JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 21 Jun 2019

BIARKAN POLIS SIASATAN KES VIDEO TETAPI AZMIN WAJIB SAMAN HAZIQ

Lebih baik letak jawatan berbanding jika menunggu untuk dipecat.  Kalau Azmin rasa memang beliau melakukan perbuatan bersama Haziq (Haziq telah mengaku bersama Azmin), Azmin tiada pilihan selain dari umum letak jawatan dari sebarang jawatan di dalam kerajaan dan parti.  Itu keputusan terbaik buat beliau.



Sekiranya beliau tidak melakukannya dan anggap ini satu fitnah dari Haziq, lebih baik beliau buat laporan polis untuk menyekat video ini disebarkan dan siasatan boleh dilakukan oleh pihak polis untuk mencari penyebar video lucah tersebut .  Tindakan laporan polis ini aku rasa Azmin telah buat melalui Setiausaha beliau.  Tindakan ini bagus.  Tetapi ramai yang bertanya, mengapa Haziq dibiarkan terus bercakap memburukkan nama Azmin?  

Isu video hal lain.  Siapa perakam video itu satu bab lain.  Siapa pelaku di dalam video itu, setakat ini hanya seorang dari dua orang telah mengaku.  Haziq telah mengaku, dan paling parahnya dia sebut pula nama pasangannya iaitu nama Azmin.  Sehingga sekarang, Haziq masih berani menyebut nama Azmin terlibat.  

Apa tindakan Azmin pada Haziq?  Mengapa Azmin sibuk tuding jari kepada kepimpinan parti, lembaga disiplin parti bahkan menuding kepada ahli-ahli parti (dalaman parti) kononnya menjadi dalang video ini?  Parti telah bertindak dengan sewajarnya.  Parti tidak pecat atau gantung Azmin kerana siasatan masih berjalan.  Haziq pula telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau bertindak membuat kenyataan terbuka yang menjejaskan imej parti.  Kalau pun Haziq nanti akan dikenakan tindakan oleh parti, ianya bukan kerana Haziq melakukan perbuatan liwat walaupun dia telah mengaku, kerana liwat tidak boleh berlaku bersendirian.  Tindakan terhadap Haziq nanti mungkin kerana perbuatannya mendedahkan satu isu yang aib berbentuk tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik parti.  Itu saja.  Itu tindakan parti setakat ini, selebihnya tunggulah siasatan polis.

Sekarang kita mahu tanya Azmin.  Yang dituduh itu kamu.  Yang disebut oleh Haziq itu kamu.  Mengapa sibuk meroyan minta parti menjawab untuk kamu?  Mengapa tuding jari merata-rata untuk bernafas?  Tidak cukupkah parti bertindak sekarang?  Kamu mahu parti pecat Haziq kerana meliwat diri sendiri?  Kalau kamu seorang manusia yang ada akal dan maruah, kamu tidak akan menyalahkan parti dan orang lain, sebaliknya berterima kasih kepada parti dan ahli-ahli yang masih yakin kamu tidak bersalah.  Apa yang paling WAJB kamu buat adalah SAMAN Haziq.  Dia tuduh kamu bersamanya.  Benar atau tidak?  Tidak benar?  Saman Haziq.

Biarkan Haziq menjadi seperti penfitnah Papagomo yang telah disaman oleh Anwar dulu.  Tidak pasal-pasal Papagomo kena bayar RM 1 Juta kepada Anwar.  Papagomo jatuh bankrap sekarang.  Dulu, penulis buku "50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Arwah Khalid Jafri juga jatuh bankrap disaman oleh Anwar kerana menfitnahnya.  KJ pun kena saman oleh Anwar dan beliau kena bayar RM 150K kepada Anwar kalau tidak silap, kerana menfitnah Anwar di dalam satu ceramahnya.  Itu cara Anwar lawan kaki fitnah.  Adik Azmin Umi Hafilda pun bukan main galak memburukkan abangnya, Azmin di dalam kes ini.  Boleh Azmin bertindak seperti Anwar di dalam menghadapi apa yang beliau katakan sebagai fitnah itu?

Azmin perlu keberanian untuk menjadi pemimpin.  Kalau hanya mahu bergantung kepada orang lain membela masalah dirinya, dan hanya pandai menuding jari kepada pihak lain, Azmin tidak layak menjadi pemimpin.    


1 ulasan:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi. Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di no Wa 085-254-384-488 rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
    Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB NYATA

    BalasPadam