Soalnya bukan jumlah sedikit atau banyak yang akan berhimpun di Sogo pada petang 07 Mac (Sabtu) ini nanti. Soalnya ada atau tidak hatta seorang pun yang berani menuntut keadilan di dalam negara ini secara terbuka?
Ya, memang kita sedar lebih dari 52% rakyat Malaysia mahu negara ini berubah, tetapi berapa ramai dari sejumlah itu yang berani suarakannya secara terbuka? Aku akur, yang tidak datang berhimpun pada petang itu nanti bukan bererti mereka tidak menyokong pembebasan Anwar, tetapi sikap mereka yang suka melawan secara diam-diam. Itu lebih baik dari menyokong kezaliman secara terang-terangan. Namun, memadaikah itu sahaja untuk kita merubah negara ini.
Aku pun tidak setuju jalanan dipilih untuk jatuhkan rejim. Kita belum sampai tahap itu tetapi aku amat tidak bersetuju jika rejim ingin dijatuhkan hanya kita berdiam diri. Gunakan hak kita untuk berhimpun dan bersuara secara aman. Tiada siapa pun mahu hura-hara berlaku di dalam negara ini. Amat bodoh jika ada yang berangapan negara ini boleh berubah ke arah yang lebih baik apabila berlaku huru-hara.
Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai tunjukkan bahawa kita mahu negara ini diselamatkan dari tangan-tangan penzalim. Kita mahu mereka sedar bahawa kemenangan 47% yang mereka perolehi di dalam PRU 13 yang lalu bukan bererti mereka bebas lakukan apa saja.
Ayuh !! Bangkit #KitaLawan !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan