| Oleh Dzulkarnain Taib |
LABIS 4 Januari - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka.Menyentuh berkaitan isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Ketua Pembangkang berkata belum pernah dalam sejarah lantikan itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar. "Umno dan BN sudah terlalu bongkak, sombong dan takbur. Saya nasihatkan mereka supaya jangan khianat (kepada rakyat Selangor), zalim dan fitnah. "Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi. ![]() Majlis tersebut merupakan ceramah pertama Pakatan Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang selepas pelancaran jentera pilihan raya kecil PAS di di sini Sabtu lalu. Walaupun tiga trak Unit Simpanan Persekutuan, puluhan anggota polis serta lebih lima sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang kejayaan program Pakatan Rakyat namun golongan peneroka Felda Cempelak yang dianggap 'jantung Umno' tidak mengendahkan segala bentuk ugutan pihak keselamatan untuk mendengar amanat Anwar. Anwar sempat menyentuh mengenai penubuhan Felda oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menjanjikan tanah untuk golongan Melayu miskin. "Tun Razak berjanji untuk beri tanah kepada orang Melayu miskin dan berkata tidak akan rampas tanah mereka. Beliau janji dan beliau laksana janjinya. "Anaknya, Datuk Seri Najib janji macam-macam, ETP, NKRA, KPI tapi satu pun tak jadi dan satu pun tidak ditunaikan," tegas Anwar. Beliau berkata PRK Tenang adalah penting kepada Pakatan Rakyat kerana kemenangan di negeri yang dianggap kubu kuat Umno bermakna isu serta perjuangan menegakkan keadilan untuk negeri Johor akan lebih berjaya. "Kemenangan di Tenang tidak mudah, ini kami akui tetapi apa yang penting ialah istiqomah dan yakin serta terus berjuang. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Umno-BN kerana mereka bercakap tiga bahasa - di depan orang Melayu mereka menakutkan-nakutkan dengan isu Cina, di depan orang Cina dan India pula cakap lain. "Pakatan Rakyat mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang masa hak kaum lain juga dipertahankan. Inilah pendekatan kita.
"Keadaan ekonomi Malaysia ama berbeza ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan di mana beliau pernah terpilih Di pilih sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh akhbar Financial Times dan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi terbaik semasa beliau dipertanggungjawab mengurus kewangan negara. "Sekarang ekonomi dan sumber kekayaan negara semuanya dibolot secara rakus oleh pemimpin Umno-BN dengan rakus sekali, Kata Abdul Rahman. ![]()
|
Selasa, 4 Januari 2011
CERAMAH ANWAR DI JOHOR
SAHIH - ADUKA TARUNA DAN BATU-API MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS
Batu-Api@FireStone pula merasa pelik mengapa perlu debat diadakan kerana beliau juga tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan di antara Umno - PAS. Debat hanya boleh diadakan jika salah seorang bersetuju atau menyokong UG. Tulisan Batu-Api di sini.
Aku tidak mahu mengulas salah faham di antara kedua-dua Blogger ini. Aku cuma merasa bangga kerana masing-masing amat tidak menyokong Kerajaan Perpaduan di antara Umno-PAS. Berbeza pendapat itu biasa, mungkin ada salah faham atau kurang tahu apakah matlamat atau tujuan pertemuan yang dikatakan telah berlaku di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini. Sebab itulah sebelum ini aku ada menulis betapa sewajarnya media rasmi parti memberikan jawapan atau maklumat berkaitan pertemuan yang didakwa ada berlaku itu.
Jika tidak diberikan maklumat, maka bukan sedikit yang tidak faham atau menaruh perasaan curiga mencurigai. Ada juga yang berpendapat tidak semua strategi parti boleh didedahkan. Ya, jika itu satu strategi eloklah dirahsiakan. Tetapi, adakah kita fikir strategi seperti itu menguntungkan parti atau pihak musuh?
Seandainya pertemuan itu adalah pertemuan biasa yang melibatkan pemimpin sesama Melayu dan Islam, elok rasanya pemimpin dari PKR juga dijemput apatah lagi Ketua Pembangkang juga adalah Melayu dan Islam. Itu pun mesti dimaklumkan kepada rakan kita dari DAP matlamat atau tujuan pertemuan diadakan agar rakan kita tidak berasa hati atau merasa terpinggir.
Aku tidak tahu sehingga sekarang benar atau tidak adanya pertemuan itu, lebih-lebih lagi apakah tujuan pertemuan itu jika benar ianya telah diadakan. Kesemua ini aku harapkan ada penjelasan yang boleh melegakan kita semua.
Kepada Aduka Taruna dan Batu-Api, syabas kepada anda berdua kerana menunjukkan kepekaan terhadap isu UG ini. Marilah kita tentang usaha untuk merealisasikan UG ini jika ada. Jika tiada, Alhamdulillah./wfauzdin.blogspot.com
SUK SGOR - TOLAK KHUSRIN DIKATAKAN MENGHINA SULTAN, TERIMA KHUSRIN PULA MENGHINA RAKYAT
Ingin kita bertanya kepada pemimpin Umno ini, jika menolak perlantikan Khusrin itu dianggap menghina Sultan Selangor, bagaimana pula jika Kerajaan Negeri Selangor menerima Khusrin yang MB Selangor sendiri tidak tahu menahu tentang perlantikannya itu? Bukankah langkah itu dianggap menghina Kerajaan Negeri sekaligus menghina rakyat Selangor yang memilih Kerajaan Negeri itu?
Justeru itu, Umno tidak perlu untuk `menjual' sesiapa di dalam isu ini. Ketaatan rakyat Selangor terhadap Sultan Selangor tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini adalah masalah pentadbiran dan ianya perlu dilakukan secara pentadbiran yang penuh etika dan profesional. Jawatan SUK bukan jawatan budak pejabat atau tukang sapu. Maka, Kerajaan Negeri mesti lah serius untuk memilih sebarang calon untuk jawatan tersebut.
Sekiranya Kerajaan Negeri gagal memilih calon SUK yang terbaik, profesional dan jujur, sudah pasti akan menjejaskan mutu pentadbiran Kerajaan Negeri. Sekiranya ini berlaku, Kerajaan Negeri akan dipandang buruk di dalam mentadbir negeri. Ketika itu, bolehkah Kerajaan Negeri menyalahkan Istana tentang kelemahan pentadbiran di bawah SUK yang tidak profesional dan tidak layak ini? Sudah tentu tidak boleh, kerana Istana tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kelemahan pentadbiran negeri.
Oleh yang demikian, demi menjaga nama baik Istana dan mendaulatkan rakyat maka perlantikan SUK ini seharusnya dirujuk kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu untuk dipersetujui. Bagaimana Khusrin mahu menjalankan tugas dengan keadaan `bermasam muka' dengan MB Selangor dan seluruh Exconya? Tidakkah ini akan menganiayai beliau juga?
Diharapkan Umno tidak mempolitikkan semua perkara di Selangor. Meskipun mereka gagal di dalam banyak perkara yang mereka timbulkan di Selangor, namun usahanya kali ini menampakkan betapa Umno kehabisan modal. Seandainya pilihan mereka iaitu Khusrin akhirnya berjaya berada di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, belum tentu Umno akan mampu merampas Selangor. Kita, rakyat yang kenal Umno ini pasti akan bermati-matian untuk mempertahankan Selangor, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
Isnin, 3 Januari 2011
ANGKARA BAPA, NASIB MALANG BUDAK INI
'Jangan terkejut tengok muka saya'
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
![]() |
| WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini. |
KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.
Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.
Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.
“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam.
`ANAK SAYA BERKEMBAN ITU PERKARA REMEH' - CIKGU FATHI

Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.
Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' dikhalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.
Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?
Stesyen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.
Masalahnya, benarkah teguran YB DSU Rais Yatim itu adalah serius atau sekadar `tegur-tegur ayam'? Jika serius, tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com
Ahad, 2 Januari 2011
APA FUNGSI UMNO DI P.PINANG ?
Mereka butakan mata mereka dengan fakta ini. Semenjak P.Pinang diterajui oleh PR di bawah DAP, peruntukan untuk pembangunan Islam sentiasa bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2008, peruntukan adalah sebanyak RM 12.5 juta. Pada tahun berikutnya, tahun 2009 peruntukan telah ditambah kepada RM 20.5 juta. Tiada unsur pengkhianatan dari Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah YAB Lim Guan Eng terhadap orang-orang Melayu berugama Islam walaupun Kerajaan Negeri tidak pernah berhenti dari menerima kecaman dan fitnah dari Umno P.Pinang. Pada tahun 2010, peruntukan telah ditambah lagi menjadikan jumlah sebanyak RM 24.3 juta.
Namun demikian, ini semua tidak pernah masuk di dalam kepala otak puak-puak yang bersekutu dengan Apco ini. Mereka telah menjalankan berbagai usaha untuk menggambarkan betapa zalimnya Kerajaan Negeri PR di bawah DAP ini terhadap orang-orang Melayu berugama Islam. Adakah YAB Lim Guan Eng merasa tertekan atau mahu membalas dendam terhadap puak ini? Tidak, sebaliknya beliau telah meningkatkan peruntukan untuk pembangunan hal ehwal Islam di negeri tersebut bagi tahun 2011 sebanyak RM 63.21 juta. Di mana penganiayaan terhadap Islam di P.Pinang?
Dakwa mereka lagi, Kerajaan Negeri banyak merobohkan gerai-gerai milik kaum Melayu. Faktanya, gerai Melayu yang telah dirobohkan hanyalah sebanyak 30 peratus sahaja, manakala yang bukan Melayu sebanyak 70 peratus. Kerajaan Negeri tidak pernah meletakkan faktor kaum atau ugama di dalam menguatkuasakan undang-undang Majlis Perbandaran. Di Seberang Prai, jumlah gerai orang-orang Melayu yang dirobohkan hanya 15 peratus manakala bagi yang bukan Melayu sebanyak 85 peratus. Mengapa kaum lain tidak bising di atas tindakan merobohkan gerai ini melainkan Umno sahaja yang melalak tidak berhenti? Ini adalah kerana hasad dan dengkinya mereka terhadap ketelusan pimpinan YAB Lim Guan Eng.
Begitulah buruknya perangai mereka berpolitik. Mereka akan sentiasa mencari dan mencipta isu agar rakyat dapat diperbodohkan seperti mereka yang sering diperbodohkan oleh pemimpin parti mereka sendiri. Oleh kerana asyiknya mereka mencari isu dan mencipta fitnah umpama anjing mencari bangkai, mereka lupa betapa wang saham Bumiputera miskin sebanyak RM 54 bilion yang diperuntukkan kepada Bumiputera di Bursa Saham, kini tinggal RM 2 bilion sahaja. Pernah mereka fikir dan bertanya ke mana lesapnya wang yang begitu banyak untuk kaum Bumiputera itu? Mereka memang suka diperbodohkan oleh pemimpin mereka.
Kita tiada jalan lain lagi. PR wajib kita letakkan di Putrajaya agar semua kaum dapat menikmati hasil kekayaan negara ini. Kita sudah serik dan jemu serta meluat dengan kenaikan harga barang yang seolah-olah menjadi kewajipan buat Umno/Bn memerintah negara ini. Mereka tidak tahu memerintah sekiranya tidak menyusahkan rakyat. Justeru itu, mereka suka agar rakyat terus bodoh agar rakyat tidak tahu rahsia kedurjanaan mereka./wfauzdin.blogspot.com
Sabtu, 1 Januari 2011
JUARA PIALA AFF SUZUKI - ADA PIHAK CUBA `MENJUAL' SKUAD KEBANGSAAN DEMI POLITIK?
Ada cadangan pula untuk mengadakan sambutan ke atas Pasukan Kebangsaan yang telah berjaya menjadi johan Piala AFF Suzuki baru-baru ini ingin diadakan di Dun Tenang, Johor. Semua tahu di Dun Tenang, satu PRK akan diadakan dan Umno tidak mahu terlepas kerusi Dun di situ. Tetapi, mengapa pemain kebangsaan pula yang mahu `dijual' oleh mereka?
Apa komen Jurulatih Kebangsaan di dalam hal ini? Baca berita ini:
Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.
"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.
Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." (Petikan dari Tranungkite)
Jelas, Jurulatih Kebangsaan itu tidak berminat untuk mempolitikkan kariernya dan `menjual' maruah Pasukan Kebangsaan yang dibimbingnya. Sekiranya masih ada yang berminat, mereka itu adalah perosak mutu bolasepak negara yang sebenarnya. Cukuplah kenyataan Nazri Aziz sebelum perlawanan Akhir Pertama di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil yang lalu di mana beliau menyeru sesiapa yang menyanjung konsep 1 Malaysia agar hadir beramai-ramai ke stadium. Maka, beliau perasan atau syok sendiri bahawa yang hadir lebih kurang 90 ribu ke stadium malam itu kesemuanya menyanjung konsep 1 Malaysia. Biarkan beliau perasan sedemikian, janji Pasukan Malaysia cemerlang malam tersebut.
Syabas, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Tahniah Rajagopal dan semua pemain./wfauzdin.blogspot.com

LABIS 4 Januari - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka.

ADUN Batu Caves Amirudin Sahri pula mengatakan pengundi di DUN Tenang akan membuat keputusan penting 30 Januari nanti yang bakal merubah landskap politik Johor dan seterusnya di seluruh kawasan Felda yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

