JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 22 Ogos 2019

ROMBAKAN ATAU TUKAR PORTFOLIO KABINET, TUKAR MENTERI BARU YANG LEBIH SEGAR

Ramai yang menunggu Tun M buat rombakan Kabinet.  Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri jelas gagal berfungsi dengan baik.  Menteri Ekonomi, Azmin Ali terlalu lembab, mungkin terganggu dengan isu Semburit yang telah berbulan masih tidak selesai lagi.  Zuraidah, Menteri yang jaga perumahan pun gagal, isu rumah terbengkalai warga tentera pun tidak boleh diselesaikan dengan baik, sibuk dengan mahu bantu Lynas cari tapak pembuangan sisa toksid je. 

Menhan, Mat Sabu mengecewakan.  Warga tentera yang mulanya mengharapkan beliau kini mula percaya Timbalannya, YB Chin Tong lebih berwibawa.   Ada orang hina tentera, Mat Sabu terlena, Chin Tong bersuara dua tiga kali, baru Mat Sabu mahu ulas.  Baiknya Chin Tong ini, walaupun dia berbangsa Cina yang sering dituduh macam-macam oleh puak2 Umno dan Pas, beliau kelihatan begitu ke hadapan membela warga tentera. 

Rina Harun, lebih terserlah gagalnya.  Isu MPKK dan Ketua Kampung pun terhegeh2 mahu selesai.  Maszlee Malik, bukan orang politik, dia orang akademik, sebab itu banyak dasar dalam kementerian pendidikan seperti diumumkan tanpa ada plan atau perancangan.  Sering berubah2 pendirian kerana ideanya tidak masak.  Menteri Penerangan, Gobind turut gagal untuk menjadikan media perdana suara kerajaan.  Banyak dasar-dasar penting tidak diketahui oleh rakyat dan banyak tuduhan2 pembangkang tidak mampu diberi jawapan jitu melalui media perdana.  Mohd Redzuan, menteri yang sepatutnya jaga keusahawanan, sibuk bercakap pasal Lynas juga.  Kipasnya begitu kuat kepada PM.  M. Kulasegaran pun mengecewakan.  Masih tidak oleh menahan mulutnya dari bercakap isu2 yang sensitif sedangkan kakitangan awam menunggu sesuatu yang baik darinya.

Menteri2 yang lain tu bukanlah bagus sangat, tetapi layaklah jadi Menteri. Cuma beberapa orang tu saja yang jauh dari memenuhi kreteria sebagai menteri.  Elok sangat Tun M buat rombakan kabinet atau PM mahu PM ke 8, Anwar Ibrahim untuk lakukan? 

2 ulasan:

  1. Isyarat perdagangan Carlos membantu saya memperoleh $ 20,000 dengan $ 2,000 setelah 7 hari berdagang dalam pilihan binari dengan bitcoin, anda sememangnya menjadi inspirasi kepada dunia Carlos hubungi dia hari ini Melalui whatsapp: (+12166263236) atau e-mel: carlose78910@gmail.com

    BalasPadam
  2. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    BalasPadam