JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 30 September 2015

AZMIN DALAM PERHATIAN

Azmin Ali nampaknya masih percaya kepada Pas yang akan menyokong calon-calon PKR di dalam PRU14 nanti.  Sebab itu Azmin masih mahu Pas berada di dalam kerajaan Selangor walaupun Pakatan Harapan telah wujud.  Pakatan Harapan tiada kaitan di Selangor.  Itu kata Azmin.

Aku tak tahu samada tindakan Azmin ini akhirnya akan memakan diri beliau sendiri.  Dia tahu rakyat sudah semakin menjauhi Pas kerana kepimpinan Pas sekarang bukan lagi dipandu oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  Pas sekarang dikendalikan oleh Hj Hadi, manakala Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din pula banyak membisu tidak seperti Mursyidul Am sebelum ini.  Boleh dikatakan Pas 100% ditentukan oleh Hj Hadi.

Jika Azmin betul-betul sayang dan kasihkan Anwar sebagai idolanya, menyimpan orang yang sering memusuhi batang tubuh Anwar adalah satu tindakan pelik.  Hj Hadi dikenali sebagai orang yang tidak begitu suka dengan Anwar.  Bahkan isteri Anwar pun Hj Hadi boleh kata tidak layak untuk jadi pemimpin.  Namun, Azmin masih percaya Pas tidak akan khianat dengan PKR.  

Aku cuma mahu berpesan dengan Azmin, jika beliau mencatatkan sejarah sebagai MB yang paling singkat, jangan salahkan sesiapa.  Beliau jangan anggap dengan kekayaan Selangor beliau boleh beli segala-galanya.  Kini dikhabarkan sudah ada gerakan untuk menyerang Azmin.  Apakah berbaloi kerana berkasih sayang dengan Pas maka karier politiknya akan gelap? 

Jumaat, 4 September 2015

"NYAMUK" PEMBUNUH NAMRUD, TAPI GHB BUKAN PEMBUNUH PAS

Haji Hadi kata GHB sekumpulan 'nyamuk' saja dan tidak menjejaskan Pas.  Betul ke?  

Teringat aku kisah Namrud yang ajalnya kerana "nyamuk'.  Tidak mengapalah, itu pendapat Presiden Pas dan beliau ada hak untuk menggelar apa pun.  Sebelum ini pun disebut umpama 'salakan anjing dan serigala'.  Kali ini kecil sedikit perbandingannya iaitu 'nyamuk'.

Cuma, kecil-kecil nyamuk pun jelas kelihatan Hj Hadi tidak lagi boleh berehat seperti dulu.  Kalau dulu amat sukar untuk kita melihat beliau rajin mengelilingi Malaysia untuk berceramah meskipun menjelang pilihanraya.  Namun kali ini, selepas pilihanraya hatta kerana nyamuk, beliau mulai rajin.  Itulah hikmahnya ada 'nyamuk' ini.

Haji Hadi kata, Pas umpama pepohon yang subur (suburkah?).  Jika dicantas pokoknya akan tumbuh tunas yang lebih banyak dan baik.  Betul juga.  GHB mungkin salah satu tunasnya. GHB semakin baik nampaknya dan semakin mendapat sambutan berbanding di dalam usia beberapa bulan saja.  Berbeza dengan penubuhan Berjasa atau Hamim dulu.  Sakit Berjasa dan Hamim ingin mencari ahli.  Tapi GHB tidak susah-susah mencari ahli.  Setiap hari ada saja dari Pas yang sertai GHB.  Itu belum dikira dari yang tidak berparti sebelum ini telah sertai GHB.

Bagusnya, GHB tidak sasarkan Pas sebagai musuh.  Saban hari GHB ini menyerang Umno/Bn.  Jika ada disentuh tentang Pas pun hanya sekadar mahu menjawab apa yang Pas kata pada mereka.  

Semoga GHB terus berjaya dan semakin kuat semangat mereka untuk meneruskan perjuangan rakyat marhaen. 




Isnin, 17 Ogos 2015

KAWAN HILANG, HUDUD ENTAH KE MANA

Pas mahu kepada Hukum Hudud, tapi tak kisah jika bersendirian di dalam Pilihanraya.  Sama juga dengan seseorang yang ingin ke K/Lumpur tetapi tidak kisah jika tiada kenderaan yang boleh membawanya ke ke sana dan sedia menolak pelawaan sesiapa saja yang ada kenderaan atas sebab memikirkan orang itu tidak ikhlas untuk membawanya ke sana.  Takut sesat jalan, katanya.

Peliknya, tidak kisah jika tidak tiada rakan perjuangan tetapi melutut kepada amno untuk mendirikan Hudud atas alasan amno yang sedang berkuasa.  Macamlah baru kenal amno.

Benar, PKR dan Dap tidak macam Pas yang setiap hari berzikir tentang Hudud.  PKR mahu masalah dan kebajikan rakyat diperjuangkan.  Mungkin itu tidak Islamik bag Pas.  PKR mahu pulihkan sistem kehakiman dan hak asasi bersuara.  Itu pun tidak Islamik.  PKR mahu benteras kemiskinan.  Juga tidak Islamik.  Begitu juga Dap yang sentiasa mahukan ketelusan dan integriti di dalam pentadbiran.  Mungin jauh dari kehendak Islam kerana pemimpin Dap itu bukan Islam, maka semua perjuangan Dap itu berbentuk kuffar.

Islam itu Hudud, Hudud itu Pas.  Ada yang sudah beranggapan begitu terhadap Pas.  Mahu salahkan siapa?  Lagi pelik, benci sangat kepada Dap tetapi sampai sekarang tidak berani umumkan secara resmi putus hubungan dengan Dap walaupun telah melepasi Dewan Ulamak, Muktamar dan MSU.  Flip flop yang menampakkan Pas semakin terpinggir dari hala tuju politiknya.  Hanyut dengan angan-angan mat jenin.

Jumaat, 31 Julai 2015

ULAMAK YANG TIDAK KENAL SIAPA MUSUH LEBIH BAIK JANGAN BERPOLITIK

Baru-baru terbaca berita dari Haron Din, Mursyidul Am Pas yang menyatakan bahawa Pas bersedia untuk tinggalkan PKR jika parti itu bekerjasama dengan Gabungan Harapan Baru (GHB).

Bagi aku, PKR tidak pernah berdiri dengan ugutan atau arahan pihak lain.  PKR tentunya bersedia untuk berbaik dengan sesiapa saja yang mempunyai matlamat yang sama untuk menjatuhkan rejim, samada ianya dari parti politik mahupun NGOs.

Ugutan Haron Din itu menunjukkan beliau terlalu tertekan dengan masalah dalaman yang berlaku di dalam partinya.  Sepatutnya Pas tidak boleh meluahkan amarahnya pada PKR akibat kegagalan partinya menyelesaikan kemelut yang berlaku.  

Sewaktu Pas menubuhkan DHPP dulu, PKR sedikitpun tidak merasa terancam dengan sokongan kaum Cina dan India yang berada di dalam DHPP kerana bagi kami DHPP juga memainkan peranan untuk menjatuhkan rejim.  PKR yakin lebih banyak NGOs yang menentang rejim, itu adalah lebih baik.

Pas sepatutnya menunjukkan sikap atau prestasi yang lebih baik selepas mereka berjaya menyusun barisan kepimpinan ulamaknya.  Ulamak mesti lebih arif  mengenal siapa musuh dan siapa kawan.  Jika Ulamak gagal mengenali siapa musuh sebenar, maka lebih baik ulamak itu tidak berada di dalam kancah politik kerana politik juga merupakan satu medan perjuangan atau peperangan yang memerlukan kita kenal musuh dan tahu mengatur strategi untuk memenangi peperangan.

Ahad, 28 Jun 2015

JANGAN MARAH PKR KERANA TIDAK TINGGALKAN PAS, SELAGI.....

Aku tengok ramai juga yang bengang dengan PKR kerana tidak ikut macam Dap yang terus menolak Pas setelah Pas sendiri menolak Dap di dalam muktamarnya.

Bagi aku, sebelum kita mahu marah kepada PKR, kita kena lihat dulu mengapa kita mahu PKR memutuskan hubungan dengan Dap.  Tentunya, kita mahu PKR bersama-sama dengan kumpulan G18 iaitu ingin memperkukuhkan PR, sama juga dengan matlamat PasMa.  Bukankah begitu?  Kita tidak suka PKR terus berada bersama Pas yang sebelum ini menunjukkan tiada keserasian lagi bersama PKR, sebelum PRU 13 lagi kita sudah nampak jelas langkah-langkah pincang Pas ini.

Baiklah, jika benar kita mahu PKR memutuskan hubungan dengan Pas kerana kita mahu sokongan kuat diberikan kepada parti baru yang dipimpin oleh pimpinan G18 bagi menggantikan Pas, kita kena tekan pimpinan-pimpinan yang bersama G18 itu yang kini masih lagi bersama Pas.  Mana lojiknya jika PKR memutuskan hubungan dengan Pas, sedangkan Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta, Mujahid, Hanipa, Dr Mariah, Suhaizan dan ramai lagi itu masih sayang kepada Pas?  Itu tidak lojik.  Mengapa PKR perlu lebih-lebih sedangkan mereka masih sayangkan Pas?

Mereka mesti berani tinggalkan Pas dan tubuhkan parti baru bagi menggantikan Pas, barulah PKR mesti bertindak tinggalkan Pas.  Ini baru betul dan realistik.  Soalnya, bila?


Selasa, 2 Jun 2015

TANTAWI TARIK DIRI

Khabarnya Tantawi tidak jadi masuk bertanding Naib Presiden.  Katanya, nak beri tokoh lain lebih berwibawa.  

Elok sangatlah tu kerana kita pun bimbang kalau-kalau dia tewas di dalam PRU14 nanti, tentu amat memalukan jika Naib Presiden tewas.  Jadi, untuk menjaga air muka parti kena juga berkorban.  Patut kita puji langkah Tantawi ini.

Begitu juga dengan Nik Amar.  Dia kini Timbalan MB Kelantan, jika dia kalah sekali lagi mungkin dia tak merasa apa-apa sebab Timb MB masih dia juga.  Begitulah hebatnya pertembungan di dalam PAS.  Macam-macam kita dengar sehinggakan sesiapa yang melawan Presiden, itu adalah geng-geng DAP.  Taktik juga tu untuk berkempen.  Soal menepati akhlak Islam, itu lain kira.

Sabtu, 16 Mei 2015

KAKI FITNAH BAWA HUDUD DENGAN HARAPAN AKAN DIBANTU OLEH KAKI FITNAH JUGA?


Kamu dari parti Islam.  Kamu pemimpin yang mengaku ulamak dari parti Islam.  Tiada kah rasa sedikit pun perasaan bersalah setidak-tidaknya malu bila Non Muslim mengatakan kamu kaki fitnah?  

Jangan marah jika DAP amat sukar mahu terima Hudud yg mahu kamu bawa itu kerana yang ingin membawa hukum Allah ini di kalangan kaki fitnah.  Mengapa parti kamu berantakan tidak henti-henti?  Ini semua patut kamu hisab sendiri, mungkin kerana perjuangan kamu telah lari dari perjuangan asal.  Kamu bawa Hudud bukan kerana Allah tetapi kerana ingin melihat pakatan kamu berpecah.  Apabila berpecah, kamu ada harapan cerah untuk bersama rejim amno.  Itu saja.

Sekarang, kamu jawab pertanyaan pemimpin DAP ini.  Mengapa kamu harus lakukan fitnah hanya kerana kamu tidak menyukai DAP?  Ini bukan cara Islam.  Kalau akhlak Islam pun kamu gagal jaga, usah bicara soal Hudud.  Tiada siapa lagi yang akan mempercayai seseorang kaki fitnah mahu bawa Hudud dengan bantuan kaki fitnah dan perompak.

Parti kamu akan hancur tidak lama lagi kerana kamu sudah berperangai seperti amno yg zalim itu.