JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 21 Julai 2010

JAMIL KHIR MAHU KEPADA AL-QURAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR seorang Senator yang setaraf dengan raja sesumpah Ezam mula membuka mulut yang bunyinya sama seirama dengan Mufti Perak. Lagu dan irama perpaduan Islam dikumandangkan seolah-olah waktu ini kita sesama Melayu dan Islam sudah `berperang saudara'. Benarkah begitu? Ianya tidak benar, apa yang berlaku sekarang adalah Umno mahukan undi bukannya perpaduan apatah lagi Islam. Kenyataan Jamil Khir itu adalah kenyataan seorang Senator yang berada di dalam sebuah parti sekular yang bersemangatkan kebangsaan.

Di mana-mana kampung, bangsa Melayu tidak berpecah, samada di negeri yang diperintah Bn mahupun di negeri yang diperintah oleh PR. Masyarakat di kampung bersatu padu termasuk di kalangan bangsa Cina atau India. Mereka tahu untuk membezakan fahaman politik yang tidak membolehkan mereka berpecah belah. Jika ada sekalipun perpecahan, mungkin di satu-satu tempat yang mekibatkan kelompok kecil yang taksub.

Umno mahukan perpaduan adalah kerana Umno merasakan perpaduan bersama PAS itu penting untuk mengukuhkan parti sekular yang mereka dakap itu. Jamil Khir menyebut bahawa antara PAS dan Umno, mereka mempunyai Kiblat yang satu, puasa, sembahyang dan juga berbagai ibadah lain adalah serupa. Adakah ini bermakna umat Islam yang berada di dalam PKR, DAP, Gerakan dan beberapa parti lain itu tidak sama ibadah mereka? Mengapa tidak diajak untuk perpaduan ini?

Jamil Khir juga sebut pasal kembali kepada Al-Quran demi perpaduan. Kenyataan ini amat baik sekali dan itulah yang PAS mahukan. Tetapi, adakah Umno mahu kembali kepada Al-Quran? Di dalam masa Jamil Khir menyebut perlu kepada Al-Quran, seorang lagi telah ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan bertentangan dengan Al-Quran itu. Setelah banyak yang mereka rampas dari rakyat termasuk kebebasan bersuara, Jamil Khir masih mahu bercakap soal perpaduan dan Al-Quran. Selaku Senator dan juga Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Jamil Khir patut bersihkan semua perkara mungkar ini sebelum menyebut tentang perpaduam Umat.

Sewaktu Jamil Khir berada di dalam ATM, beliau gagal untuk `mengislamisasikan' organisasi sekecil itu, apatah lagi untuk sebuah negara. Angkatan tentera kita masih lagi banyak mewarisi sistem penjajah samada dari segi pentadbiran mahupun latihan. Cuma barangkali di dalam ATM, Islam boleh diperlihatkan di dalam beberapa program keagamaan di dalam masa-masa tertentu. Kita tidak nampak bagaimana anggota tentera kita mampu lahir sebagai pejuang yang bersedia untuk berjihad demi agama dan negara. Ini adalah kerana aspek kerohanian dan keagamaan tidak ditonjolkan secara menyeluruh.

Jika benar Jamil Khir ikhlas untuk melihat Melayu dan Islam bersatu, beliau harus menasihatkan pemimpin Umno untuk mengubah dasarnya kepada Islam atau pun menyertai PAS. Hanya Islam yang boleh menyatukan Umatnya, tetapi tidak boleh menyatukan Melayu sahaja. Islam bukan untuk Melayu dan Melayu juga belum tentu Islamnya./wfauzdin.blogspot.com

BERUNDING DENGAN UMNO WAJIB LETAK SYARAT

Oleh: Mandor

MASIH lagi mahu bercakap pasal perpaduan Umno - PAS. Seronok layan isu ini kerana ianya boleh membuatkan Umno lebih perasan atau syok sendiri. Sudah beribu kali pemimpin PAS menyebut tiada lagi pertemuan dengan Umno atas dasar `Assobiyyah' kerana PAS tidak akan bersekongkol dengan benda yang diharamkan Islam itu.

PAS hanya boleh berunding, bekerjasama atau bersatu hanya atas dasar Islam. Allah mewajibkan umat Islam bersatu dengan tali Allah. Ini bermakna bersatu dengan berpandukan perintah Allah dan Rasulnya. Umno juga menyebut soal perpaduan yang diwajibkan oleh Allah, tetapi Umno sedikitpun tidak menunjukkan keikhlasan untuk mematuhi apa yang Allah suruh. Keikhlasan mesti dibuktikan bukan dengan hanya mulut yang berkata.

Ada yang berkata, PAS - Umno mesti berjumpa dahulu dan jangan letak syarat untuk berjumpa. Wey, dengan Umno ini wajib kena letak syarat. Kita bukan tidak tahu Umno tu siapa. MCA, MIC dan Gerakan pun kenal siapa Umno ini.

Seorang anak gadis yang pertama kali berjumpa dengan kekasihnya, kemudian gadis tersebut dicabul kehormatannya dalam pertemuan itu. Hubungan mereka terputus seketika akibat perbuatan jahat kekasihnya itu. Kemudian, kekasihnya muncul kembali dan menyatakan perasaan bersalah dan insaf atas perbuatannya dahulu. Kekasihnya mahu berjumpa dengan gadis berkenaan untuk kali kedua. Maka, atas dasar ingin percaya maka gadis tersebut sanggup berjumpa kekasih yang pernah mencabulnya dahulu, tetapi gadis tersebut meletakkan berbagai syarat untuk berjumpa. Syaratnya, mereka perlu berjumpa di khalayak ramai waktu siang hari dan ditemani oleh adik gadis tersebut. Apakah salah gadis tersebut meletakkan syarat sedemikian? Atau adakah kekasihnya menganggap gadis tersebut sebenarnya tidak mahu berjumpa dengannya, sebab itu diadakan syarat sedemikian rupa?

Sebenarnya yang bijak adalah gadis berkenaan. Kekasihnya itu sudah dia kenali dan pernah dikhianati, maka beliau harus berhati-hati kali ini. Soal janji kekasihnya untuk tidak akan mengulangi perbuatan jahat lamanya itu adalah soal lain.

PAS umpama seorang gadis yang pernah dikhianati oleh Umno. Kini Umno ingin kembali berdamping dengan PAS. Kebetulan mungkin, Umno sudah tenat dan semakin uzur. Sedangkan PAS umpama gadis perawan yang dipuja ramai jejaka tampan. Jika PAS ingin juga bertemu dengan Umno, maka salahkah PAS meletakkan syarat sebelum bertemu?

APABILA KJ PUN NAIK MENYAMPAH DENGAN UTUSAN

KJ: Cukuplah Utusan, nampak macam kita terdesak

Jul 21, 10


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana dia menggambarkan seolah-olah Umno terdesak.

"Saya rasa cukuplah dengan usaha dan artikel (tentang) perpaduan Umno-PAS (ditulis).

"Cerita muka 1 Utusan (Malaysia) hari ini nampak macam kita desperate (terdesak) sangat," kata Khairy.

Beliau mengulas berita muka depan akhbar Umno itu berjudul "Pelan Damai Umno, PAS" yang memetik Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang berharap kedua-dua parti mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang berjaya ditamatkan./Malaysiakini

CUKUPLAH TU UMNO, ORANG TAK SUDI TU FAHAM JE LAH

PAS ulangi pendirian tak kerjasama dengan Umno
Jul 21, 10


PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi pendirian PAS yang tidak akan bekerjasama dengan Umno yang didakwa menjadi sekutu zionis Yahudi.

“Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan telah melantik syarikat perunding Apco Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” katanya.

Mahfuz juga mengucapkan terima kasih kepada mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya.

Katanya lagi, PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam./Malaysiakini

HISHAMMUDIN DEDAHKAN STRATEGI PR, CUMA KURANG TEPAT

Oleh: Mandor

NAIB Presiden Umno, Hishammuddin semalam menyebut bahawa PR kini menggunakan strategi 3S, iaitu pertahankan Selangor, serang Sabah dan Sarawak. Ada benarnya perkiraan Hishammuddin itu, tetapi kurang tepat kerana jika PR hanya ada strategi 3S mustahil PR dapat menduduki Putrajaya.

Sebutlah apa pun strategi PR, matlamatnya hanya satu iaitu menuju ke Putrajaya. Menolak kerjasama dengan Umno juga adalah salah satu pendekatan politik yang bijak dan munasabah untuk PAS yang juga berminat bersama ke Putrajaya. Umno boleh barmain dengan apa jua isu termasuklah isu perpaduan atau sebagainya, PR tetap menganggap itu juga adalah strategi Umno untuk terus kekal di Putrajaya.

Umno boleh guna seluruh Mufti jika mahu untuk menunjukkan betapa Umno tersangat inginkan perpaduan Melayu Islam, tetapi rakyat sudah kenal siapa Umno dan apa muslihat Umno. Yang masih tidak kenal Umno mungkin hanya para-para Mufti sahaja. Sepatutnya para-para Mufti sudah kenal Umno lama terutamanya selepas rakan mereka sendiri bekas Mufti Selangor Almarhum Dato Ishak Baharom diperlakukan akibat enggan bersekongkol dengan aktiviti maksiat.

Rakyat di Sabah dan Sarawak juga tidak selama-lamanya diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Setelah berpuluh tahun merdeka, rakyat di Sabah dan Sarawak sepatutnya sudah mengatasi kesenangan hidup lebih dari rakyat di Semenanjung. Tetapi, cuba lihat sekeling mereka. Jangan terperanjat jika di sana masih ada rumah yang bergelap, tiada bekalan air dan mungkin ada murid yang ke sekolah terpaksa menaiki perahu atau meniti jambatang usang.

Pemimpin Pusat datang ke Sabah dan Sarawak dan menyuruh rakyat di sana bersyukur dengan nikmat Bn memerintah. Sedia maklum, rakyat di sana tidak mudah untuk ke Semenanjung bagi menyaksikan betapa jauh beza kehidupan di sana dibandingkan di Semenanjung. Yang kaya raya adalah pemimpin negeri di Sabah dan Sarawak.

Rakyat di Sabah dan Sarawak harus mencuba sebagaimana rakyat di beberapa buah negeri di Semenanjung yang kini diperintah oleh PR. Selepas itu, mereka akan nilai sendiri betapa jauh beza kehidupan mereka dari yang ada sekarang. Kenapa takut mahu mencuba?

Selasa, 20 Julai 2010

`KELDAI SYED' CHERAS SEKALI LAGI TUNJUK BODOHNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena `Keldai Syed' dari Cheras ini bersuara. Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Al Habshe mendakwa kununnya DS Anwar `menkambing hitamkan' MB Selangor berkaitan isu pasir di Selangor. Hujah bodohnya adalah kerana DS Anwar mahu lihat Tan Sri Khalid tumbang dan naiklah YB Azmin. Mudah hujah beliau, bukan? Baca di sini.

Sudah lama beliau tidak bersuara dan menunjukkan kebebalan. Saya rasa hujah `kaldai syed' ini bukan sahaja tidak masuk akal oleh orang-orang berakal dari PR, malah diketawakan juga oleh orang-orang tidak berakal yang bersama parti `keldai syed' ini.

Bijak kah DS Anwar mahu mencipta isu yang sebenarnya tiada isu itu untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid semata-mata untuk menaikkan YB Azmin? Isu pasir di Selangor itu sebenarnya sudah lama semenjak Umno mentadbir Selangor. Siapa pula `kambing hitam' sewaktu itu? Khir Toyo kah? Isu pasir tersebut terus ditangani oleh Tan Sri Khalid umpama `mencuci najis' yang ditinggalkan oleh Umno. Jadi, apa kena mengena pula dengan DS Anwar? Isu pasir tersebut mula menjelma ketika PR memerintahkah? Atau `keldai syed' Cheras ini tidak tahu apa-apa sewaktu zaman Khir Toyo?

Kesihan juga melihat `keldai syed' Cheras ini merepek tidak tentu hala. Jika mahu bodek pemimpin pun biarlah nampak cerdik sedikit. Jangan main cakap sahaja nanti ditertawakan orang. Baca dahulu sejarah pasir di Selangor, kemudian bandingkan sewaktu PR mengambil alih kerajaan Selangor, baru boleh buat komen. Baru dikatakan seorang Ketua Bahagian yang berakal dan bijak. /wfauzdin.blogspot.com

INI SEMUA KERANA ANWAR BAWA PETAKA !!

Oleh: Mandor

TERGOLEK terlentang aku apabila membaca kisah `SiGemuk Pendek' ini jatuh terkangkang. Tapi kisah ini aku anggap sebagai hikayat penglipur lara saja. Kalau anda mahu berkongsi hikayat ini, boleh baca kat sini.

Teringat aku kisah `perempuan celaka'. Itu hikayat mengerikan, bukan lucu sebenarnya. Hikayat `SiGemuk Pendek' ini adalah lucu. Jika terjadi kepada insan lain selain dia, mungkin tidak lucu tetapi mendatangkan simpati. Tetapi kenapa kejadian malang ini berlaku pada dia, jadi lucu pula?

Simpati bukan terhadap yang terkangkang jatuh tu, tetapi simpati kepada Pengawal Peribadinya. Buta je Pengawal tu kena `sound'. Sebenarnya bukan salah Pengawal tu. Ini semua adalah salah DS Anwar. Kalau tak percaya cuba tanya laki perempuan yang terjatuh terkangkang tu. Atau pun tanya kat Utusan Meloya atau TV3 suku. Mereka akan kata, DS Anwar punca `malapetaka' ini semua.