Atas apa nawaitu sekalipun untuk mengadakan Mesyuarat Tergempar MPP dengan menggunakan petisyen oleh samada 25 ahli MPP atau kurang, ianya jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ahli-ahli MPP terhadap Presiden.
Apakah itu cara untuk menunjukkan pengaruh kamu? Aku mahu tanya, mesyuarat MPP diadakan sekerap bila? Mesyuarat Biro Politik pula diadakan sekerap bila? Apakah kamu tidak terlibat langsung di dalam mesyuarat tersebut? Apakah Presiden tidak terlibat di dalam kedua-dua mesyuarat itu?
Adalah lebih mudah dan bijak jika menggunakan kesempatan itu untuk menyuaakan apa jua permasalahan mahupun cadangan. Mengapa perlu wujudkan petisyen dan mesyuarat tergempar? Penting sangatkah idea kamu? Adakah lebih penting dari kewujudan Pakatan Harapan?
Jangan rosakkan nama kelian dengan melakukan kerja sedemikian rupa. Ahli-ahli di akar umbi memerhatikan gelagat kamu semua. Bertindak biadab terhadap Presiden bukan amalan parti reformasi ini. Melakukan petisyen seolah-olah suara kamu disekat sebelum ini sedangkan setiap bulan parti mengadakan mesyuarat MPP dan lebih kerap lagi adalah Mesyuarat Biro Politik. Mengapa tidak gunakan saluran yang sedia ada?
Jangan tunjuk hero di dalam parti ini. Kamu bakal dicampakkan pada waktu dan ketikanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan