wang itu disalurkan kepada negeri menerusi pelbagai agensi yang berakhir dengan dakwaan penyalahgunaan.

Oleh itu katanya mereka yang bertanggungjawab harus disiasat.

Mengenai kes Kelantan, kata beliau ada pihak rasa segan dengan tawaran kerajaan mahu salurakan wang ihsan.

"Mereka tawarkan RM20 juta sedangkan syarikat rokok beri RM50 juta hingga RM100 juta untuk menaja acara sukan," katanya. -MalaysianInsider

Perak: Nizar dahului, Zambry ekori rapat


Hafiz Yatim
Feb 5, 10


Meskipun berjaya merampas Perak dengan cara yang penuh kontroversi, namun kepopularan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menunjukkan sedikit peningkatan.

Bagaimanapun, bagi sebahagian besar rakyat Perak, menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling layak menerajui negeri itu.

Menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, yang dikeluarkan hari ini, sempena ulang tahun pertama BN berkuasa, 46 peratus menyokong Nizar manakala Zambry mengekori rapat dengan 44 peratus.

Bancian itu juga menunjukkan di kalangan masyarakat Cina, sokongan kepada Nizar adalah padu. 59 peratus menyokongnya berbanding hanya 16 peratus yang mahukan Zambry.

Di kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi yang diperolehi oleh Nizar.

Kajian oleh Merdeka Centre itu membabitkan sampel 805 orang. Daripada jumlah itu, 382 adalah Melayu, 330 Cina manakala 93 lagi terdiri daripada India./Malaysiakini

ROYALTI MINYAK - AMANAH AYAH SENDIRI PUN TIDAK TERJAGA, MACAM MANA HENDAK JAGA AMANAH RAKYAT?

Hazayani Zakaria & Foto: Zamzarina

KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.

Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.

Ku Li pada 28 Januari lalu hadir memberikan penerangan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dianggotai 52 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat untuk memberikan wang ehsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan berkata, rakyat kelantan berasa terhina dengan keputusan itu kerana mereka inginkan hak mereka dikembalikan.

"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.

Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kerajaan negeri untuk mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan hak royalti diberikan kepada rakyat negeri itu.

"Samaada Kerajaan negeri nak dakwa atau nak bawa ke mahkamah itu bukan bidang saya.Saya cuma nak menjelaskan perkara yang sebanar. Itu sahaja,"katanya./Harakahdaily

Jumaat, 5 Februari 2010

ISU PERKAUMAN TAK LAKU DI P.PINANG, PAS TETAP SOKONG GUAN ENG

PAS pertahan k'jaan Pakatan Pulau Pinang
Feb 5, 10

Peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta.

“Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010.

“Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang bertajuk 'Pulau Pinang Maju, umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan'.

Di samping itu, katanya, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Idris mendakwa, walaupun BN cuba menggambarkan bahawa Pakatan tidak mampu mentadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat dapat melihat sendiri cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

“Pada 2007, kerajaan BN mensasarkan belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada Pakatan, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

“Bagi belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta,” tambahnya.
Kontraktor Melayu tak diabaikan

Menurut Idris lagi, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kontraktor Melayu juga tidak diabaikan

“Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

“Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga.

“Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

“Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja,” kata Idris.


Pada tahun yang sama, tambahnya, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Menurutnya, peningkatan yang ketara ini membuktikan kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain.

“Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihanraya lalu,” tambahnya.

Idris berkata, Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

“PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang,” tambahnya./Malaysiakini

KESIHAN PUAK-PUAK INI, MENYALAK TAK TENTU PASAL

Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar
Athi Sankar
Feb 5, 10


Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama./Malaysiakini