Ke hulu ke hilir bercakap pasal IMR. Islam, Melayu dan Raja. Walaupun di dalam ceramahnya di merata-rata tempat yang banyak adalah berkisar pasal buruknya PAS, buruknya Anwar yang membawa maksud hebatnya Umno. Mana isu tentang Islam, Melayu dan Raja? Itulah perjuangan Hassan Akidah.
Betul ke dia sayang sangat kepada Raja? Jika betul, mengapa beliau sengaja berpuasa sunat sewaktu majlis santapan Diraja Dun Selangor baru-baru ini? Beliau tidak hadir pada majlis tersebut bahkan tidak hadir perbahasan hari itu. Baca di SINI.
Ikut Islam, jika sudah tahu tetamu mahu datang makan di rumah kita, janganlah kita berpuasa sunat pada hari itu. Hassan Ali tahu jadual tentang adanya Majlis Santapan Diraja pada hari tersebut. Jika benar ikhlas menghormati Raja, mengapa dipilih hari itu untuk berpuasa? Dan, mengapa jika berpuasa tidak boleh hadir perbahasan?
Takut atau malu? Takut segala yang beliau hujahkan di dalam setiap ceramahnya akan dipersoalkan di dalam Dun? Begitulah jadinya jika seseorang bersikap ego dan sombong. Akhirnya jadi kera sumbang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan