JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 6 Mac 2013

GANDINGAN TOKOH LAMA DAN ANAK MUDA DI INDERA MAHKOTA PASTI GOYANGKAN UMNO/BN

Heboh disebut bahawa calon PR di kawasan Dun Semambu, salah satu Dun di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan adalah seorang anak muda yang aktif di dalam gerakan Kumpulan Hijau menentang Lynas, Sdr Lee Chean Chung.  Berita ini hampir tepat jika dilihat sekarang ini beliau semakin aktif di dalam gerak kerja parti apatahlagi beliau adalah Pemangku Cabang Keadilan Indera Mahkota dan juga Penyelaras Dun Semambu.

Jentera Dun Semambu di bawah Lee Chean Chung telah mula bergerak
Apa yang pasti, kerusi Dun Semambu tidak menjadi rebutan samada dari PAS mahu pun DAP.  Ini kerusi terbaik untuk Keadilan menangi selain dari kerusi Dun Teruntum, seperti juga PAS berpeluang besar di Dun Beserah dan Tanjung Lumpur.  Maka, tepat sekali Sdr Lee Chean Chung berhadapan dengan calon samada dari MCA mahupun Umno.  Di Dun Semambu, Umno mungkin cuba untuk merampasnya dari MCA atas alasan kononnya untuk meraih undi kaum Melayu sekiranya sudah pasti Sdr Lee Chean Chung bertanding mewakili PR.  Namun, adakah MCA begitu mudah untuk menyerahkan kerusi yang kini disandangnya?

Anak muda dan aktivis yang disukai semua kaum di Semambu
Secara umumnya, Parlimen Indera Mahkota boleh dikatakan hampir pasti dikekalkan oleh PR.  Calon Parlimen Indera Mahkota sudah semestinya adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Keadilan Pahang.  Beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di kawasan tersebut khususnya di kawasan Beserah dan Semambu.  Dikatakan juga tidak kurang yang mahukan Dato' Fauzi bertanding di Dun Tanjung Lumpur tetapi lebih baik dan berpeluang cerah jika beliau terus mencuba di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Gandingan tenaga muda, Sdr Lee Chean Chung dan tokoh penuh berpengalaman yang juga bekas tokoh Umno Pahang itu pastinya menyumbang sesuatu yang menggembirakan buat PR di Pahang ini.  Nampaknya jika ada cubaan calon Bebas berbangsa Melayu untuk memecahkan undi Melayu di kedua-dua kerusi ini termasuk di Dun Teruntum pasti akan kecundang dan tidak mustahil bakal kehilangan deposit.  

Kali ini rakyat hanya fikirkan untuk menolak Umno/Bn dan menabalkan PR ke Putrajaya, bukan lagi isu perkauman apatahlagi calon Bebas yang bakal muncul nanti dilihat ingin mengambil kesempatan untuk menguji ketaatan para penyokong PR terhadap Pakatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi Dlm Face Book Anda: