JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 19 Ogos 2010

PAS SELANGOR SILAP BESAR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU kuota Bumiputera dipentaskan semula oleh MCA dan Umno. Sewajarnya PAS tidak turut menawarkan diri di dalam pentas sandiwara mereka. Apabila saya membaca kenyataan PAS Selangor di sini, saya sedikit terkilan dengan pendekatan PAS Selangor. Samada pendekatan itu dipersetujui oleh PAS Selangor atau tidak, Wallahu Aklam.

Sebenarnya semua telah maklum termasuk rakan di dalam PR sendiri bahawa PAS sejak dari dahulu lagi menyanjung keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Begitu juga dengan PKR dan DAP, yang kesemua parti di dalam PR ini telah pun Justify Fullmenandatangani pengistiharan bahawa Perlembagaan tetap dipertahankan. Oleh yang demikian, tidak bijak jika kita di dalam PR melatah dengan sandiwara yang dimainkan oleh Umno, MCA mahupun PERKASA. Biarkan sahaja mereka `bersilat pengantin' yang setiap pukulan silat pengantin tidak akan mengenai sesiapa pun.

Saya cukup teruja apabila KM P.Pinang Lim Guan Eng yang mahukan DAP tutup mulut dari mencampuri urusan MCA, Umno dan PERKASA. Lim Guan Eng menyedari itu semua adalah helah mereka untuk memerangkap kita di dalam PR. Usaha Umno terutamanya ingin menyeret PAS agar dilihat `ekstrim' terhadap ketuanan Melayu boleh menyebabkan PAS akan hilang identiti sebagai Parti Islam yang berjuang untuk semua. "PAS For All' adalah slogan yang amat ditakuti oleh Umno dan parti komponennya.

Malangnya, PAS Selangor mungkin alpa dengan tipu muslihat mereka. Kenyataan PAS Selangor yang melenting tidak tentu pasal mungkin melegakan Umno dan MCA selaku pelakun utama drama ini. Adalah diharapkan selepas ini PAS Selangor lebih bijak di dalam mengatur gerak kerja dan strategi mereka. Orang-orang Melayu kini mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka dan kaum-kaum lain juga tidak lagi sangsi dengan PAS.

Justeru itu, usah dimusnahkan apa yang telah kita bina di dalam PR. Kawal diri dan percakapan kita agar kita tidak dilihat seperti adik beradik atau suku sakat Umno yang keterlaluan itu. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Tuan,

    1. PAS selangor bukan alpa. Itulah watak sebenar PAS SElangor sejak lepas PRU 12 yang lalu. Mereka adalah sebahagian dari geng kerajaang perpaduang yang tidak pernah bubar dalam PAS. Berbuih Presideng menafi, menolak, mengubur, mentalkin ...( apa lagi perkataan ekk) isu kerajaang perpaduang ni - tapi geng ini tetap ada dalam PAS menjadi api dalam sekam.

    2. Kenyataan PAS Selangor ini senada dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang gatal mulut untuk mengulas acara bergaduh olok-olok MCA-UMNO.

    Senada je bunyi walaupun isu berbeza. Kdua-duanya begitu tak dapat menahan perasaan melihat UMNO tersepit atau tenat dilanda masaalah, simpati yang begitu mengharukan - lalu mereka terpaksa luahkan perasaan simpati itu yangpasti akan menguntungkan UMNO dan merugikan PAS!....agar UMNO tahu mereka masih berusaha kearah mewujudkan kerajaang perpaduang walaupun sekarang ini mereka nampak senyap je dalam PAS.

    3. Rasanya PAS perlu bertegas dengan individu-individu yang masih membawa perjuangan kerajaang perpaduang dalam PAS. Jangan kira sebesarmana jasa mereka kepada parti, setinggi mana jawatan mereka dalam parti....ambil tindakan.

    Jika tidak, menjelang PRU13 nanti, mereka-mereka inilah yang akan menikam PAS dari belakang apabila keadaan UMNo menjadi semakin tenat dan nazak.

    5. Aku menyeru roslan sms, hasan ali, ustaz nasharudin dan lain-lain geng UG, join je UMNO. Ikut je kata hati, jangan malu-malu


    bat8

    3.

    BalasPadam