JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 14 Jun 2012

SDR RAFIZI DI PANDAN, YB AZAN DI KEMAMAN

HEBOH diperkatakan bahawa Sdr Rafizi, Pengarah Strategi KEADILAN akan bertanding di Parlimen Pandan di dalam PRU ke 13 nanti.  Perkhabaran ini turut dikisahkan di dalam media rasmi KEADILAN sendiri iaitu Keadilan Daily.


Sdr Rafizi - Bertanding di Parlimen Pandan?
Maka, hampir pasti Sdr Rafizi tidak bertanding di Parlimen Kemaman, Terengganu sebagaimana yang heboh diperkatakan sebelum ini.  Di mana pun tempat Sdr Rafizi bakal bertanding, adalah diharapkan parti meletakkan beliau di tempat yang selamat.  Ini adalah kerana Sdr Rafizi amat diperlukan berada di Parlimen samada sebagai MP Kerajaan mahu pun Pembangkang.  Suara anak muda ini releven untuk kedua-dua fungsi beliau di Parlimen nanti.


YB Azan Ismail - Calon Parlimen Kemaman?

Tiada seorang pun yang boleh mempertikaikan kewibawaaan Sdr Rafizi selama ini.  Ketokohan beliau dilihat lebih hebat dari beberapa tokoh yang lebih lama di dalam parti.  Sebab itu kita perlu ingat, di dalam politik bukan lama atau senior menjadi ukuran tetapi konsisten dan istiqamah di dalam perjuangan itu penting.  Lebih penting lagi sanggup bersusah payah dan berkorban untuk parti walaupun baru dua tiga hari di dalam parti.  Apalah ertinya lama di dalam parti jika kita hanya berjuang untuk menuntut habuan dari parti.  Jika parti gagal berikan apa yang kita mahu, kita lari menjadi katak.  Banyak contoh spesis seperti ini.

Ertinya, Parlimen Kemaman kembali kosong jika Sdr Rafizi ke Pandan.  Persoalannya, siapakah yang layak bertanding di Parlimen Kemaman iaitu satu kawasan yang dianggap berpeluang cerah bagi KEADILAN di Terengganu.  Bagi saya, tidak lain melainkan YB Azan Ismail layak bertanding di situ.  Kerusi beliau sekarang di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, Pahang sudah pun ada calon yang sesuai di situ apabila YB Azan dilantik menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu.  Selaku Pengerusi MPN Terengganu, wajar YB Azan bertanding di Terengganu di kawasan yang selamat.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini