JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 29 September 2009

UNDI POS - SIAPA JAGA TEMPAT SIMPANAN KARUNG UNDI POS?

Oleh: Mandor

SPR tetap dengan pendiriannya untuk terus mengguna pakai sistem undi pos walaupun sistem tersebut sebenarnya sudah terlalu kuno. Kononnya, undi pos tetap akan adil dan lebih demokratik. Betulkah? Cuba kita tanya bekas-bekas tentera betulkah undi pos itu adil seadil-adilnya? Jangan tanya anggota tentera yang sedang berkhidmat, sudah pasti lain jawapannya kerana maklumlah mereka masih berkhidmat.

Memang benar, semasa pengundian dijalankan dibenarkan wakil calon berada di tempat pengundian. Selepas itu, undi yang dipangkah oleh anggota tentera berkenaan siap dengan borang yang ditulis nombor, pangkat dan nama mereka dikepilkan sekali kemudian dimasukkan dalam satu sampul barulah dimasukkan ke dalam karung undi yang disediakan. Selepas itu, wakil calon dibenarkan atau tidak mengikut ke mana karung-karung tersebut dibawa dan bolehkah wakil calon berada di tempat simpanan karung undi tersebut sebilang masa sehingga hari perjumlahan undi?

Apa salahnya jika selepas anggota tentera membuang undi, pada hari yang sama dibuat perjumlahan undi di tempat pembuangan undi? Mengapa perlu disimpan sehingga dua tiga hari kemudian dikira pada hari yang sama dengan anggota awam mengundi? Dalam tempoh simpanan karung undi pos tersebut, apa jaminan undi pos itu selamat? Adakah kerana ia dijaga oleh pihak Polis atau Pegawai SPR maka bererti itu selamat? Bukan kita tidak percaya pada pihak Polis tetapi bukan tidak ada kes yang barang bahkan senjata api mereka sendiri pun hilang dalam simpanan mereka. Bukan tidak ada kes manusia pun ada yang lebam, bengkak dan mati di dalam lokap polis. Bukan tidak percaya, tetapi kena beringat.

Sehubungan itu, semua parti yang bertanding di dalam pilihanraya mesti peka dengan hal ini. Memantau anggota-anggota tentera mengundi bukan jaminan keadilan dan ketelusan telah terlaksana. Pantau setiap individu yang mengundi, kaedah pengundian seterusnya hingga kepada di mana karung undi pos itu disimpan dan wajib ditunggu sepanjang masa secara bergilir-gilir oleh wakil calon. Satu saat kita leka, penipuan boleh berlaku.

Kali ini, mereka bimbang kerana majoriti anggota tentera sudah bosan dengan kerajaan yang ada sekarang. Taraf hidup anggota tentera semakin terhimpit dan rekod menunjukkan anggota tentera paling banyak melakukan hutang. Tambahan pula tahun ini, anggota-anggota tentera menganga mulut kerana diharapkan dapat bonus raya paling kurang sebulan gaji, tetapi yang dapat RM 500 dua kali bayar. Tenaga mereka diperah, kalau tak percaya sedikit hari lagi akan ada program tentera masuk kampung di Bagan Pinang seperti yang berlaku di Manek Urai dan Pengkalan Pasir baru-baru ini. Akan ada lah macam-macam projek yang tentera akan dikerah tenaga mereka. Justeru itu, tentera-tentera di Bagan Pinang kenalah bijak sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan